PEMBANGKANG DAH PANIK ULAMA SERU HARAM UNDI DAP!! MEREKA SALAHKAN UTUSAN MALAYSIA YANG MELAPORKAN GESAAN ULAMA KERANA MEREKA TAK BERANI SALAHKAN ULAMA!!
Ini dari TV PAS (http://www.youtube.com/watch?v=cYapULxPk3U). Ikuti TV PAS ini untuk fahami isu ini..
Lim Kit Siang, dengan diiringi pemimpin-pemimpin Islam PAS dan PKR membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana melapor seruan dan gesaan beberapa ulama yang menyeru bahawa adalah haram mengundi DAP..
Sebenarnya yang patut disaman ialah ulama-ulama tersebut, bukannya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia sekadar melaporkan seruan ulama. Jelas, ini percubaan DAP dan PR untuk menyekat hak bersuara Utusan Malaysia bersuara, tidak ada demokrasi dalam DAP dan PR..
Dan menarik pada minit-mint 1:37 dan 2:10 Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR TAPI ISLAM ADALAH AGAMA RASMI. Kalau dah sekular, macam mana boleh ada agama rasmi?
Sebuah negara sekular pada prinsipnya tidak boleh mempunyai apa-apa agama sebagai agama rasmi. Baik Amerika, baik Turki atau negara-negara Barat yang mempraktikkan sistem sekular tulen TIDAK mempunyai sebarang agama rasmi, termasuk agama Kristian tidak pernah jadi agama rasmi negara Eropah dan Amerika dan Islam tak pernah jadi agama rasmi Turki..
Jelas Malaysia bukan negara sekular walaupun ia bukan negara bersistem Islam 100%, tapi ia tetap negara Islam dan bukan negara sekular. Tapi kenapa pemimpin PAS diam saja bila Lim Kit Siang kata Malaysia "negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi"?
Adakah pemimpin PAS seperti Dr Hatta Ramli yang hadiri sidang akhbar Kit Siang ini setuju bahawa Malaysia adalah negara sekular tapi mempunyai Islam sebagai agama rasmi? Lim Kit Siang jelas menyokong taraf Malaysia sekarang ini sebagai "negara sekular beragamarasmikan Islam"! PAS juga sokong? Kenapa diam membisu PAS?
Dan pada mini 6.12 onwards, Anwar Ibrahim cuba jelaskan keadaan bagi mempertahankan DAP. Lagi dia jelas, lagi kucar kacir pendirian Anwar, DAP dan PR tentang negara Islam dan Hudud.
Anwar bukan nafi DAP reject negara Islam dan Hudud. Anwar sekadar kata semua orang pada waktu ini tolak Islam, negara Islam dan Hudud, bukan DAP saja! Kata Anwar lagi UMNO pun tolak, MCA pun tolak, jadi kalau DAP tolak pun tak salah.
Dan sebenarnya Anwar dan PKR pun secara rasmi tolak negara Islam dan hudud yang mengikut Anwar tak ada dalam agenda PR tapi dalam segmen TV PAS ini, Anwar tak pula sebut yang dia dan PKR pun tolak Hudud dan negara Islam..
Point Anwar di sini bukan nak defend negara Islam dan hudud. Tapi nak defend hak DAP untuk tolak negara Islam dan hudud kerana kata Anwar SEMUA orang sekarang ini tolak hudud dan negara Islam: DAP tolak, UMNO tolak, MCA tolak, saya Anwar Ibrahim pun tolak, parti saya PKR pun tolak, pakatan saya Pakatan Rakyat pun tolak..kita semua tolak, JADI TAK SALAH KALAU DAP PUN TOLAK!!
Itu point Anwar! Sebab tu Anwar berlapik bahasa dengan berkata "bukan tujuan saya nak tersukan polemik tentang isu ini, lebih baik kita tumpu pada pembangunan negara mengikut parti masing2 blah, blah, blah blah..." Jelas Anwar dah rasa panas dengan isu negara Islam dan hudud ini sebab dia dan Lim Kit Siang memang tolak negara Islam dan Hudud!! Mereka dah panik bahawa seruan ulama haram undi DAP sudah mula dipatuhi umat Islam!
Dan di mana PAS vis-a-vis DAP dan Anwar? PAS DIAM MEMBISU! Sepatah tak cakap! Lihat saja muka pemimpin PAS dalam klip ini di belakang Lim Kit Siang, DR RAMLI HATTA, diam macam kerang busuk! Lim Kit Siang jelas menegaskan pendirian mereka menolak hudud dan negara Islam, hanya mereka menyalahkan Utusan Malaysia "memainkan" isu ini..
Seperti biasa mereka suka salahkan Utusan Malaysia kerana mereka dah panik dengan isu ini yang boleh susutkan undi Muslim untuk DAP dan selanjutnya untuk PAS dan DAP yangs sekongkol dengan DAP, kerana yang menyeru HARAM UNDI DAP bukanlah Utusan Malaysia tetapi ULAMA-ULAMA anti-DAP (ulama-ulama ini tak semestinya pro-UMNO tapi jelass mereka anti-DAP).
Lim Kit Siang dn Anwar sepatutnya hantam ulama-ulama ini, bukan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia, seperti Harakah dan Suara Keadilan, berhak untuk lapor apa saja yang difikirkan membantu parti dokongan masing-masing..tapi mereka tak berani hantam ulama!!
Dan menuduh setiap laporan Utusan Malaysia adalah atas arahan pemimpin UMNO juga dangkal dan bodoh. Kita juga boleh buat kesimpulan sama bahawa setiap laporan Harakah, Roket dan Suara Keadilan adalah atas arahan pemimpin PAS, DAP dan PKR..Syabas Utusan Malaysia! Lapor dan dedah! Langan tak lapor!!
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.- maksud surah Al-Mumtahanah ayat 1.
BalasPadam