Cari Apa?

Rabu, 5 September 2012

Pakatan Pembangkang Agen Pemecah Belah Masyarakat

Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat. Dan seperti yang telah diketahui, sama ada Pas, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka.


Pas terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk.

DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.

Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat.

Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.


Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini.

Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.

Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei. Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!
Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya. Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim.

Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu ‘hidup Mahathir!’ yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan.

Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.

Surat Bukti PKR Pandai Berbelanja - RM400k Hanya Untuk Malam Gala Keadilan 2012

Sumber: Klik Sini
Pada 4 Mei yang lalu PKR menganjurkan satu majlis Makan Malam Gala PKR 2012 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Menurut laporan daripada blogger pembangkang pada waktu itu Anwar Ibrahim menyifatkan makan malam tersebut berjaya dan melegakan bendahari PKR.



Skodeng gambar sikit...





Berapa ramailah rakyatSelangor yang susah, ibu tunggal dan anak yatim dijemput hadir dalam majlis 'grand' anjuran PKR ini agaknya?

Namun tahukah saudara pembaca bahawa kos perbelanjaan Makan Malam Gala PKR yang diadakan pada 4 Mei 2012 menelan belanja sebanyak RM400,000.

Surat (bawah) permohonan perincian perbelanjaan Presiden PKR Wan Azizah kepada Dr. Tan Kee Wong, merupakan bukti bahawa PKR membelanjakan satu jumlah yang besar hanya untuk satu majlis makan malam.



Dengan kos sebanyak RM400,000 untuk majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan orang-orang cina kaya itu bukankah ianya merupakan satu pembaziran?

Ironinya di sebalik tuduhan PKR kononnya kerajaan boros dan membazirkan wang rakyat, rupa-rupanya tuduhan tersebut dilakukan oleh mereka sendiri, adakah wang sebanyak RM400,000 itu wang gaji Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1?

Bukankah ramai rakyat susah di Selangor dapat dibantu jika wang sebanyak itu diperuntukkan untuk mereka? (pinjam ayat Nizar ketika isu no.plat WWW1)

Hahaha...

Selasa, 14 Ogos 2012

PEMBANGKANG PANIK, ULAMA SERU HARAM UNDI DAP!!

PEMBANGKANG DAH PANIK ULAMA SERU HARAM UNDI DAP!! MEREKA SALAHKAN UTUSAN MALAYSIA YANG MELAPORKAN GESAAN ULAMA KERANA MEREKA TAK BERANI SALAHKAN ULAMA!!

Ini dari TV PAS (http://www.youtube.com/watch?v=cYapULxPk3U). Ikuti TV PAS ini untuk fahami isu ini..

Lim Kit Siang, dengan diiringi pemimpin-pemimpin Islam PAS dan PKR membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana melapor seruan dan gesaan beberapa ulama yang menyeru bahawa adalah haram mengundi DAP..

Sebenarnya yang patut disaman ialah ulama-ulama tersebut, bukannya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia sekadar melaporkan seruan ulama. Jelas, ini percubaan DAP dan PR untuk menyekat hak bersuara Utusan Malaysia bersuara, tidak ada demokrasi dalam DAP dan PR..

Dan menarik pada minit-mint 1:37 dan 2:10 Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR TAPI ISLAM ADALAH AGAMA RASMI. Kalau dah sekular, macam mana boleh ada agama rasmi? 

Sebuah negara sekular pada prinsipnya tidak boleh mempunyai apa-apa agama sebagai agama rasmi. Baik Amerika, baik Turki atau negara-negara Barat yang mempraktikkan sistem sekular tulen TIDAK mempunyai sebarang agama rasmi, termasuk agama Kristian tidak pernah jadi agama rasmi negara Eropah dan Amerika dan Islam tak pernah jadi agama rasmi Turki..

Jelas Malaysia bukan negara sekular walaupun ia bukan negara bersistem Islam 100%, tapi ia tetap negara Islam dan bukan negara sekular. Tapi kenapa pemimpin PAS diam saja bila Lim Kit Siang kata Malaysia "negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi"? 

Adakah pemimpin PAS seperti Dr Hatta Ramli yang hadiri sidang akhbar Kit Siang ini setuju bahawa Malaysia adalah negara sekular tapi mempunyai Islam sebagai agama rasmi? Lim Kit Siang jelas menyokong taraf Malaysia sekarang ini sebagai "negara sekular beragamarasmikan Islam"! PAS juga sokong? Kenapa diam membisu PAS?

Dan pada mini 6.12 onwards, Anwar Ibrahim cuba jelaskan keadaan bagi mempertahankan DAP. Lagi dia jelas, lagi kucar kacir pendirian Anwar, DAP dan PR tentang negara Islam dan Hudud. 

Anwar bukan nafi DAP reject negara Islam dan Hudud. Anwar sekadar kata semua orang pada waktu ini tolak Islam, negara Islam dan Hudud, bukan DAP saja! Kata Anwar lagi UMNO pun tolak, MCA pun tolak, jadi kalau DAP tolak pun tak salah. 

Dan sebenarnya Anwar dan PKR pun secara rasmi tolak negara Islam dan hudud yang mengikut Anwar tak ada dalam agenda PR tapi dalam segmen TV PAS ini, Anwar tak pula sebut yang dia dan PKR pun tolak Hudud dan negara Islam..

Point Anwar di sini bukan nak defend negara Islam dan hudud. Tapi nak defend hak DAP untuk tolak negara Islam dan hudud kerana kata Anwar SEMUA orang sekarang ini tolak hudud dan negara Islam: DAP tolak, UMNO tolak, MCA tolak, saya Anwar Ibrahim pun tolak, parti saya PKR pun tolak, pakatan saya Pakatan Rakyat pun tolak..kita semua tolak, JADI TAK SALAH KALAU DAP PUN TOLAK!! 

Itu point Anwar! Sebab tu Anwar berlapik bahasa dengan berkata "bukan tujuan saya nak tersukan polemik tentang isu ini, lebih baik kita tumpu pada pembangunan negara mengikut parti masing2 blah, blah, blah blah..." Jelas Anwar dah rasa panas dengan isu negara Islam dan hudud ini sebab dia dan Lim Kit Siang memang tolak negara Islam dan Hudud!! Mereka dah panik bahawa seruan ulama haram undi DAP sudah mula dipatuhi umat Islam!

Dan di mana PAS vis-a-vis DAP dan Anwar? PAS DIAM MEMBISU! Sepatah tak cakap! Lihat saja muka pemimpin PAS dalam klip ini di belakang Lim Kit Siang, DR RAMLI HATTA, diam macam kerang busuk! Lim Kit Siang jelas menegaskan pendirian mereka menolak hudud dan negara Islam, hanya mereka menyalahkan Utusan Malaysia "memainkan" isu ini..

Seperti biasa mereka suka salahkan Utusan Malaysia kerana mereka dah panik dengan isu ini yang boleh susutkan undi Muslim untuk DAP dan selanjutnya untuk PAS dan DAP yangs sekongkol dengan DAP, kerana yang menyeru HARAM UNDI DAP bukanlah Utusan Malaysia tetapi ULAMA-ULAMA anti-DAP (ulama-ulama ini tak semestinya pro-UMNO tapi jelass mereka anti-DAP).

Lim Kit Siang dn Anwar sepatutnya hantam ulama-ulama ini, bukan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia, seperti Harakah dan Suara Keadilan, berhak untuk lapor apa saja yang difikirkan membantu parti dokongan masing-masing..tapi mereka tak berani hantam ulama!!

Dan menuduh setiap laporan Utusan Malaysia adalah atas arahan pemimpin UMNO juga dangkal dan bodoh. Kita juga boleh buat kesimpulan sama bahawa setiap laporan Harakah, Roket dan Suara Keadilan adalah atas arahan pemimpin PAS, DAP dan PKR..Syabas Utusan Malaysia! Lapor dan dedah! Langan tak lapor!!