Ops Piramid bukan benda untuk seronok dipolitikkan


Malaysia adalah salah sebuah negara yang aktif menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Mesir. Tapi Mesir sekarang tidak selamat. Mesir bukan tempat yang selamat untuk sesiapa pun waima rakyatnya sendiri. Kerajaan Malaysia melalui penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan agar pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dibawa pulang demi keselamatan mereka. Apa pun yang terjadi, nyawa rakyat mesti diutamakan. Walaupun jarak kawasan panas dari kediaman pelajar adalah 100km jauhnya. Kemungkinan untuk merebak adalah tinggi. Maka kerajaan memutuskan untuk menggunakan pesawat komersial untuk menerbangkan mereka ke Malaysia.
Rujuk ringkasan di sini
Kerajaan tidak pernah bertindak secara memaksa. Rakyat masih diberikan pilihan samada pulang ke Malaysia atau kekal di Mesir walaupun menyedari maut mengancam mereka.Kerajaan membawa pulang rakyat yang dari Mesir dengan tujuan supaya mereka kekal bernyawa dan cukup sifat untuk bertemu keluarga yang kerisauan mengenangkan nasib mereka di tanah air. 

Tetapi Ops Piramid ini dipertikai oleh banyak pihak. Sejak Ops Piramid 1 lagi, usaha murni kerajaan ini dipertikai. Bagi pembangkang, tiada apa yang dilakukan kerajaan adalah betul. Anwar Ibrahim yang punya wang berjuta pun tak mampu nak sumbang walaupun satu jet beliau untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Tak cukup dengan itu, ada pula orang yang bijak berangan dan berimaginasi. Rujuk sini
Kalau taknak balik, berilah motivasi kepada rakan-rakan yang nak balik. Kamu jangan ingat kamu bijak sedangkan kamu hidup pun atas bantuan. Setakat menentang tapi tak ada hasil, baik tutup mulut dan habiskan pelajaran dulu. Berpegang pada tali Allah, bukan berpegang pada tali PAS.
Kalau Pulau Pinang bergolak, sah-sah mak kita kat Kedah tu dah suruh balik Kedah. Takut mati. Inikan pula Mesir.

Kalau nak tau cara imej Ops Piramid dijatuhkan, baca ini

Pengharaman Tanda Putera oleh Sang Sesumpah di Pulau Pinang


Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi, kuku besi, dan berhati hitam dan busuk. DALAM DAP, TIADA ISTILAH KEBEBASAN MEDIA DAN KEBEBASAN BERSUARA. 
Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan. Lim Guan Eng mencuba seboleh mungkin untuk menutup kemungkaran dan kejahatan keluarganya daripada diketahui rakyat Pulau Pinang. Maka rakyat Pulau Pinang akan terus buta sebuta butanya tentang sejarah negara.
Persoalan yang paling mudah adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Haram menguasai 3 negeri di Malaysia. Kepada manusia-manusia yang celik IT tapi buta sejarah negara, sila google Laporan MAGERAN berkenaan Tragedi 13 Mei 1969. Laporan penuh berkenaan tragedi tersebut dan kejahatan yang dilakukan oleh bangsa Cina dan India terhadap Melayu ada dinyatakan di dalamnya.
Dinasti Lim ini telah lama membuat onar dan kejahatan dalam negara. Iman memang tak dapat diwarisi. Tapi kejahatan memang selalunya akan diwarisi. Sebab manusia ni memang suka ikut bisikan syaitan. Sebab itulah Lim Guan Eng berani menasihati panggung-panggung di Pulau Pinang supaya tidak menayangkan Tanda Putera dengan ugutan mereka diberi lesen perniagaan oleh kerajaan tempatan. 
Wow...masih butakah orang Melayu yang telah mengundi Pakatan Haram ini? Masih butakah orang Melayu yang masih tidak berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang ini? Bila nak sedar? Nasib anak cucu kita bukan di tangan Cina dan India. Kita Tuan Tanah Melayu ini. Kita bangsa asal di sini bersama-sama kaum bumiputera yang lain.
Apa-apa pun, jika tak dapat tonton di Pulau Pinang, pergilah menonton di negeri-negeri berhampiran. Baguslah tindakan Lim Guan Eng tu. Dapat mengkayakan negeri-negeri BN. Selamat menonton!

Rujuk MAGERAN di sini

Baca halangan Tanda Putera di sini