Cari Apa?

Jumaat, 12 April 2013

Kandungan Surat Wan Azizah Kepada Tun M Bakal Didedahkan? #GE13 #PRU13 #TolakPR



Datin Seri Wan Azizah Ismail perlu memberi penjelasan berhubung isi kandungan suratnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kelakuan dan perangai Anwar Ibrahim semasa ketua pembangkang itu masih lagi berkhidmat di dalam kerajaan. Pengakuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau masih menyimpan surat isteri Ketua Pembangkang itu mengenai aduan dan kekecewaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata mengejutkan banyak pihak.

Dr Mahathir yang telah menyimpan rahsia itu sejak 15 tahun lalu bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat 18 muka surat yang ditujukan kepadanya itu demi menjaga nama baik dan memelihara aib Anwar.

Menurutnya ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Beliau juga berkata, kekhuatirannya itu timbul apabila individu berkenaan berjaya memerintah negara ini, dan pada masa itu nanti barulah beliau akan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.

“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.

Berita Penuh DI SINI

Tiada ulasan: