Khamis, 29 Ogos 2013

Ops Piramid bukan benda untuk seronok dipolitikkan


Malaysia adalah salah sebuah negara yang aktif menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Mesir. Tapi Mesir sekarang tidak selamat. Mesir bukan tempat yang selamat untuk sesiapa pun waima rakyatnya sendiri. Kerajaan Malaysia melalui penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan agar pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dibawa pulang demi keselamatan mereka. Apa pun yang terjadi, nyawa rakyat mesti diutamakan. Walaupun jarak kawasan panas dari kediaman pelajar adalah 100km jauhnya. Kemungkinan untuk merebak adalah tinggi. Maka kerajaan memutuskan untuk menggunakan pesawat komersial untuk menerbangkan mereka ke Malaysia.
Rujuk ringkasan di sini
Kerajaan tidak pernah bertindak secara memaksa. Rakyat masih diberikan pilihan samada pulang ke Malaysia atau kekal di Mesir walaupun menyedari maut mengancam mereka.Kerajaan membawa pulang rakyat yang dari Mesir dengan tujuan supaya mereka kekal bernyawa dan cukup sifat untuk bertemu keluarga yang kerisauan mengenangkan nasib mereka di tanah air. 

Tetapi Ops Piramid ini dipertikai oleh banyak pihak. Sejak Ops Piramid 1 lagi, usaha murni kerajaan ini dipertikai. Bagi pembangkang, tiada apa yang dilakukan kerajaan adalah betul. Anwar Ibrahim yang punya wang berjuta pun tak mampu nak sumbang walaupun satu jet beliau untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Tak cukup dengan itu, ada pula orang yang bijak berangan dan berimaginasi. Rujuk sini
Kalau taknak balik, berilah motivasi kepada rakan-rakan yang nak balik. Kamu jangan ingat kamu bijak sedangkan kamu hidup pun atas bantuan. Setakat menentang tapi tak ada hasil, baik tutup mulut dan habiskan pelajaran dulu. Berpegang pada tali Allah, bukan berpegang pada tali PAS.
Kalau Pulau Pinang bergolak, sah-sah mak kita kat Kedah tu dah suruh balik Kedah. Takut mati. Inikan pula Mesir.

Kalau nak tau cara imej Ops Piramid dijatuhkan, baca ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan