Cari Apa?

Selasa, 14 Ogos 2012

Tolak PAS Tapi Bukan Tolak Ajaran Islam

Sumber: FB

Gades: Tolak PAS kerana PAS dilihat semakin lari daripada perjuangan mereka.. Label parti Islam, diberikan oleh penjajah. Maksudnya konotasinya ialah dalam kandang demokrasi, bukan dalam ajaran Islam. Dengan kata lain, parti Islam adalah parti yang bertunjangkan fahaman sekularisme... namun mereka dalam PAS tidak sedar, malah terus berbangga dengan label itu, walau pun adalah jelas tidak mengikuti ajaran Islam.. 

PAS boleh dikatakan parti yang berasaskan dendam bukan berlandaskan islam.... dan satu-satu nya orang islam yang kononnya kuat mendokong Islam tetapi mendoakan kebinasaan umat islam yang lain hanyalah nik aziz dan beliau menganjurkan penyokongnya berbuat demikian..... maka siapakah sebenarnya TGNA?.. ALLAH sahaja yang maha mengetahui... Wallahualam..

Himpunan Hadis-Hadis Tuan Guru @NikAbdulAziz: Bahagian 1

Satu entri yang Gades rasakan sangat menarik untuk pertimbangan dan minda pencacai PAS.. Rasanya, tiada siapa dalam PAS yang pernah membuat perbandingan atau mengumpul segala fatwa TGNA ni untuk dikaji sedalamnya.. Entri ni Gades ambil dari blog MyMassa untuk tatapan semua.. 



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" -12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, - 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." -Kuliah di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - 26 Nov 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - 19 Nov 1992.

MALAYSIA DIISYTIHAR NEGARA SEKULAR - HARAPAN LKS




PEMBELA Kecam Usaha Menghakis Kedaulatan Islam Dengan Mendakwa Malaysia Negara Sekular

Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation;

Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.

Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.

Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya.

Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang secular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.

Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik, yang menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik Negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat Negara ini terpengaruh dengan di’ayah kononnya Malaysia sebuah Negara sekular.

BAGI MENGELAKKAN SALAH TANGGAPAN SEBEGINI TERUS MENULAR DI KALANGAN RAKYAT DAN PENTADBIR NEGARA, PEMBELA MEMOHON PERKENAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK –

MENUBUHKAN SURUHANJAYA KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) SEBAGAIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DALAM RESOLUSI KONGRES MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM SELURUH NEGARA SETAHUN LALU.

MENGENAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG SENGAJA MENCETUSKAN PERASAAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA NEGARA.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

SUMBER: MYMASSA