Rabu, 29 April 2015

#PRKPermatangPauh : Calon Gades Bukan Wakil Suami

Orang Permatang Pauh.. tunggu apa lagi.. mai kita pakat sokong dan undi calon kita Suhaimi Sabudin. 

Calon BN ni orang usahawan.. dalam urusan ukur bahan, perancangan dan bangunan. Dah tentu beliau arif bab-bab pembangunan dan tahu keperluan penduduk Permatang Pauh yang dah lama dahagakan pembangunan. Bagi lah peluang kepada beliau untuk realisasikan impian kita semua.


"Sejak kecil saya ada di sini dan dapat melihat apa yang berlaku selama ini. Saya tahu projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan bentuk pembangunan yang diperlukan penduduk setempat."

"Insya ALLAH, saya akan menggiatkan usaha membangunkan semula Permatang Pauh dengan projek yang sesuai dengan kehendak masyarakat jika mendapat mandat dari pengundi," katanya pada sidang media di pusat operasi BN."


"Jika menang dalam PRK Permatang Pauh, saya boleh menggabungkan kemahiran ini untuk memastikan setiap projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di sini dilaksanakan dengan memberi manfaat maksimum kepada penduduk tanpa berlaku pembaziran."


"Saya berani menawarkan diri untuk membawa perubahan. Setakat ini anak muda memberi respon amat baik kerana mampu mendengar dan berfikir sealiran dengan mereka."


"Tetapi pemimpin PKR berani apa? Mereka hanya berani letak jawatan dan kemudian bertanding dalam pilihan raya," katanya.




Gades harap sangat-sangat kali ni orang Permatang Pauh bijak menilai dan mengundi calon yang betul-betul ikhlas nak tolong kita.. Bukan bertanding untuk kepentingan diri dan keluarga dia.

Jangan pilih calon yang bila kita undi dia, dia letak jawatan bagi 'orang lain', 'orang lain' bermasalah dia mai masuk bertanding semula.. nanti kalau dia menang Gades yakin dia akan letak jawatan bagi lagi pada 'orang lain'.. Tapi yang pasti 'orang lain' tu mesti kroni dia.. kalau tak suami.. anak-anak dia plak.. 



Undi melibatkan kepercayaan kita pada calon dengan harapan dia boleh bantu kita.. tapi kalau undi, menang, letak jawatan.. undi, menang, letak jawatan.. baik hang letak jawatan siap-siap duk umah tak payah masuk-masuk dah.. Menyusahkan orang betuiii la.. Ada gak yang gila meroyan nanti.. huhuhu..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan