Cari Apa?

Khamis, 8 November 2012

SUARA RAKYAT DARI LUAR DUN

NGO, penjaja dan rakyat biasa himpun desak selesai isu berbangkit


Sumber : Sinar Harian 8 November 2012

Jom baca ringkasan  ini. Sila beli akhbar untuk berita lanjut.

Rakyat Pulau Pinang yang sudah lama bosan dengan sikap Kerajaan Negeri PR bertindak berkumpul di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menghantar memorandum kepada Speaker DUN agar mengemukakan usul celaan terhadap Datuk Salleh Man (PAS-Permatang Pasir) kerana gagal membawa isu pelaksanaan hudud di Pulau Pinang serta celaan terhadap Chow Kon Yeow (Pengerusi DAP Pulau Pinang-Padang Kota) kerana gagal menangani isu pemberian lesen kepada penjaja Padang Kota Lama yang berlarutan lebih tujuh bulan. 
"Kenapa MPPP membenarkan penjaja berniaga di Jalan Macalister, Jalan Newlane, Jalan Armenian, Lebuh Chulia, depan pasar Pulau Tikus dan sebelah pejabat MPPP sedangkan kami berniaga di tempat lapang dan tidak ganggu lalulintas atau orang lalu lalang tapi kami dikenakan tindakan sedangkan peniaga yang berlainan kulit di tempat lain bebas berniaga walaupun melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas?" - Siti Zubaidah Ali, penjaja Padang Kota Lama
"PAS kini hanya jadi alat DAP&PKR. Kami kesal pemimpin sekarang tidak lagi berpegang kepada konsep perjuangan Allahyarham Fadzil Noor"- Jaffar Osman, ahli PAS Balik Pulau

* Undilah Pakatan Rakyat lagi pada PRU akan datang ni. Cuma DAP saja yang terbela, parti lain tidak.... Anda bagaimana?

Tiada ulasan: