Cari Apa?

Selasa, 30 April 2013

Nak Salahkan SPR, Anwar Sendiri Pun Salah #TolakPakatan #BNBagus #PRU13

Akhirnya, kebenaran itu tetap akan terbongkar...

Tengok video panas CheguBard kantoikan Anwar...

Itulahh, dah cakap Pakatan Rakyat ni sendiri salah, tapi depa x nampak..

Rabu, 17 April 2013

Dr Mazlan Vs Anwar Di Permatang Pauh #BNBagus #BetterNation #PRU13

Bekas naib presiden Telekom Malaysia Bhd Dr Mazlan Ismail yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, yakin mampu menggugat kedudukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar," katanya.

"Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, dan pernah menjadi Pengarah PRU PAS negeri pada PRU 1999 dan 2004, dan saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh.

"Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Mazlan, 53, berkata menerusi sokongan padu jentera BN dan strategi rapi yang telah diatur sejak tiga bulan lepas, beliau yakin dapat menggugat kedudukan Anwar dalam mempertahan kerusi parlimen itu.

Mazlan berkata sebagai anak tempatan, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Permatang Pauh, malah sudah berbuat demikian ketika menyokong parti pembangkang sebelum ini.

Anak tempatan Permatang Pauh itu memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik dari University of Salford United Kingdom (UK) dan PhD dalam Intelectual Capital Management dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Walaupun ia merupakan kali pertama saya bertanding pada pilihan raya, namun sokongan peringkat akar umbi BN telah memberikan motivasi kepada saya untuk tidak rasa takut dengan populariti Anwar," katanya.

- Bernama

Selasa, 16 April 2013

PANAS : Amerika Bergegar Lagi!!!

Keselamatan Maraton Sydney, London dipertingkatkan

Amerika Bergegar Lagi

Keselamatan Maraton Sydney, London dipertingkatkan

16 April - Kawalan keselamatan di dua lagi kejohanan maraton dunia iaitu Maraton Sydney dan Maraton London akan dipertingkatkan berikutan siri letupan yang mengorbankan tiga nyawa dalam acara sama di Boston, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Ketua Polis Metropolitan, Supritenden Julia Pendry, satu pelan keselamatan telah pun dirancang sempena kejohanan Maraton London yang akan berlangsung Ahad ini di kota raya itu.

Keselamatan orang ramai termasuk peserta akan menjadi keutamaan kami. Kami akan bekerjasama dengan pihak penganjur," katanya.

Maraton London kali ke-33 tahun ini, merupakan kejohanan maraton terbesar dunia yang disertai lebih 37,000 peserta dan menarik kira-kira 500,000 pengunjung setiap tahun.

Sementara itu, badan sukan nasional Australia, Athletics Australia menyatakan, pihaknya bersama penganjur Maraton Sydney akan turut meneliti aspek keselamatan untuk acara itu yang akan diadakan pada bulan September ini. 

Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut dan lebih 100 cedera dalam siri letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang berlangsung di Massachusetts, pagi tadi (waktu Malaysia).

Setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik letupan yang berlaku manakala media-media tempatan melaporkan bahawa beberapa alat peledak yang tidak meletup telah ditemui di kawasan berhampiran kejadian berkenaan.

Insiden dan jumlah kematian serta kecederaan akibat serangan berkenaan disahkan oleh pihak polis Boston.

- AGENSI