Rakyat Harus Tahu.
Damage control
Memenangi persepsi rakyat adalah rukun politik paling penting. Menyedari hakikat ini, antara langkah-langkah yang wajib dilakukan ialah;
Step 1."Apa nak jadi pun jangan mengaku". Mesti beritahu rakyat bahawa "Semua ini fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi" kerana mereka begitu takut dengan prinsip saya yang tidak berkompromi dengan segala bentuk rasuah, kronisma mahupun nepotisma yang sudah menjadi makan penguasa rakus dan zalim".
step 2. Dalam keadaan "rakyat sedang keliru", hukum Marchiavelli menyebut, "ambil peluang untuk menambah kekeliruan sediada". Inilah yang dilakukan oleh Anwar dan kemahirannya memang terserlah.
step 3. Dalam kebingungan inilah, Anwar melambakkan segala "maklumat ilusi palsunya" di saat rakyat begitu dahagakan kisah sebenar di sebalik pemecatan ini.
Step 4. Musnahkan kepercayaan rakyat secara total terhadap media perdana, khususnya Utusan dan TV3 yang sudah terlepas dari kawalannya selama dia berada dimercu kuasa. Tujuannya tak lain tak bukan agar rakyat akan menolak apa saja maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Step 5. Sebarkan maklumat tentang kononnya pengakuan dari pegawai tinggi Bukit Aman yang begitu simpati dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap Anwar, "bahawa saya telah diarahkan oleh Mahathir Mohammad untuk menyuntik Anwar dengan kuman HIV".
Step 6. Sebarkan Mahathir dan Ketua Polis Negara sudah menerima balasan Allah. Rahim Noor lumpuh sebelah tangan. Mahathir mengidap penyakit koma. Inilah balasan Allah terhadap penzalim. Bila ada yang menjawab "Mahathir dan Rahim Noor baru sebentar tadi keluar TV", mereka kata, "Itu video klip lama yang diulang tayang bagi menutup cerita sebenar".
Step 7. Mengambil peluang kelemahan utama IGP yang panas baran dengan melakukan pelbagai provokasi terhadap pasukan polis dengan hinaan "Anjing kerajaan", polis gestapo dsb.
Step 8. Provokasi yang berkesan. Bila ditangkap Rahim Noor "bagi penumbuk, sepak dan terajang pada Anwar. Kesakitan sebegini adalah terlalu kecil bagi Anwar jika dibandingkan dengan "pulangan" yang bakal diperolehi dari kesan lebam tumbukan di mata. "Modal Lebam mata ditumbuk IGP" terlalu sedikit berbanding dengan "tuduhan liwat dan main perempuan" yang mahu dicover.
Pendekatan damage control, provokasi, pemusnahan kredibiliti media perdana dan penyebaran maklumat palsu yang membangkitkan simpati kepada Anwar dan menimbul perasaan benci terhadap kerajaan, telah memberikan hasil yang sangat memberansangkan.
Lebam mata inilah yang dijadikan bahan bukti bahawa "kerajaan memang zalim".
Lebam mata inilah yang membangkitkan simpati rakyat.
Kezaliman dan penganiayaan serta ketakutan Mahathir terhadap Anwar amat keterlaluan. Tak cukup sekadar pecat, malah sampai hati pula memberi arahan mencucuk Anwar dengan kuman HIV.
Simpati datang mencurah terhadap Anwar hasil dari gambaran persepsi yang dibina melalui kaedah paling kotor di dalam situasi yang mengelirukan. Pendekatan ini amat berjaya. Golongan rakyat yang "baru terjaga tentang isu politik negara" hasil dari kegemparan pemecatan Anwar adalah "mangsa terbesar" yang "bersimpati"dengan Anwar. Simpati yang terbit dari propaganda maklumat palsu dan fitnah.
Rakyat perlu tahu kerana rakyat tidak boleh dibiarkan terus-terusan dipermainkan minda dan perasaannya oleh Anwar. Inilah permainan mereka sejak dulu lagi, Anwar Ibrahim - menfitnah Mahathir.
Skrip yang sama berulang selepas beliau keluar penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan