Cari Apa?

Sabtu, 21 Julai 2012

Mungkinkah Terjadi??!

Mungkinkah perpaduam antara Islam dan Melayu ini terjadi?? Tanpa kita perlu menjatuhkan antara satu sama lain..

Marilah mengharapkan sempena Ramadhan kali ini, berlakunya satu keajaiban yg dapat menyelamatkan negara Malaysia drpd dikuasai oleh pihak Yahudi... InsyaAllah

Isnin, 16 Julai 2012

PAS Yang Kata Dulu

Haaa Tudiaaaaaa...

Dulu puak PAS yang kata "amat wajar" dedahkan keburukan pemimpin... untuk Rakyat tahu...

Sekarang, semua jadi harammm.... Semua jadi salah.... Ada video pun boleh tuduh fitnah...

Itulah, lain kali kalau nak cakap tu, check dulu, kaji dulu...

Perjuangan orang dahulu dah tak selari...


Khamis, 12 Julai 2012

SUAMI, ISTERI DAN....POLITIK

Apalah nak jadi dengan politik hari ini? Tak cukup dengan memecahbelahkan kaum, rumah tangga pun pecah ranap juga. Dahsyat. Bacalah akhbar hari ini. Inilah hasil yang PAS beri kepada sekian muslimin dan muslimat penganut 'ajarannya'' . Yang teraniaya? Wanita... Tak taat suami, hukumnya cerai. Agak-agaknya berapa kali dah tiang arasy' bergegar sebab PAS ni? 14 belas tahun yang sia-sia. Sedangkan sepatutnya makin tua makin lembut dan sederhana dan sabar. Ini tidak... Orang lain yang bertanding dalam parti... Senang lenang dapat Datuk Datin... Anda pula yang bercerai sebab isteri tak sokong parti. THE END. Hello..isteri memang perlu taat pada suami...tapi kalau hatinya merasakan ketaatan itu mungkin akan menyebabkannya munafik dari jalan Allah...tak perlu taat tentang politik, banyak lagi benda lain boleh taat terhadap suami. Simple!
Bicara Gades: Mana pembela bendera hijau bulan putih? No comment?

NURANI (1)



Firman Allah s.w.t:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang beriman,janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang mengambil agamamu, memperolok dan mempermainkan, di antara ahli kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir. Takutlah kepada Allah s.w.t jika kamu orang beriman."
(Al-Maidah:57)
Bicara Gades : 
Sekali sekala kita lembutkan hati dengan Kalam Allah. Allah sudah memperingatkan kita sejak beribu tahun yang lalu. Masihkah kita tak nampak apa yang sedang berlaku?

Selasa, 10 Julai 2012

EHEM2 KETUA MENTERI...

Teruja Gades membaca berita hangat kebelakangan ini. Of course mengenai hal ehwal semasa Pulau Pinang.
Parking Kancil lah, pembangunan melampau di lereng bukit lah, dan terbaru... SKANDAL LGE-Phaik Keng vs KONFLIK LGE-Betty Chew-Phaik Keng.

Hmm...satu persatu kontroversi ditimbulkan Ketua Menteri yang begitu berharapan besar nak jadi Perdana Menteri ini. Parking Kancil ini duit rakyat wahai Ketua Menteri LGE. Lebih baik duitnya digunakan untuk membantu penduduk yang susah, yang tinggal di celah-celah dan di sebalik bangunan mega tinggi di Pulau Pinang ini. Gades nak ambil contoh paling mudah ya... Kepada anda yang mahu menyaksikan pembangunan di Pulau Pinang dan Seberang Perai yang begitu pesat di bawah pentadbiran Khalifah LGE ini, silalah berkunjung ke Kg. Main Road, Perai. Saksikan keindahannya...
Bukan Gades nak menghina...tapi ini negeri tanah tumpah darah Gades. Sungguh, Gades memang sedih melihat keperitan hidup masyarakat di sini. Hanya BN melalui MIC dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain sahaja kerap ke kampung ini untuk membantu penduduk sebaik mungkin. Sudahlah statusnya tanah tol, kalau mereka juga dihalau keluar seperti Pokok Asam dan Buah Pala, ke mana nasib hendak diadu? Laksamana P. Ramasamy boleh tolong jawabkan?

Ini lagi satu hal...I love you...I love you too...Don't you dare love love behind me...
Khalifah LGE...pergilah pulang ke Melaka selamanya...buktikan cintamu pada Betty Chew utuh sentiasa...tiada dua apatah lagi tiga empat dan lima...Betty Chew...tinggalkanlah kedudukanmu itu selamanya...suami dan keluarga adalah segalanya...tidaklah suamimu ada cubaan bermain kayu tiga sehingga cedera...Aduh!

Ahad, 8 Julai 2012

JALAN OH JALAN...

Semalam Gades round-round dari Tanjung ke Seberang Perai Selatan. Rasanya dah lama sangat tak meronda Pulau Pinang. Maklumlah banyak sangat kerja nak diselesaikan. Dah lama tak ronda-ronda negeri naungan Khalifah Lim Guan Eng ni. Teringin pula Gades nak pergi ke Tanjung Piandang, Perak. Pandu punya pandu, terfikirlah di benak Gades betapa berbezanya Pulau dan Tanah Besar. Mungkin orang lain tak nampak. Apa bezanya?

JALAN RAYA

Anda yang tidak tinggal di negeri ini mungkin tak nampak perkara ni. Mungkin tak perasan pun. Kenapa JALAN RAYA? Ok...biar Gades terangkan.

Ketika Gades memandu di Pulau, perjalanan begitu lancar. Hampir tak ada lubang di atas jalan (Kalau ada pun mungkin satu dua). Orang kata...'sedap' drive. Maklumlah, pulau peranginan dan pusat pelancongan. Mestilah jalan raya sentiasa dalam keadaan baik. Gades terus memandu dan memandu. Naik jambatan menuju ke Seberang Perai Selatan. Sehingga sampai di Tol Jawi. Maka bermulalah bumpy road adventure Gades di Seberang Perai Selatan.

Wahhh!! Berbezanya Pulau dan Tanah Besar. Ini masih Pulau Pinang ke? Bukan Gades nak racist atau bersikap perkauman. Tapi di kawasan yang mempunyai majoriti kependudukan bukan Melayu, yang begitu bersungguh-sungguh menyokong Khalifah Lim Guan Eng, sungguh HEBAT pembangunan dan JALAN RAYA nya. Tetapi di kawasan yang majoriti kependudukannya adalah Melayu, yang begitu bersungguh menyokong Khalifah Lim Guan Eng dan bendera hijau bulan putih, sungguh TERUK pembangunan apatah lagi JALAN RAYA nya. Hairan ya...Apa kerajaan Khalifah Lim Guan Eng buat dengan hasil negeri selama 5 tahun pemerintahannya? Jalan raya pun tak mampu baiki. Ini negeri bukan hanya sebuah pulau saja ya...

Tak percaya? Sila memandu sendiri di Pulau Pinang. Jangan hanya masuk ke Pulau dan berkata "Wah! Indahnya Pulau Pinang". Tapi pandulah kenderaan anda ke semua lima daerah di negeri ini.

Mungkin "Wah!!" pun anda tak mampu nak sebut lagi.

Bersambung...

p/s : Semalam hujan lebat. Jadi Gades tak dapat mengambil gambar yang 'cool' untuk tatapan anda.

Ahad, 1 Julai 2012

AMK PERMATANG PAUH GOYAH, BUAT KACAU CERAMAH UMMI


Tudiaaaa!!!! Depa goyah dah abaq ang.......

Ketua AMK Permatang Pauh, Amir Ghazali sudah panas hati dan telinga dengar Ummi Hafilda melondehkan habis-habisan big bos Kunyit mereka, Anwar Ibrahim telah membawa seramai 6 orang pengikut datang ke ceramah Ummi Hafilda di Taman Janggus sebentar tadi dengan niat untuk menganggu perJalanan ceramah Ummi...

Mendengar Jeritan Amir mengatakan Ummi 'wanita penipu', orang ramai yang berada di sekitar tempat ceramah terus melulu ke arah Amir dan menghalau beliau and the gang keluar dari situ... Amir sempat lagi memberi alasan pengecut konon-kononnya dia berniat hendak memberi penerangan balik atas apa pertuduhan Ummi terhadap big bos Kunyit kesayangan mereka, Anwar Ibrahim...
 


Kekecohan kecil berlaku dengan orang ramai menyerbu Amir and gang... AJK Keselamatan bertindak menenangkan keadaan....



AJK Keselamatan beserta hadirin siap escort Amir and gang keluar dari tempat ceramah Ummi.

Ummi yang menyedari keadaan tersebut telah memberikan amaran bahawa beliau tidak gentar dengan AMK... Malah, beliau mencabar Anwar Ibrahim untuk menyaman sekiranya beliau memberikan fakta yang salah namun sehingga sekarang Anwar tidak pernah berani untuk menyaman....

Bicara Gades: Syabas Ummi.. tindakan berani untuk masuk ke lubuk kuat Anwar Ibrahim... lepas ni mungkin boleh buat di Cheruk To' Kun plak kot.... Alang-alang menyerang DSAI, serang terus di lubuk paling dalam...