Cari Apa?

Jumaat, 19 Julai 2013

Sex Bloggers dipanggil beri keterangan oleh PDRM Bukit Aman

Alvin dan Vivian hari ini dilaporkan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Setelah berkali-kali panggilan telefon dibuat oleh pihak Bukit Aman tidak dijawab oleh mereka, akhirnya mereka menghantar SMS mengatakan mereka akan hadir ke Bukit Aman bersama peguam mereka.

Kepada pembaca di luar sana, jangan cepat menyangka kedua-dua manusia ni telah dilepaskan tanpa tindakan setelah dipanggil oleh SKMM tempoh hari. Siasatan sedang dijalankan. Kali ini kerajaan bertindak lebih tegas terhadap perlakuan-perlakuan "gembira dan sengaja" yang cuba menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

Tak boleh ke semua orang duduk diam-diam dan hormat menghormati? Semua agama mengajar ke arah kebaikan. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya menghina agama-agama lain samada dengan sebab ataupun tanpa sebab. Untuk menyelesaikan sebarang masalah, dianjurkan dilakukan secara berhemah. Tunku Abdul Rahman telah pun menunjukkan contoh itu semasa proses menuntut kemerdekaan lagi. Walaupun hati beliau tidak suka kepada penjajah, tetapi diteruskan jua rundingan demi rundingan.

Hangpa lupa ka buat-buat lupa?

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/18/Sex-bloggers-to-go-to-Bukit-Aman-with-their-lawyers.aspx

Tiada ulasan: