PENDIRIAN PKR BERHUBUNG ISU-ISU BEKAITAN ISLAM
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(PERJUANGAN LATIFA KHOYA-MPT PKR)
ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.(PERJUANGAN PKR)
iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.(PERJUANGAN PKR)
iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.(PERJUANGAN PKR)
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.(PERJUANGAN PKR)
vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.(PERJUANGAN PKR)
vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.(GUAN ENG pada 22 OGOS 2008)
ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.(IRENE FERNANDEZ MPT PKR)
x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.(IRENE FERNANDEZ MPT PKR)
xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.(PERJUANGAN DAP DAN PKR)
xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.(PERJUANGAN MPT PKR)
xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.(PERJUANGAN DAP DAN PKR)
xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.(PERJUANGAN PKR)
Bicara Gades: Fikir-fikirkan lah wahai orang-orang Islam sekalian... Kenapa Anwar Ibrahim tidak langsung bersuara apabila ramai yang menentang Filen Innocence of Muslim baru-baru ini?? Sedangkan umat Islam di Malaysia, tidak kira UMNO atau PAS, bangkit dan bersatu membuat bantahan... Tetapi, PKR?? Malahan isteri dan anak Anwar pun tidak lantang menentang penghinaan terhadap Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan