Cari Apa?

Sabtu, 19 Januari 2013

PAS Tutup Mata Tindakan Edar Bible Kepada Orang Islam



Semalam, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah berjaya membongkar kegiatan dua orang lelaki yang dipercayai pendakwah Kristian mengedar Kitab Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan Sekolah Menengah di Jelutong.


18/01/2013, GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam. 

Dalm kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. 

Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini. 

Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis di Balai Jelutong, di sini, kira-kira jam 12 malam tadi. 

NGO berkenaan mendesak supaya satu siasatan dibuat oleh polis di peringkat negeri berhubung penyebaran dakyah agama lain kepada umat Islam serta mendesak Kerajaan Pusat menguatkuasa tindakan mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Negara.

Laporan Polis yang telah dibuat oleh Persatuan Mukabuku Pulau Pinang terhadap dua lelaki berkenaan.

Khamis, 17 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH : Mat Sabu Terpaksa Setuju Dgn Majlis Syura PAS


Kota Bahru, 15 Jan -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong peggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh dignakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagau Mat Sabu, berkata pendiriaanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bibile versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya sama macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna. -- BERNAMA


Bicara Gades: Kan dah cakap daripada awal... Haduiii laaa Kepimpinan PAS oyyyy~ Pertahankanlah kesucian dan martabat Islam... Cukup-cukup la tu dah menyebabkan perpecahan ummah.. Jangan ditambah lagi masalah-masalah lain... 

Isnin, 14 Januari 2013

Post-mortem #KL112 #HKR112


Satu perkara yang sangat bagus mengenai PKR adalah mereka sangat pantas dalam melakukan post-mortem tentang perkara yang mereka anjurkan. PKR memang tak tunggu lama. Budak-budak muda PKR memang jenis yang tak sabar. Mereka nak tahu sejauh mana HKR sudah mampu merubah pola pengundian seperti yang mereka harapkan. Dalam bahasa mudah, pulang modal atau tidak?

Terkejut dengan analisa Ketua Ekonomi Bank Islam (ahli PKR), bahawa PR hanya mampu menang 97 kerusi, mereka sedang merancang untuk memanggil Azrul untuk membentangkan analisa beliau kepada PKR. Soalannya, apakah HKR mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi PKR?

Beberapa analisa awal yang diperolehi di HQ PKR:

A. Sokongan Generasi Muda Statik

Ada pertambahan sokongan tetapi masih terlalu kecil. Tidak ada penambahan kumpulan neutral. Repeat customers – orang muda yang HADIR di HKR adalah mereka yang sama HADIR waktu Bersih. Tak ada penambahan. Gerakan Mahasiswa gagal dimanipulasi sebaiknya. Rancangan awal berlakunya pertempuran kecil dengan pihak PDRM tidak berlaku. Ini menyebabkan Gerakan Mahasiswa akan terus less Dan lembik. Adam Adli bukan ikon Mahasiswa yang wibawa.


B. Kegagalan PAS (500 ribu rakyat)

Pas tidak mampu menurunkan jumlah rakyat yang diharapkan. Sementara Pas Kelantan dan Terengganu cemerlang, Pas NS, Melaka, Selangor, Perak dan WP sangat lemah. Faktor sebenar akan diperolehi dalam masa terdekat.


C. Sikap Tenang Kerajaan Meresahkan

Sangat tidak menjangka tindakan PDRM yang sangat profesional. Kejayaan imej buruk PDRM sewaktu Bersih tidak dapat dilakukan. Ini sebenarnya sedikit merosakkan perancangan awal.


D. Kemenangan Total Media Baru

Satu perkara baik HKR112 adalah dominasi media baru oleh PKR. Anwar sendiri puas hati dan memuji jentera media baru PKR yang sangat efisien dan cekap. Mahu taktik media baru ini dikekalkan hingga PRU. Bajet tambahan media baru akan diberikan kepada negeri-negeri strategik, seperti Sabah dan Sarawak. RM1.5 juta adalah angka yang dirasakan sesuai untuk Sabah (Vernon Keidit – akan fokus kepada media baru untuk Sabah dan Sarawak).


E. Jawatankuasa PR Perlu Peneguhan

PKR mempunyai hubungan baik dengan Pas, namun ada kelemahan komunikasi yang jelas dengan DAP. Ini perlukan penambahbaikan. Kepimpinan DAP terlalu self-centric dan tidak terbuka dengan cadangan PKR.


F. Anwar Masih Unifying Force

Anwar masih lagi IKON UTAMA dalam PR. Tak ada pemimpin lain yang mampu menyaingi populariti Anwar setakat ini. HKR sudah kembali meletakkan Anwar sebagai PM-to-be. HADI gagal sama sekali.


G. Political Traction

Percentage points sokongan tidak naik langsung. Kembali kepada populariti pasca Bersih. Perlu usaha lain. Tumpuan perlu diberikan kepada manifesto dan strategi memenangi hati rakyat. Pengumuman awal manifesto dirasakan sangat perlu.

Sumber: Disini