Cari Apa?

Selasa, 16 April 2013

PANAS : Amerika Bergegar Lagi!!!

Keselamatan Maraton Sydney, London dipertingkatkan

Amerika Bergegar Lagi

Keselamatan Maraton Sydney, London dipertingkatkan

16 April - Kawalan keselamatan di dua lagi kejohanan maraton dunia iaitu Maraton Sydney dan Maraton London akan dipertingkatkan berikutan siri letupan yang mengorbankan tiga nyawa dalam acara sama di Boston, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Ketua Polis Metropolitan, Supritenden Julia Pendry, satu pelan keselamatan telah pun dirancang sempena kejohanan Maraton London yang akan berlangsung Ahad ini di kota raya itu.

Keselamatan orang ramai termasuk peserta akan menjadi keutamaan kami. Kami akan bekerjasama dengan pihak penganjur," katanya.

Maraton London kali ke-33 tahun ini, merupakan kejohanan maraton terbesar dunia yang disertai lebih 37,000 peserta dan menarik kira-kira 500,000 pengunjung setiap tahun.

Sementara itu, badan sukan nasional Australia, Athletics Australia menyatakan, pihaknya bersama penganjur Maraton Sydney akan turut meneliti aspek keselamatan untuk acara itu yang akan diadakan pada bulan September ini. 

Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut dan lebih 100 cedera dalam siri letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang berlangsung di Massachusetts, pagi tadi (waktu Malaysia).

Setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik letupan yang berlaku manakala media-media tempatan melaporkan bahawa beberapa alat peledak yang tidak meletup telah ditemui di kawasan berhampiran kejadian berkenaan.

Insiden dan jumlah kematian serta kecederaan akibat serangan berkenaan disahkan oleh pihak polis Boston.

- AGENSI

Tiada ulasan: