Cari Apa?

Rabu, 11 Februari 2015

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh #AnwarVerdict

Dah ternyata bersalah dan hukuman pon dah bermula, makanya hilanglah kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tapi selagi notis kekosongan tidak kemukakan kerusi tersebut masih milik Anwar...Sekarang ni kita tunggu saja pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh SPR selepas menerima notis kekosongan kerusi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang, siapakah calon PKR yang akan bertanding di Permatang Pauh nanti? Dengarnya anak lelaki Anwar yang bernama Ehsan ni... Betul atau tidak kita tunggu sahaja.

Anwar bersama anak lelakinya Ehsan

Apa pon Gades harap Barisan Nasional boleh letakkan calon yang hebat yang boleh mengalahkan calon dari PR nanti..Walaupon Permatang Pauh tu kubu kuat bagi PKR tapi Gades berpegang pada prinsip tiada apa yang mustahil!!!

p/s : Siapa pulak nak ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang??? Jengjengjeng....

Tiada ulasan: