Cari Apa?

Ahad, 13 Januari 2013

Penutup #KL112 : Renungan Buat Semua

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini membuatkan Gades berfikir sejenak.. Dikatakan mulanya adalah disebabkan oleh 8 tuntutan oleh Bersih dan diikuti dengan tuntutan-tuntutan lain yang semakin ridiculous oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tersembunyi..



Oleh itu, timbul persoalan di fikiran Gades... hmmmm

Persoalannya..


1. Adakah kita ditindas seperti tertutupnya jenayah rogol dan rasuah di India?

2. Adakah hak kita dirampas sehingga kita berpeleseran jadi gelandangan krn tanah & rumah dirampas utk dijadikan venue olimpik seperti di Russia?

3. Adakah kita dipaksa berjimat dan dipotong gaji utk menyelamatkan ekonomi negara seperti di Greece n Eropah?

4. Adakah impian membina keselesaan hidup hilang kerana "yg kaya akan terus kaya" seperti di India dan Indonesia?

5. Adakah hak kita dihalang mengamalkan budaya dan agama sehingga kita perlu "dimusnahkan" seperti etnik Rohingya di Myanmar?

6. Apakah kita tidak diberi hak sepatutnya sehingga hidup dalam ketakutan dan kerisauan perang dalaman seperti di Mesir dan Syria?

7. Adakah kita diasingkan kerana "kita berbeza" seperti sistem kasta di India, pembebasan mojo di Filipina, apartheid di Afrika?

dan yang paling penting..

8. Benarkah hak asasi kita telah dicabut sewenang2nya? Maka, carilah mana2 negara lain di dunia spt MALAYSIA yg berani menggubal akta membenarkan rakyatnya berhimpun n berdemonstrasi secara "aman" kerana redha dgn "hak" rakyatnya..

*tidak cukup baikkah kita? sekadar berfikir.. :)

#KL112 : Langgar Tiga Syarat, Penganjur Himpunan Akan Di Kenakan Tindakan Undang-Undang



Kuala Lumpur: Polis menganggarkan hampir 45,000 peserta menyertai himpunan di Stadium Merdeka, di sini, hari ini.

Difahamkan, semua peserta himpunan dari seluruh negara ini berkumpul di 12 lokasi di sekitar ibu kota seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke stadium pada jam 12 tengah hari. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, berdasarkan pemerhatian polis, secara keseluruhannya antara 40,000 ke 45,000 peserta dianggarkan menghadiri perhimpunan berkenaan. 

Beliau berkata, polis mendapati penganjur perhimpunan melanggar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 iaitu membawa kanak-kanak, membawa pelekat berbentuk hasutan dan melanggar permit peserta seramai 30,000 yang dipersetujui sebelum ini.

“Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini, petang tadi.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan itu. 

"Sehingga kini, tiada apa-apa kejadian yang tak diingini dilaporkan berlaku dan keselamatan adalah pada tahap yang terjamin. 

"Semua anggota polis yang ditugaskan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. 

"Keadaan lalu lintas lancar cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan menuju ke Stadium Merdeka. 

“Bagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya. 

Beliau berkata, kekuatan anggota polis adalah mencukupi bagi mengawal keadaan. Matlamat mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan juga tercapai. 

Sementara itu, tinjauan mendapati semua peserta mula bersurai dan keluar dari stadium secara berperingkat-peringkat sebaik perhimpunan selesai. 

Keadaan juga agak terkawal, walaupun berlaku kesesakan tetapi kehadiran anggota trafik berjaya mengawal keadaan.











Sabtu, 12 Januari 2013

UPDATE #KL112 : Ucapan Lim Guan Eng

3.20pm : Lim Guan Eng says, “Today we must prove why BN must fall. We are branded as traitors but I can vouch all leaders here have no PR in Australia but BN leaders not only have PR in Australia but get appointed as ministers as well. I do not want to make personal attacks.”

3.25pm : Lim Guan Eng continues, “BN raises racial sentiments but the people know what is going on.” He touches on NFC scandal, MACC witness Teoh Beng Hock’s and detainee Kugan’s deaths. He says electing the PR government would ensure Selangor’s water supply, cleaner elections and no Lynas. — sumber: Malay Mail (Jan 12)

Sah! Ia perhimpunan untuk ‘regime change’ dengan mahu menjatuhkan kerajaan BN.





Topeng Guy Fawkes Vendetta popular di Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Wajah topeng dilakar berasaskan seorang anarkis yang cuba meletupkan bangunan Parlimen di London pada 5 Nov 1605. (ruj. ‘Vendetta’ mask becomes symbol of Occupy protests, Associated Press)

Cogankata “When injustice becomes law resistance becomes a duty” dipopularkan oleh gerakan ‘Occupy’.

Ungkapan ini pada asalnya disebut oleh Thomas Jefferson, pemimpin Founding Father yang utama merangka Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat.


Bicara Gades: Seryesly, aku sangat benci topeng Vendetta ni... Topeng ni melambangkan kejahatan sebenarnya if u really look at it.. bukan itu saja, bagi aku, ianya juga melambangkan kelicikan dan juga satu mimik/persepsi untuk seseorng yang sentiasa mempunyai agenda yang tidak baik.. That's all!!! 





Credit to: Helen Ang. Gambar-gambar Malay Mail, Malayiakini dan MSN News