Cari Apa?

Khamis, 14 Mac 2013

#ANWAR IBRAHIM KECUT PERUT NAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP LUM YOONG!!! #Pakatoons #GE13


Bekas Pengasas PKR Dakwa, Penceroboh Sulu Dibiayai oleh SUARAM Kegagalan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ oleh isteri kesayangan suatu ketika dahulu untuk menjawab semua dakwaan berhubung insiden berdarah di Sabah semakin menimbulkan tanda tanya.

Malah media Filipina, The Enquirer sebelum ini juga dilaporkan telah menghubungi Anwar bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut, namun ditolak atas alasan terikat dengan jadual program yang padat.

Walaupun Anwar mengatakan, berjanji akan menghubungi semula wakil media tersebut bagi memberikan kenyataan, namun sehingga ke hari ini dia masih lagi ‘bersandiwara’ untuk mengelak dari memberikan sebarang maklumbalas.

Sedangkan, mengikut logik akal, jika benar Anwar tidak bersalah dan ingin membersihkan namanya, perlawaan The Enquirer itu boleh digunakan untuk menolak dakwaan sebelum ini. Terbaru mantan salah seorang pengasas parti PKR, Ng Lum Yong mendedahkan mengenai satu email yang diterima dari salah seorang kenalannya di Manila.

Menurut Lum Yong, kandungan email tersebut antara lainnya mengatakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah telah dibiayai oleh SUARAM, salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia. Lum Yong mendakwa, rakannya itu turut mendedahkan sebanyak USD 2 juta telah disalurkan oleh SUARAM kepada kumpulan tersebut untuk membuat rancangan dan anasir jahat di Lahad Datu.

“… semua benda telah dirancang, saya terima satu email dari Manila (yang mengatakan) insiden di Lahad Datu dibiayai oleh sebuah NGO tempatan (sebanyak) 2 juta USD."

Dan NGO yang dimaksudkan ialah SUARAM” dedah beliau ketika menyampaikan ceramah di Dataran Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Sekiranya dilihat dari fakta sebelum ini, dakwaan Lum Yong ini ada asasnya.

Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram berhubungdakwaan menerima dana asing sebanyak USD 100 juta sejak dari 2007 dari Yayasan Open Society Institute bagi menganjurkan protes jalanan.

Selain dari itu, NGO tersebut sebelum ini turut didakwa memberi rasuah kepada penjawat awam bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan. Mereka juga sebelum ini sering mendakwa tidak mempunyai sebarang agenda dan kepentingan politik, namun umum mengetahui Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah menjadi Pengarah Suaram pada tahun 2003.

Hasil siasatan yang dilakukan juga, membuktikan yayasan tersebut dimiliki oleh penyangak matawang dunia George Soros yang pernah suatu ketika pernah hampir menjahanamkan ekonomi Malaysia. Lebih memeranjatkan, Tian Chua juga sebelum ini pernah mengaturkan pertemuan antara George Soros dengan Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong.

Malah sekiranya dilihat dari kelengkapan peralatan dan senjata yang dirampas dari kumpulan penceroboh, ia bukanlah satu kumpulan yang dikatakan hanya ingin menuntut hak untuk tinggal di Sabah. Tetapi ia adalah merupakan satu kumpulan yang telah dibentuk sejak sekian lama untuk satu objektif iaitu mencetuskan hura-hara di dalam negara ini.

Anwar sebelum ini, pernah cuba menunjukkan sikap ‘kejantanannya’ dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Utusan dan TV3 atas dakwaan fitnah jenayah.

Oleh yang demikian, bagi membuktikan bahawa Anwar benar-benar seorang ‘jantan’ ada baiknya untuk dia agar turut mengambil tindakan undang-undang terhap Ng Lum Yong.

Mahkamah Kecoh Apabila Tian Chua Cuba Melarikan Diri #PKR #KembalikanISA


Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi tadi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Maw taw takut ke... eleh.. time cakap tu, bukan main berdegang lagi.. siot je..

UPDATE #opsdaulat : Peristiwa sebelum Berlakunya Pembunuhan Di Lahad Datu!

Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.

“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka.

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya.

Agimuddin Kiram yang mendakwa Raja Muda Sulu dipercayai mengetuai ratusan pengganas menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu, adalah adik kepada Jamalul Kiram III, individu yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu.

“Saya ingat saya akan mati kerana pengganas mengacukan pisau pada leher saya,” kata Azmain Mahmood, 32, penduduk Kampung Tanjung Batu yang berjaya meloloskan diri daripada kumpulan pengganas terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam Ahad lalu, dia menonton televisyen apabila pintu rumahnya diketuk. Sebaik membuka pintu, dia terkejut mendapati sekumpulan lelaki bersenjata yang terus menyerbu masuk ke dalam rumahnya. “Mereka mengacu pisau pada leher saya sambil bertanya sama ada saya yang memberitahu kedudukan mereka kepada anggota keselamatan Malaysia.

“Saya yang sangat takut ketika itu terus menjawab ‘bukan saya, kamu salah orang’. Pengganas terbabit terus mengarahkan kami keluar ke kawasan lapang di luar rumah.

“Kumpulan pengganas berkenaan kemudian meminta pelbagai barang, termasuk makanan dan keperluan harian daripada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan, semalam.

Menurutnya, seorang daripada pengganas terbabit bertanya siapa boleh keluar membeli beras untuk mereka dan dia terus menawarkan diri untuk membantu.

“Saya sengaja menawarkan diri dan apabila dibenarkan keluar dari kampung, saya terus melarikan diri. “Ketika itu sekurang-kurangnya 50 pengganas menawan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan sebahagiannya dibawa ke Kampung Tanduo dengan berjalan sejauh tiga kilometer sebelum dibebaskan secara berperingkat-peringkat beberapa hari kemudian,” katanya.

Beliau berkata, semua penduduk yang dibebaskan kumpulan pengganas itu tidak dicederakan sepanjang berada di Kampung Tanduo.