Cari Apa?

Khamis, 5 April 2012

Menyelongkar Pembohongan Theresa Kok DAP, Malaysiakini dan Wanita Yang Mendakwa Dikasari Polis


 
Tahun 2006 Theresa Kok pernah membuat kecoh dengan dakwaan seorang wanita dari Republik Rakyat China didera di dalam lokap polis dengan diminta melakukan ketuk ketampi. Kes tersebut telah menimbulkan keributan dalam hubungan Malaysia-China hingga memaksa kerajaan pada waktu menghantar wakil khas ke China bagi menenangkan keadaan.

Akhirnya setelah segala siasatan dilakukan wanita berkenaan bukan rakyat China, sebaliknya adalah rakyat Malaysia yang ditahan berhubung kes dadah. Tujuan polis meminta wanita itu melakukan ketuk ketampi untuk memastikan jika ada dadah yang disembunyikan dalam kemaluannya akan keluar sewaktu ketuk ketampi dilakukan.


Sampai ke hari ini Theresa Kok tidak pernah meminta maaf kepada kerajaan atau polis berhubung dakwaan jahatnya itu.


Tahun 2008 selepas dia dibebaskan dari tahanan ISA kerana isu Azan di Puchong, dia berkata layanan polis terhadapnya teruk dan makanan yang berikan kepadanya seperti makanan anjing. Timbalan Menteri JPM , T Murugiah yang pada masa itu menjaga Biro Pengaduan Awam meminta Theresa membuat laporan, tetapi dia tak buat. Sampaikan timbalan menteri berkenaan berkunjung ke pejabatnya pada bulan September 2008 untuk berbincang dengannya dan minta dia buat laporan, tapi dia tak buat juga. Berani kerana benar takut kerana salah.


Mungkin kerana 'keberkatan' dia memakan makanan anjing semasa dalam tahanan ISA membuatkan dia terus berperangai anjing untuk terus-menerus menyerang polis.

Semalam dia muncul dalam satu satu sidang media dengan perangai anjingnya bersama seorang wanita untuk terus membuat tuduhan jahat kepada polis. Dan seperti biasalah, malaysiakini akan menjadi ejen atau bertindak seperti iblis untuk menjayakan propaganda jahat DAP.
 
Berikut adalah laporan dari malaysiakini


Dikasari dan gangguan seksual di balai polis

Seorang ahli perniagaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak, membuat laporan polis mendakwa dia dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di balai polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, wanita tersebut Lim Hui Hui berkata,anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang.

"Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya,dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat."

Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari.

Dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita  itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, Lim berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac).

Katanya,dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya.

Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang keapartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh.

Pada masa tu,dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya.

Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian.

Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama.

 
Perhatikan perkataan yang saya hitamkan.

Perempuan itu bercakap dalam sidang media menggunakan bahasa mandarin - dah sah dia seorang yang bodoh. Orang cina yang cerdik akan mahir atau boleh berbahasa Malaysia kerana mereka mendapat pendidikan sepenuhnya atau boleh dikatakan ada ilmu.

Gangguan seksual - Anggota polis wanita memicit payudara tahanan wanita, adakah itu gangguan seksual ?

Polis wanita bukan setakat berhak memicit payudara tahanan wanita, malah boleh meraba payudara atau membuka baju payudara seseorang tahanan wanita. Lebih dari itu mereka boleh buat termasuklah di bahagian alat sulit. Untuk tujuan pemeriksaan bagi memastikan tiada barang terlarang yang disorokan di bahagian-bahagian sulit wanita.

Kalau mengikut takrifan Theresa Kok dan malaysiakini seseorang anggota polis wanita menyentuh payudara tahanan wanita dikategorikan sebagai gangguan seksual, maka doktor-doktor yang memeriksa payudara kaum wanita juga termasuklah dalam kategori gangguan seksual.

Itulah kebodohan pembangkang yang tiada tolok bandingnya yang suka membuat undang-undang sendiri sesuka hati mereka.

Wanita itu mendakwa beberapa anggota badannya yang bengkak atau cedera akibat digari, termasuklah di bahagian pinggul, paha dan kiri betis.

Budak kecil yang berusia 3-4 tahun pun tahu, jika polis menggari seseorang pesalah tempat yang digari adalah pergelangan tangan. Belum ada polis di dunia ini yang menggari pesalah di paha.

Digari di tangan, kemudian cedera di pinggul, paha, dan betis. Logikkah ?

Terang-terang itu satu pembohongan. Sekali bohong mungkin orang boleh terima, tapi kalau sampai 2-3 bohongnya dalam satu cerita, maka seluruh cerita atau dakwaan itu adalah bohong semuanya. 


Credit: http://www.rbfonline.net

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh sakit jantung bila baca artical ni. Kenapa nak cakap bahasa mandarin. Haritu pun kes KFC pun sama. Budak yg kena pukul pun cakap bahasa yg sama.