Cari Apa?

Khamis, 7 Mac 2013

VIDEO RENUNGAN : KETIBAAN PERWIRA NEGARA!! #LahadDatu #WiraMalaysia

AL-FATIHAH..

Gugurnya perwira negara di medan perang demi mempertahankan Kedaulatan Negara..

Walaupon ada pihak yang mengecam dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sensitif langsung, mereka tetap merupakan PERWIRA YANG BERJASA DAN SYAHID DI MEDAN PERANG!!

Kepada yang masih berhati keras dan batu mengutuk sana sini, hanya ALLAH s.w.t sahaja yang dapat membalas segalanya kepada anda..

Kepada keluarga arwah, semoga tabah dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran.. Tidak dapat digambarkan kesedihan mereka namun diharap rakyat Malaysia akan tetap mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka..

Ketibaan Pahlawan Negara



LAUTAN DAN DARAT DIKEPUNG SEKAT BEKALAN MAKANAN KEPADA MUSUH #opsdaulat #peacesabah


Lahad Datu, 7 Mac - Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Mengenai kumpulan penceroboh yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan.

"Kalau ada jalan keluar pun, 'the only way out' ialah ikut jalan laut. Bagaimanapun, saya tidak menafikan (wujud cabaran) kerana kita berhadapan dengan manusia, jadi masing-masing ada tipu helah," katanya.

Berhubung penahanan empat suspek lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Hamza berkata polis masih menyiasat sejauh mana penglibatan suspek dengan kumpulan berkenaan.- BERNAMA.

JAWAPAN KEPADA PERTIKAIAN NAIK PANGKAT ANGGOTA DAN PEGAWAI OPS #LahadDatu #WiraMalaysia

Gades tengok ramai yang mempertikaikan kenaikan pangkat anggota & pegawai yang terbunuh semasa mengendalikan Ops di Lahad Datu dan Semporna... Beginilah ye, kalau tak tahu, DIAM adalah lebih baik.. Ataupun, baca dan selidik dulu sebelum keluarkan statement.. Jangan main hentam keromo ikut otak yang x berapa bijak tu.. sekurang-kurangnya, yang layak untuk menerima atau tidak adalah waris/keluarga mangsa sahaja.. OUTSIDERS, just shut up..

Ni, Gades share penjelasan simple je daripada group Admin VAT69 - Perjuangan Semalam..

Iqra' (Bacalah)..

...Ada lagi .... pertikaikan naik pangkat pulak ...!

admin.. tolong buat satu statement mengenai kenaikan pangkat perwira yang terkorban.. kerana ramai yang pertikaiakan kenapa dah mati baru nak naik pangkat... kenapa dah mati baru nak bg...sy dah hint sikit2... tapi sy percaya admin lg arif dan pandai bg statement... senang ckit nak jwb mulut longkang tuh... saya terbakar betul dgn statement mcm tuh...

VAT 69 - Perjuangan Semalam
2 menit yang lalu

VAT 69 - Perjuangan Semalam

Kenaikkan pangkat anggota Pasukan Keselamatan adalah mengikut merit & pencapaian anggota itu sendiri. Namun dalam kes anggota yg dinaikkan pangkat selepas terkorban dimedan perang, adalah bertujuan sebagai 'Pangkat Kehormat' dan bagi menaikkan pencen yg bakal diterima keluarga mereka sebagai satu cara membantu keluarga anggota tersebut.


RM100,00 BUAT KELUARGA #WiraMalaysia #LahadDatu #pray4sabah

Anggota terkorban terima RM100,000

KOTA KINABALU 7 Mac - Kerajaan negeri akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sumbangan juga akan diberikan kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu selain mempertimbangkan pemberian bantuan lain kepada balu dan anak-anak mangsa.

Menurut beliau, sumbangan itu merupakan salah satu cara kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah menghargai serta menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

"Pengorbanan mereka terhadap negara cukup besar maknanya dan tidak dapat dinilai dengan apa-apa sekali pun," katanya ketika mengumumkan sumbangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.


Persamaan Strategi ANWAR dan MISUARI - #UulangIsaman

Ini hanyalah KEBETULAN Mungkin? PERSAMAAN strategi dan Teknik ANWAR & MISUARI . Ingat.. U ulang I saman U 

1. Misuari, dia nafi bantu Kiram, tapi dalam masa yang sama mengaku ada anggota MNLF turut serta dalam pasukan lanun Kiram yang menceroboh Sabah 3 minggu lepas.

Anwar pun lebih kurang begitu, nafi juga tapi banyak bukti sekarang menunjukkan dia pun sama terlibat melalui hubungan rapatnya dengan Misuari. Maklumlah, berbanding BN, Anwar lebih banyak untung kalau Sabah diistiharkan darurat dan pilihanraya tidak diadakan di negeri itu.

2. propaganda angka. Anwar sering mewar-warkan jutaan rakyat bersama-sama dengannya. Perhimpunan 45 – 50 ribu orang di Stadium Merdeka, ditukar Anwar menjadi 100 ribu sehingga 500 ribu orang.

Misuari pun begitu juga, tak tahulah dia dapat dari mana, tapi dakwanya ada berpuluh ribu orang Sulu yang bersedia menyeberang sempadan Malaysia-Filipina untuk membantu lanun-lanun yang sedang berterabur macam anak ayam diasak tentera dan polis Malaysia.

Kalau ada ramai orang macam itu dibawah perintah Misuari dan Kiram, baik dia dah rampas Mindanao tu dari Filipina, itu jauh lebih senang dari dia cuba nak tawan Sabah, so jelas sangat propaganda.

Awal-awal krisis bermula pun, Misuari sudah mengancam untuk menghantar lanun-lanun MNLF yang dipimpinnya ke Sabah kalau kepungan di Lahad Datu bertukar menjadi perang berdarah. Setakat dimaklumkan, tentera Filipina baru menahan lebih kurang 70 orang lanun MNLF yang cuba ke Sabah sejak komando polis mula menyerbu Jumaat lepas.

Tentera Malaysia, terutamanya TLDM yang berkawal di sempadan Malaysia-Filipina, belum lagi ada berita menahan lanun Sulu ini atau tidak, tapi mungkin juga sudah dihabiskan semua sekali ke dalam laut dan dengan itu tidak ada sesiapa yang tahu mengenai nasib mereka.

Apa yang penting bukan ribu-ribu.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat kita bahawa Anwar memang terbabit dalam insiden ini. Penafian dari Anwar bukan bukti kukuh bahawa dia tidak terlibat. Sebelum ini pun dia nafi meliwat Saiful Bukhari, tapi siapa punya air mani yang dijumpai di dubor pemuda tersebut?

Kalau bukan Anwar.

Jadi jangan pakai sangatlah penafian Anwar. Selain raja Saman, semua orang tahu Anwar raja Nafi. Dia punyalah nafi sampaikan akhbar Filipina Inquirer ada tuduh dia terlibat dalam krisis Lahad Datu inipun, dia kata akhbar itu tidak mentioned nama dia. Itu terang-terang pun tak mengaku tu, gelap-gelap apa lagi.

Credit : SSTDM