Cari Apa?

Khamis, 7 Mac 2013

Persamaan Strategi ANWAR dan MISUARI - #UulangIsaman

Ini hanyalah KEBETULAN Mungkin? PERSAMAAN strategi dan Teknik ANWAR & MISUARI . Ingat.. U ulang I saman U 

1. Misuari, dia nafi bantu Kiram, tapi dalam masa yang sama mengaku ada anggota MNLF turut serta dalam pasukan lanun Kiram yang menceroboh Sabah 3 minggu lepas.

Anwar pun lebih kurang begitu, nafi juga tapi banyak bukti sekarang menunjukkan dia pun sama terlibat melalui hubungan rapatnya dengan Misuari. Maklumlah, berbanding BN, Anwar lebih banyak untung kalau Sabah diistiharkan darurat dan pilihanraya tidak diadakan di negeri itu.

2. propaganda angka. Anwar sering mewar-warkan jutaan rakyat bersama-sama dengannya. Perhimpunan 45 – 50 ribu orang di Stadium Merdeka, ditukar Anwar menjadi 100 ribu sehingga 500 ribu orang.

Misuari pun begitu juga, tak tahulah dia dapat dari mana, tapi dakwanya ada berpuluh ribu orang Sulu yang bersedia menyeberang sempadan Malaysia-Filipina untuk membantu lanun-lanun yang sedang berterabur macam anak ayam diasak tentera dan polis Malaysia.

Kalau ada ramai orang macam itu dibawah perintah Misuari dan Kiram, baik dia dah rampas Mindanao tu dari Filipina, itu jauh lebih senang dari dia cuba nak tawan Sabah, so jelas sangat propaganda.

Awal-awal krisis bermula pun, Misuari sudah mengancam untuk menghantar lanun-lanun MNLF yang dipimpinnya ke Sabah kalau kepungan di Lahad Datu bertukar menjadi perang berdarah. Setakat dimaklumkan, tentera Filipina baru menahan lebih kurang 70 orang lanun MNLF yang cuba ke Sabah sejak komando polis mula menyerbu Jumaat lepas.

Tentera Malaysia, terutamanya TLDM yang berkawal di sempadan Malaysia-Filipina, belum lagi ada berita menahan lanun Sulu ini atau tidak, tapi mungkin juga sudah dihabiskan semua sekali ke dalam laut dan dengan itu tidak ada sesiapa yang tahu mengenai nasib mereka.

Apa yang penting bukan ribu-ribu.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat kita bahawa Anwar memang terbabit dalam insiden ini. Penafian dari Anwar bukan bukti kukuh bahawa dia tidak terlibat. Sebelum ini pun dia nafi meliwat Saiful Bukhari, tapi siapa punya air mani yang dijumpai di dubor pemuda tersebut?

Kalau bukan Anwar.

Jadi jangan pakai sangatlah penafian Anwar. Selain raja Saman, semua orang tahu Anwar raja Nafi. Dia punyalah nafi sampaikan akhbar Filipina Inquirer ada tuduh dia terlibat dalam krisis Lahad Datu inipun, dia kata akhbar itu tidak mentioned nama dia. Itu terang-terang pun tak mengaku tu, gelap-gelap apa lagi.

Credit : SSTDM

Tiada ulasan: