Rabu, 6 Mei 2015

Kak Jijah Jangan Cari Pasai.. #PRKPermatangPauh

Kak Jijah.. kata nak jadi wakil rakyat Permatang Pauh 
yang menyantuni semua kaum.. tapi apa kes pulak dah ni.. 
tiba-tiba Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy dan kaum India di Permatang Pauh tak puas hati dengan Kak Jijah.

 Menurut laporan yang diterima, Kak Jijah tidak hadir di majlis Hi-Tea dan kebudayaan kaum India yang diadakan di Seberang Jaya malam semalam. Ramasamy bersama-sama beberapa wakil rakyat kaum India telah awal-awal lagi hadir di lokasi majlis sejak jam 5.30 petang. Mereka terpaksa menanti selama sejam setengah sehinggalah MP Kapar, G.Manimaran tiba untuk mewakili Kak Jijah.. (hai.. dah lah lambat.. antaq wakil pulak tu..)

Ramasamy tidak dapat menahan marah apabila beliau dengan lantang berkata kepada Manimaran untuk memberitahu Kak Jijah supaya serius menjalankan tanggungjawab beliau sekiranya menang nanti. Jangan hanya singgah sekali sekala ibarat 'touch and go'. "You will see the ugly side of me." tambah Ramasamy.

Menurut Ramasamy ini kali kedua Kak Jijah gagal hadir dalam majlis yang melibatkan masyarakat India di P.44.

CERITA LANJUT ADA DI SINI

Komen Gades : 
Esok dah nak mengundi.. Kak Jijah nampaknya sengaja cari pasai..
Mungkin Kak Jijah yakin sangat akan menang kot..
 sebab itu tak kisah pun pada kaum India ni.
Kak Jijah.. jangan terlalu sombong.. orang sombong selalu rugi tau..
Contohilah Abang Mie... Mesra dengan semua bangsa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan