Cari Apa?

Ahad, 8 April 2012

Fakta : Tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 Yang Telah Kerajaan Layan.


Lepas buat BERSIH 2.0, Kerajaan melayan tuntutan puak-puak ni dengan menubuhkan PSC.

Dalam PSC tu pun dah ada wakil pembangkang. Dan ini adalah hasil daripada PSC yang telah ditubuhkan.



Nak macam mana lagi puak pembangkang ni. Pemilihan PKR pun lagi teruk daripada PRK tapi diorang masih kata SPR ni teruk.

Tolong sebarkan fakta ini untuk rakan-rakan yang nak join BERSIH 3.0.


Bicara Gades: Kalau SPR ni tak bersih, macam mana Pulau Pinang, Selangor dan Kedah boleh tumbang ke PR? PR sengaja nak membuat kacau bilau di Malaysia... Kalo nak sangat buat Bersih, buat kat Penang la woii... ada bran ke??? Lim Guan Eng musti bagi punyer!!!

Sabtu, 7 April 2012

SURAT KHAS BUAT MAMFUZ, 'PENGKHIANAT' SEBENAR RAKYAT SABAH!!!


Salam semua, Mymassa menerima satu kiriman emel menarik. Mymassa copypaste untuk bacaan kita bersama...


SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HIDUP saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN, sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.

Bagi saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina. Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau hidup2.

Pernah kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun kami merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan. Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang membantu mereka.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana? Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang Hikpokrit!!! Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya, kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.

Kamu tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam, semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok, membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf untuk mengurus Kad Pengenalan kami. Kami bukan jalan belakang seperti yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.

Kamu sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! Kami orang Islam, Pernah kau perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh. Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.

Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau! Kau tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya. Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja. Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu jatuhkan semangat mereka. Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku, pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu oleh Task Force. Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!! Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada wang.

Bila aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit, Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku ini sauadara seagama dengan mu? Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan Neraka kepada kami di Sabah. Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku berserah.

M.Sandakan.
12.15PAGI.Putrajaya, menumpang di rumah kawan!.

Bicara Gades: Sedih sekali pabila membaca surat ini... Inilah bukti sebenar bahawa PR itu hanya mempergunakan rakyat yg tidak bersalah dan terhimpit oleh keadaan demi untuk perjuangan mereka... Kongsi lah surat ini agar menjadi pengajaran kepada semua yang masih buta hati menyokong PR!!!!!

Khamis, 5 April 2012

BICARA MENGENANG JASA 1: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA... Digeruni! Disegani!


"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck. The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag. Several Singapore officers resigned or were reassigned or demoted. The major who carried it out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia telah mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.

Bangga tatkala mendengar Singapura diceroboh oleh Pasukan Komando Malaysia yang sentiasa  gigih melakukan operasi Hitam untuk memperkukuhkan ketahanan Nasional Negara (National Resilience). Jikalau kita merujuk laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda selalu dimainkan oleh Negara SINGAPURA yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia MERUPAKAN pasukan pertama yang telah berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu mengisytiharkan bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali PASUKAN MALAYSIA. Itu belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani KAWAN dan LAWAN. Keberanian pasukan tentera Malaysia tidak dapat dinafikan di dalam misi menyelamat Pasukan RANGER Amerika Syarikat di Mogadishu.


 
Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami cedera yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apabila mereka berani bergerak ke kawasan COMBAT ZONE dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", serta telah mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah apabila Singapura Menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sama sekali untuk melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan dan sejarah yang sangat cemerlang didalam peperangan. Latihan Ketenteraan amat kerap dilakukan oleh Pasukan Ketenteraan Malaysia dengan menggabungkan pasukan DARAT, LAUT DAN UDARA. Sesungguhnya, askar darat kita pernah melakukan terjunan daripada Kapal Terbang / jet Pasukan Tentera Udara dan Pasukan Elit Komando Tentera Darat bersama-sama menyelam dan menggunakan bot-bot dan kapal laut Angkatan Laut Malaysia.

Belum menceritakan detik-detik apabila askar-askar Singapura masuk ke dalam hutan tebal di Malaysia. Sememangnya Askar Malaysia sangat suka akan HUTAN TEBAL Tropika yang  menjadi kubu kuat ATM dan menjadi mimpi ngeri bagi pasukan darat Singapura. Harimau mengaum di sana!

Banyak lagi kelebihan yang ada pada tentera Malaysia berbanding Singapura dengan kekuatan yang sukar diramalkan. Selain itu, kelengkapan-kelengkapan ketenteraan bagi pihak Malaysia yang mempunyai kekuatan Jet Pejuang F18 super-HORNET dan Sukhoi yang boleh memusnahkan Sistem Pertahanan Singapura pada bila-bila masa, sementelah menunggu jet-jet pejuang Singapura yang diTAPAKKAN di negara-negara luar seperti di Australia, Amerika syarikat dan sebagainya....

Sesungguhnya askar-askar Singapura meskipun dilatih oleh Negara Israel , hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah YOUNG OFFICER yang tiada pengalaman peperangan....... Berbeza sekali dengan askar-askar Malaysia....yang sanggup berkorban nyawa dan badan. demi menjaga kedaulatan  agama, bangsa dan negara... Hakikatnya Singapura telah dipertahankan oleh Askar Melayu Diraja Malaysia, Leftenan Adnan Saidin...TAMMAT-


lim kit siang jangan mimpi nak minta bantuan SINGAPORE.....


KAN KU PERTAHANKAN NEGARA INI DARI DIJAJAH OLEH TALI BARUT SINGAPORE IAITU DAP BABI! !!!
ALLAHUAKBAR!

GEMPUR WIRA!!!

Credit to: http://myhomesoil.blogspot.com/2012/03/angkatan-tentera-malaysia-sesuatu-yang.html
Maklumat Lanjut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Darat_Malaysia