Cari Apa?

Khamis, 29 Januari 2015

Lisa Surihani hamil?

Heh, tajuk tak boleh piiiii!!!! takda kaitan pon dengan entry kali ni.tapi kalau selak semua akhbar hari ni semua pon dok tayang kisah kehamilan Lisa Surihani.

Hmmmm, haritu kecoh dengan cerita kartun Charlie Hebdo yang mempersendakan Nabi Muhammad dan Islam hingga melibatkan kematian. Itu kat luar negara. Terbaru, kejadian berlaku di Singapura yang melibatkan pelukis Malaysia yang bernama Vincent Leong. Vincent mempamerkan tiga lukisan potrait yang menunjukkan sisi belakang Yang Di Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri. Tindakan ini seolah-olah sengaja dilakukan bagi mendatangkan kemarahan orang Melayu dengan mempersendakan institusi di raja. Selain itu, tajuk karya beliau ini dinamakan Kenapamu Malaysia. Apa maksud Vincent ni?? Dengarnya sekarang Vincent sedang dalam pemerhatian pihak polis. Harap-harap pihak polis ambil tindakan segera ke atas Vincent ni. Jadikan pengajaran kepada semua supaya jangan sewenang-wenang nak mempermainkan isu-isu sensitif seperti ini yang boleh mendatangkan ketegangan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni.


Vincent Leong bersama lukisan kontroversi beliau.

Tiada ulasan: