Cari Apa?

Khamis, 18 Julai 2013

Lohh..dah kahwin rupanya kau Ashraf!!


Adoi...pagi semalam dalam berita kata baru mohon nak poligami...bila petang berita kata tarik balik permohonan pulak..bila malam..

DAH KAHWIN!!!


Ok...hak berpoligami adalah hak lelaki. Betul. Wanita tak ada hak poligami. Betul. Tapi...kalau kahwin kat Siam tu..itu tak betul. Ashraf oii..apa yang kau dah buat ni? Mana maruah keluarga kau campakkan semata-mata nak kahwin kali kedua? Yang Sakinah pulak, kenapa pentingkan diri sendiri sangat? Macamana nak sampaikan ilmu dan dakwah yang baik kepada umat Islam yang lain kalau kau sendiri pun ikut hati dan bisikan syaitonnn supaya "Ahh! Jom la nikah kat Siam! Balik nanti nak tak nak depa kena terima!". Padahal, kau boleh tunjukkan contoh yang baik dengan bersabar dan cekal mengikuti setiap proses, halangan dan prosedur sampai kau dapat apa yang kau nak tanpa menjatuhkan maruah keluarga.


Tapi, kahwin kahwin dah. Hati tetap tak seronok jugak walaupun dah sah nikah sebab kena hadapi cemuhan masyarakat terhadap kau, keluarga kau dan keluarga mertua-mertua kau untuk jangka masa yang lama.

Tahniah. Selamat Pengantin Baru.

Tiada ulasan: