Rabu, 5 September 2012

Surat Bukti PKR Pandai Berbelanja - RM400k Hanya Untuk Malam Gala Keadilan 2012

Sumber: Klik Sini
Pada 4 Mei yang lalu PKR menganjurkan satu majlis Makan Malam Gala PKR 2012 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Menurut laporan daripada blogger pembangkang pada waktu itu Anwar Ibrahim menyifatkan makan malam tersebut berjaya dan melegakan bendahari PKR.



Skodeng gambar sikit...





Berapa ramailah rakyatSelangor yang susah, ibu tunggal dan anak yatim dijemput hadir dalam majlis 'grand' anjuran PKR ini agaknya?

Namun tahukah saudara pembaca bahawa kos perbelanjaan Makan Malam Gala PKR yang diadakan pada 4 Mei 2012 menelan belanja sebanyak RM400,000.

Surat (bawah) permohonan perincian perbelanjaan Presiden PKR Wan Azizah kepada Dr. Tan Kee Wong, merupakan bukti bahawa PKR membelanjakan satu jumlah yang besar hanya untuk satu majlis makan malam.



Dengan kos sebanyak RM400,000 untuk majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan orang-orang cina kaya itu bukankah ianya merupakan satu pembaziran?

Ironinya di sebalik tuduhan PKR kononnya kerajaan boros dan membazirkan wang rakyat, rupa-rupanya tuduhan tersebut dilakukan oleh mereka sendiri, adakah wang sebanyak RM400,000 itu wang gaji Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1?

Bukankah ramai rakyat susah di Selangor dapat dibantu jika wang sebanyak itu diperuntukkan untuk mereka? (pinjam ayat Nizar ketika isu no.plat WWW1)

Hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan