Cari Apa?

Jumaat, 8 Februari 2013

PAS Sudah Tak Mau Sama DAP Laaa...

Ini baru betul-betul perjuangkan Islam.. Janganlah hendak memecah-belahkan lagi perpaduan Islam khususnya di Malaysia ini. Rata-rata negara Islam sudah bergolak kerana kedegilan dan kebebalan pemimpin yang lebih sanggup membiarkan rakyat bertelingkah serta salah faham demi kerana perjuangan dan fahaman mereka sendiri. Tidak terdapat mana-mana pihak pun yang mahu duduk semeja dan berbincang demi perpaduan Islam yang semakin rapuh pada masa kini...

Ini kalilah, ini kalilah.. Penyokong PAS bukalah pintu hati dan otak.. Lihatlah apa yang sudah berlaku dalam negara kita kali ini.. Jangan kerana keegoan anda, satu hari nanti keamanan yang dikecapi ini hanyalah tinggal kenangan manis sahaja... ambil iktibar demi "PERPADUAN UMAT ISLAM"... One for all, and all for one tu ada makna yang amat mendalam.. Walau bagaimanapun, pemimpin Malaysia tidak mengabaikan rakyat-rakyat beragama lain yang duduk di bawah naungan negara Malaysia yang makmur ini.. Kedudukan dan hak-hak mereka juga terjaga rapi tanpa sebarang prejudis... Mereka bebas mengamalkan agama masing-masing, bebas mengamalkan budaya dan adat istiadat masing-masing tanpa gangguan.... Jadi, dimanakah kurangnya keamanan dan kedamaian yang dikecapi selama ini...  We cherish the different.. And, let us be an example to the nation...


P/s: Karpal ape lu mau chakap lagi ? PAS tak mau lu la DAP... phui ! Lagi mau bohong ka.. itu hal pun tak boleh di discuss!! Haiyaa

Tiada ulasan: