Cari Apa?

Khamis, 17 Mei 2012

DAP TIDAK SESUAI UNTUK ORANG MELAYU



KUALA LUMPUR: DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu. 

Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka. 

Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti. 

“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit. 

Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011. 

Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal. 

Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu. 

“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti. 

“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.-BeritaHarian 

Bicara Gades: Kalau boleh Gades ingin highlight kan perkara ini kepada TGNA dan Hadi Awang... Tidak berfikirkah mereka ini tentang masa depan bangsa dan yang paling penting agama Islam itu sendiri?? Huru hara dah dibuatnya orang2 Islam oleh TGNA dengan fatwa-fatwa yang mengarut dia tu...

Isnin, 7 Mei 2012

GARA-GARA BERSIH: KERAJAAN SAUDI KINI PERSOAL , JEMAAH HAJI MALAYSIA MARAH


(Artikel diambil dari mymassa.blogspot.com)

Artikel sebelum ini  dah bagitau betapa pelancong-pelancong Arab telah membatalkan tempahan-tempahan mereka ke tanah air kita gara-gara Bersih yang tak bersih tu. Habis rugi pengusaha pelancong Islam Bumiputera di KL khususnya, 50% pelancong Arab membatalkan tempahan mereka. Hotel-hotel, chalet dan resort Melayu dan Bumiputera Islam yang rapat dengan pelancong-pelancong Arab rugi 50%. Mampukah Ambiga Sari menggantikan kerugian ini? Anwar yang kaya tu yang memberikan Ambiga fund untuk membayar para perusuh seorang dalam RM300 tu, adakah hati hendak mengganti kerugian mereka.

Sekarang Kerajaan Arab Saudi sendiri marah dan sangat taidak senang hati dengan perbuatan-perbuatan penyokong Ambiga Sari di Kota Suci Mekkah dan Madinah. Ambiga memang DIHARAMKAN masuk Mekkah dan Madinah, tetapi baju-baju Bersih Ambiga, banner-banner Bersih Ambiga LBGT dapat memasukim kota suci Mekkah dan Madinah. Di mana PAS? Nampaknya Anwar dan PAS terkedu dan terkejut dengan kemarahan Kerajaan Arab Saudi. Tu lah mereka syok sendiri, mereka ingat umat Islam di Arab Saudi suka dan menyokong mereka, rupa-rupanya mereka ini memalukan umat islam di Malaysia.

Kita nak cadang kepada para perusuh Bersih yang memohon naik umarh dan Haji, supaya batalkan permohonan mereka tahun ini dan berikan kepada umat Islam yang tidak Merusuh.

Kini semua umat Islam di Malaysia khususnya jemaah Haji merasa marah dan susah hati. Gara-gara Bersih, kerajaan Arab Saudi sudah mula buka mulut, sudah mula sangsi, sudah mula persoal...

50% PELANCONG ARAB BATAL KE MALAYSIA GARA-GARA BERSIH


GARA-GARA PENYOKONG AMBIGA LBGT,
PELANCONG SAUDI BATAL VISA KE MALAYSIA

Seorang pengusaha pelancongan berasal dari Kota Bharu meluahkan kesedihan dan kekecewaannya terhadap penganjur pemberontakan Bersih 3.0. Beliau yang bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong-pelancong dari negara Arab menyatakan akibat daripada gambar-gambar palsu Bersih dariMalaysia, dan berita kononnya Malaysia huru-hara serta tidak selamat, hampir 50% tempahan ke Malaysia dibatalkan.

Biasanya sehari beliau boleh mendapat purata 5 hingga 10 orang Arab dengan jumlah bilanngan hari 10hingga 20 hari. Tetapi akibat daripada Bersih, jumlah tersebut menjunam ke angka 2 orang sahaja satu hari!

Walaupun pemberontakan Bersih 3.0 sudah tamat dan gagal, namun jumlah kedatangan pelancong Arab ke Malaysia masih tidak bertambah. Beliau menjangkan kesan sebegini akan berterusan dalam jangka masa 6 hingga 12 bulan. Kebanyakan mereka beralih ke Indonesia dan Thailand.

Anda lihat saudara sekalian, gara-gara Ambiga mahu jadi calon PRU, gara-gara Ambiga mahu menunjukkan imej rakyatnya, Ambiga berjaya menjual umat Islam supaya menyokongnya, Anwar tidak sedar kesannya. Ada ramai pengusaha kecil-kecilan seperti ini terpaksa mengikat perut dan hampir gulung tikar. Apakah Ambiga akan membantu penguasaha ini, no waylah, Ambiga langsung tak peduli, yang penting kepada Ambiga, personel interestnya dah berjaya. Bagi Ambiga, yang penting dia dah popular dan boleh masuk PRU13.