Isnin, 27 April 2015

MANA HILANGNYA WANG SURCAJ AIR PENANG

RM 600 JUTA HUTANG KERAJAAN DAP PENANG KERANA MIGRASI AIR

Sebagai anak jati Penang.. Gades terpanggil untuk masukkan entry ni.. biaq semua orang tau pasai kerajaan DAPig Penang ni.. Hangin 1 badan tau..

Sebelum ni Gades pernah masukkan isu kenaikan surcaj dan tarif air di Penang.. kali ni isu aliran wang surcaj plak.

Ada sumber habaq pada akhir tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM 36.72 juta berbanding sejumlah RM 687.79 juta pada tahun 2010, iaitu menurun sejumlah RM 651.07 juta atau 94.7%.

Penurunan hutang ini sebab pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

(KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN RM 600 JUTA PUN DARI AKAUN NEGERI. APA YANG BERLAKU CUMA PENGAMBILALIHAN ASET SAHAJA. SENANG CARA BERNIAGA. ESOK NAK KURANGKAN HUTANG RM 456 BILLION KERAJAAN MALAYSIA, KALAU PAKATAN MENANG ALIHKAN HUTANG INI PADA IMF. KEMUDIAN CLAIM KATA DAH SETTLEKAN HUTANG. INI MUJUR BAWAH KERAJAAN PUSAT YANG SELAMATKAN)

Pada tahun 2011, pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 6 juta bagi membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dan sebanyak RM 0.59 juta untuk Projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Arcade and Seafood Centre di Batu Kawan.


(KENAPA KERAJAAN NEGERI TIDAK GUNA DUIT UNTUNG SURCAJ YANG MELEBIHI RM 7 JUTA PADA PERTENGAHAN TAHUN 2012? KENAPA PERLU PINJAM DARI KERAJAAN BN PUSAT?)

Jadi persoalan sekarang.. 

KEMANAKAH HILANGNYA WANG SURCAJ?

ya la tu guan eng oiiii..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan