Cari Apa?

Rabu, 27 Mac 2013

Penduduk kesal tidak lapor kehadiran orang asing lebih awal. #opdaulat #LahadDatu #Pray4Sabah #savepenang


LAHAD DATU: Kerisauan beberapa penduduk Kampung Tanjung Labian dengan kehadiran sekumpulan 'orang asing' yang mendirikan rumah secara haram di pinggir hutan berhampiran nyata berasas.

Tindakan mereka melaporkan kehadiran 'orang asing' itu kepada ketua kampung Mahmud Mallang, 72, pada 27 Februari lalu, bagaimanapun ditempelak sesetengah penduduk yang kononnya tidak mahu berprasangka buruk.
"Lihat apa yang terjadi sekarang. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan risaukan sebelum ini ada asasnya. Keamanan kami dirampas malah ada rakan memberitahu rumah mereka dibakar pengganas militan.

"Kalau dahulu kita semua bersatu hati melaporkan kepada pihak berkuasa, sudah tentu keadaan tidak akan jadi seperti ini," kata Idris Abdul Kahal, 49, dalam nada kesal kepada Bernama, di sini.

Mengimbau kembali kejadian serangan militan pada 1 Mac lalu, Idris yang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, berkata mereka dipaksa pengganas supaya segera meninggalkan kampung itu.

"Mereka bercakap dalam bahasa Suluk meminta semua orang kampung lari dengan segera jika tidak mahu diapa-apakan. Saya hanya sempat mengambil dokumen peribadi dan melarikan diri bersama penduduk kampung lain ke dalam ladang kelapa sawit.

"Suara pengganas sangat parau menyebabkan kami takut mendengarnya. Waktu melarikan diri, kami juga tidak tahu ke mana kami hendak lari dan hanya berserah kepada Allah dan lepas empat jam berjalan, kami tiba di Lok Buani," katanya.
Idris yang kini ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, sebuah pusat penempatan sementara, berkata ekoran serangan pengganas militan itu, anak keduanya berumur 8 tahun, sering meracau dalam tidur berkemungkinan gangguan emosi.

Katanya, keadaan anaknya kini semakin pulih setelah melalui proses pemulihan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan dua anaknya yang beradad di tingkatan dua dan lima masih enggan ke sekolah kerana takut.

"Perkara ini sangat menyusahkan dan saya rasa seperti tidak mahu balik lagi ke Tanjung Labian kerana saya takut jika pengganas akan kembali semula," katanya yang menganggarkan mengalami kerugian hasil tanaman sawit, ternakan dan buah-buahan kira-kira RM10,000.

Penduduk Tanjung Labian keseluruhannya 3,500 orang merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas kampung itu diklasifikasi sebagai zon merah dalam Operasi Daulat susulan pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Februari lalu.

Halimah Naukan, 48, pula berkata beliau dimaklumkan rakan bahawa rumahnya yang berdekatan Tanjung Batu dibakar pengganas militan itu.

"Saya amat marah dan kecewa. Mereka (pengganas) ini semua bersifat binatang, langsung tidak memikirkan bagaimana kami mahu hidup semula selepas ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

"Saya dengar haiwan ternakan pun mereka ambil. Mereka langsung tiada belas kasihan dan sepatutnya mereka ini mati. Inilah hukuman yang patut mereka terima," katanya sambil menitiskan air mata.

Isnin, 25 Mac 2013

Tiada Fakta Dalam Hujah Bawani!! Never #Listen

Nak sentuh sikit la pasal si Bawani ni.. Tengok pertanyaan/hujah beliau dalam video yg trending #Listen tu pun dan rasa macam, "apa benda budak ni cakap??xde fakta langsung.." and, I was right!!!

Hujah Bawani dalam memperkatakan tentang pendidikan percuma hanya berdasarkan persepsi konon Malaysia mempunyai wang yang sangat banyak dengan hanya bersandarkan fakta yang hanya berlandaskan persepsi semata-mata. 

Yang paling menyakitkan hati apabila si budak kecik ni bercakap dan mempertikaikan kos pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan negara seperti pembelian Eurocopter dan Kapal Selam serta beberapa lagi kelengkapan untuk aset pertahanan negara. 

Katanya sumber wang tersebut harus digunakan untuk pendidikan percuma. Dan kebanyakan yang diperkatakan dalam artikel beliau hanyalah mainan pembangkang yang tiada sumber berita yang sahih. 

Dan kalau (gajah pun boleh terbang menggunakan perkataan kalau) segala korupsi yang konon dibentangkan oleh beliau mampu membayar janaan pendidikan percuma, beliau kena ingat satu perkara. Ianya hanya untuk kos masa pendek dengan jumlah yang diperkatakan, tetapi Bawani lupa untuk memperkatakan wang-wang yang perlu digunakan untuk masa akan datang. 

Jika dakwaan rasuah dan ketirisan berlaku seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang, ianya tidak bermaksud bahawa wang tersebut boleh dirampas daripada perasuah kerana pasal asalnya, wang tersebut telah tertetap untuk digunakan pada perbelanjaan asal.

Sebagai contoh, ada seorang menteri telah menyalahgunakan wang jutaan ringgit untuk menguruskan sebuah projek yang telah diamanahkan kepadanya. Tetapi, ternyata terdapat penyelewengan dalam projek tersebut. Katakanlah apabila wang tersebut Berjaya diuruskan kembali, ianya tetap digunakan untuk membiayai projek tadi dan bukannya dengan menghapuskan pendidikan berbayar di negara kita.

Juga, berdasarkan artikel Bawani, saya tidak nampak sebarang ulasan, atau sebarang pengiraan dari Bawani, untuk mengulas mengenai berapa bilionkah wang perlu digunakan untuk menghapuskan pendidikan berbayar, berapakah jumlah wang yang perlu dijana untuk pengurusan beratus universiti di Malaysia jika mahukan pendidikan percuma. Berapa banyakkah jumlah yang akan bertambah dari semasa ke sama kerana jumlah rakyat Malaysia juga makin bertambah untuk memasuki universiti, justeru bilangan universiti juga akan bertambah kos sara hidup yang semakin meningkat , secara tidak langsung akan menambahkan jumlah wang yang perlu digunakan untuk pengurusan. 

Itu belum masuk lagi bagaimana rancangan mengenai pendidikan percuma, untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia menghargai pendidikan apabila segalanya sudah percuma. Pendidikan sekolah rendah dan menengah percuma, itu pun bilangan mereka yang ponteng semakin bertambah dari semasa. Dan kenapa Bawani tidak menyebut 10 Universiti terbaik dunia mengenakan CAJ BAYARAN untuk menjadi sebahagian daripada mereka kalau pendidikan percuma ini begitu MULIA DI MATA BAWANI. 

Dan Bawani tidak pula membincangkan mengenai jumlah cukai yang terlalu tinggi yang ditanggung oleh rakyat di negara yang mengamalkan pendidikan percuma. 

Bawani tidak pula bercakap bagaimana untuk menjana pendapatan negara bagi menanggung kos pendidikan percuma. Duit Petronas? Bukan ke Anwar cakap nak guna untuk tol percuma, kurangkan harga minyak, kurangkan harga kereta, kasi wifi percuma. Dimanakah itu semua wahai Bawani? Cakap memang senang, tetapi sebenarnya lebih susah bila anda terpaksa mengurus sebuah negara yang jumlah penduduknya hampir mencecah 30 JUTA! 


Bicara Gades: Inilah bukti orang yang tidak membuat sebarang kajian tetapi bercakap ikut sedap mulut dan rasa hati... 

Kiram Nak Saman Malaysia RM77.8 Billion #LahadDatu #saveMalaysia


Ketua Pengganas Sulu Jamalul Kiram III dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan makhamah untuk menyaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM77.8 Bilion atas dakwaan membangun dan merampas sabah secara haram,

Menurut laporan Akhbar dalam Talian The Manila Times.net saman itu akan dihantar kepada Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu,saman tersebut merupakan reaksi kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan pengganas rakyat Filipina Kelmarin


MOTIF BUKAN NAK SABAH PUN,
NAK $$$$$ NI JER :)