Cari Apa?

Selasa, 28 April 2015

KE MANA WANG RAKYAT DALAM CAJ 20 SEN BEG PLASTIK?

Kalau semalam Gades cerita pasai duit surcaj yang taktau p mana, 
hari ni Gades nak tanya pulak pasai duit caj 20 sen beg plastik tu...

Sebelum tu, Mai gades nak cerita dulu kronologi Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP) ni...
Mula-mula, pada 1 Julai 2009, kerajaan DAPig mulakan dengan hari Isnin..
Lepas tu pulak, pada 1 Januari 2010 depa tambah jadi hari Isnin, Selasa dan Rabu.....
Akhirnya pada 1 Januari 2011, hari-hari kena.. haihhhh

Matlamat kempen ni kononnya nak mengurangkan penggunaan plastik..
nak lindungi alam sekitar... okla... baguih matlamat tu..
kiranya premis perniagaan yang terlibat seperti pasaraya besar, pasaraya, restoren makanan segera akan kenakan cas 20 sen bagi setiap plastik yang diminta pelanggan..

Cuma kini timbul persoalan :
  1. Berapa banyak dah yang depa kutip dan berapa banyak pulak yang dah sampai ke golongan sasaran iaitu rakyat miskin tu??
  2. Macam mana premis-premis yang terlibat buat kira-kira bagi setiap 20 sen yang dikutip dari pelanggan. senang cerita, tunjukkan macam mana akaun itu diwujudkkan supaya setiap duit yang masuk direkodkan...
  3. Adakah kutipan 20 sen ini dimasukkan ke dalam satu tabung amanah?? Nilai jutaan ringgit ini menjadi tanda tanya terutama dalam mekanisme kutipan dan simpanan serta ke manakah ianya digunakan.
Banyak lagi sebenarnya yang Gades nak cerita... 
tapi untuk lebih kepastian.. jom tengok SINI
Ini duit rakyat... jangan nampak GST dengan Jet 
tapi dalam pada masa yang sama cekau pelan-pelan duit rakyat dalam negeri..


KATA DULANG PAKU SERPIH,
KATA BN, 
PR YANG PERABIH




Sekumpulan anak muda melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan negeri P.Pinang dengan melakukan flashmob di bulatan Seberang Jaya.

The Signature.. KONDO KUMBAHAN

Dalam keghairahan kerajaan negeri Pulau Pinang bina kediaman mampu milik (mampu milik lah sangat), akhirnya depa terlupa pasai tempat sisa kumbahan najis kediaman tersebut.. 

haihh.. dah berak dah kencing tak dak tempat nak buang pulak.. apa kes ni?


Kondominium The Signature di Jalan Baru, Perai dengan tagline "Where you live in signature style" yang dibina oleh pemaju Excel Focus Propoerties Sdn. Bhd. nampak hebat baq hang. Dengan ketinggian 27 tingkat dan mempunyai 148 unit, kondo ni lengkap penghawa dingin, kabinet dapur, almari pakaian dan lain-lain fasiliti seperti roof top garden, kolam renang, sauna, gelanggang sukan, taman permainan, laman BBQ dan banyak lagi lah.


Kondominium mewah serba lengkap.. The Signature..

Tapi masalahnya kondo mewah ni tak ada tempat sisa kumbahan sendiri. Jadi pemaju ambil jalan mudah.. buat saliran pembentungan melalui kawasaan perumahan Taman Pauh dan alirkan sisa berak kencing orang kondo ke loji yang terletak 1 kilometer dari projek tu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) taman itu, Mohd. Hassan Mohammad berkata, pihak penduduk membantah sekeras-kerasnya tindakan pemaju itu kerana akan mengganggu lalu lintas serta menyusahkan kehidupan penduduk. Menurutnya, pihak JKKKP telah menghantar surat bantahan kepada pemaju, IWK dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkaitan masalah itu namun tiada sebarang jaminan diberikan kepada penduduk.

“Saya yakin pihak pemaju ingin mengambil jalan mudah dengan mengalirkan sisa kumbahan itu ke kawasan ini bagi mengelakkan gangguan bau di kawasan kedi­aman 27 tingkat itu,” katanya ketika mengetuai bantahan aman penduduk di taman itu.


Sementara itu, bagi penduduk, Zahari Arshad, 48, rumahnya berada paling hampir dengan loji kumbahan itu dan pihak pemaju membuat tandaan di hadapan rumahnya untuk mengorek jalan. Jelasnya, jika projek itu berjalan, dia akan menjadi mangsa kerana jalan yang dikorek berada terlalu hampir dengan rumahnya serta membahayakan struktur rumah yang telah didiami sejak 22 tahun lalu. “Sudahlah selama ini saya terpaksa menghidu bau busuk dari loji kumbahan itu, kini datang satu lagi masalah baharu apabila jalan di depan rumah saya nak dikorek untuk bina paip saliran bagi kemudahan penduduk kondominium mewah. “Terdapat sebuah lagi loji di Taman Bunga Raya yang lebih hampir dengan kondominium itu tetapi saya hairan kenapa mereka pilih untuk buat saliran melalui kawasan perumahan kami di sini,” ujarnya.

Cerita lanjut.. mai tengok SINI..


Kerja-kerja mengorek tanah dan pembinaan saliran kumbahan melalui kawasan perumahan Taman Pauh


Bantahan penduduk Taman Pauh




PKR dan sampah berpisah tiada....

PKR dok berbangga la.. sebab dah 16 tahun depa pegang Permatang Pauh ni... tapiiii... dalam pada tu pun tetap takleh jugak selesaikan isu-isu tempatan di kawasan Parlimen ni.

Kalau ampa semua nak tau.. 
kawasan Permatang Pauh ni takdak apa... kemudahan asas tidak diselenggara dengan elok... infrastruktur pun sama.. Pembangunan baru?? jangan harap la..  

Gades bagi contoh sistem perparitan la..
Parit yang dok ada sepanjang jalan Permatang Pauh tu... 
yang dok hubungkan kawasan ni dengan Bukit Mertajam & Georgetown tu.. 
daif sangat keadaan dia.. penuh sampah sarap.. berlumut hijau... sampaikan jadi tempat pembiakan aedes.. haiiiih

Sampaikan penduduk sekitar tu pun bagitau depa terpaksa hadap banjir kilat setiap kali hujan.. pasai apa?? pasai aliran air di parit tu tak berfungsi dengan elok..

Jadinya, setiap kali banjir.. sampah sarap akan melimpah sehingga ke jalan raya..
keadaan akan jadi kotor.. busuk... mengganggu persekitaran Jalan Permatang Pauh tu yang berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kawasan perumahan.

Yang syoknya lagi... mai gades nak habaq..

Parit tu lebih kurang 200 meter saja dari Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh ni..
Lepas tu pulak, depa siap pasang bendera PKR sepanjang parit tu...

Mai sat gades nak tanya depa..

Depa ni (wakil rakyat dan jentera parti termasuk penyokong PKR la) memang dah lali dan terbiasa ka dengan pemandangan kotor macam ni?? atau pun depa tak sedaq dengan keadaan sekeliling pasai depa sibuk berpolitik???

Adakah masalah parit tersumbat dan sampah sarap ini dianggap sebagai isu kecil yang tidak akan menenggelamkan isu ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR itu????




 Ini semua kat mana?? hanya ada di Permatang Pauh..