Isnin, 4 Mac 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG!! #WiraMalaysia #Pray4Sabah

Inilah Barisan Perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.4

  1. Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun, berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Allahyarhammeninggalkan seorang balu, Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan tiga (3) orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
  2. Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas Semporna dan meninggalkan seorang balu, Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
  3. Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun, berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.00 petang.
  4. Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporan, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah binti Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
  5. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor. Bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Allahyarham yang masih bujang merupakan anak ke-enam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
  6. Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah bin Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

PEMERGIAN PERWIRA-PERWIRA NEGARA INI AKAN DIKENANG OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 

JASAMU, BAKTIMU, PENGORBANANMU AKAN TEGUH DI SANUBARI RAKAN SEPERJUANGAN DAN MENJADI AZIMAT UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!


-AL-FATIHAH-

MENDIANG MICHAEL SANGGUP BERHENTI KURSUS INSPEKTOR KESIHATAN UNTUK JADI POLIS #WiraMalaysia #Pray4Sabah




Serian, 4 Mac - Sanggup berhenti kursus inspektor kesihatan yang telah diikutinya selama empat bulan apabila permohonan untuk menjadi polis diterima.

Minat ASP Michael Padel untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara merupakan impiannya sejak kecil dan akhirnya beliau gugur sebagai wira negara.

"Dia anak yang 'nakal' (lasak), suka kepada pekerjaan yang mencabar dan berminat menyertai pasukan keselamatan beruniform hingga sanggup berhenti dari kursus inspektor kesihatan yang telah berjalan selama empat bulan apabila
permohonan untuk memasuki polis diterima.

"Saya percaya mendiang mewarisi darah 'pahlawan' dari ayahnya, mendiang Padel Sano yang juga seorang tentera (meninggal pada tahun 1983)," kata ibu mendiang, Elizabeth Inat Rau.

Dengan penuh kesedihan, wanita berumur 62 tahun itu berkata pemergian mendiang yang merupakan anak bongsu dan lelaki tunggal dalam keluarga amat dirasai dan seluruh keluarga amat bersedih.

"Saya terima berita sedih ini 7 malam semalam (Ahad) dan masih terkejut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bidayuh Tebakang dekat sini, hari ini.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi seluruh anggota keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung apabila berita kematian Michael yang terkorban dalam serangan hendap oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah diterima.

Sejak semalam rumah keluarga mendiang yang biasanya kosong dan hanya meriah pada perayaan Hari Gawai dan Hari Krismas, dipenuhi sanak-saudara dan penduduk yang bergotong-royong menyediakan persiapan ketibaan mayat mendiang yang dijangka tiba hari ini dan akan disemadikan pada Rabu.

Mendiang Michael yang telah berkhidmat sebagai polis lebih 10 tahun dan mula bertugas di Semporna setahun lepas, meninggalkan seorang isteri, Jabah Mingku, 35, yang berasal dari Simunjan, Sarawak dan seorang anak lelaki Macluie Michael berusia 11 tahun.

Turut terkorban dalam serangan hendap itu ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Togiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).

Kakak Sulung mendiang, Vivian, 42, berkata walaupun faham dengan tugas adiknya sebagai polis yang sentiasa berhadapan dengan situasi genting, namun melahirkan rasa sedih dan terkilan mendiang terkorban dalam insiden yang disifatkan sebagai 'di luar kuasa pihak polis'.

Bapa saudara mendiang Bincent Najuh Rimo, 68, berkata Michael telah menunjukkan minat untuk bertugas dalam pasukan beruniform sejak kecil.

"Mendiang memang berminat nak bekerja dalam pasukan beruniform sejak kecil. Saya seorang tentera, saya masih ingat masa kecil mendiang Michael pernah cakap nak pakai 'baju hijau' macam saya juga," katanya.

Bagi dua rakan sekampung mendiang, Moses Bijai, 35, dan Ah Cho, 43, berkata pemergian mendiang bukan sahaja kehilangan besar kepada keluarga malahan kepada seluruh penduduk kampung.

"Mendiang Michael ini sangat baik dan rapat dengan penduduk kampung. Kalau dia balik sini, dia mesti anjurkan aktiviti-aktiviti yang libatkan penduduk kampung. Penduduk kampung dan rakan-rakan umpamakan mendiang macam 'ketua', bila dia balik mesti ada saja aktiviti mendiang buat.

"Orang kampung memang pandang tinggi dengan mendiang dan sokong apa saja aktiviti yang dia buat. Contohnya masa dia balik sambutan Hari Gawai tahun lepas, dia adakan majlis BBQ, berkaraoke, live band, dan aktiviti sukan berakit, mendiang ajak semua penduduk kampung tak kira bangsa dan agama untuk turut
serta," kata mereka. - BERNAMA

VIDEO: HISTORY CHANNEL DOCUMENTARY OF SPECIAL FORCES MALAYSIA COMMANDO GGK (ARMY) #WiraMalaysia #Pray4Sabah

Ini Gades sediakan midnight movie tatapan untuk umum tentang latihan Komando (Tentera) Malaysia... Paparan daripada History Channel Documentary mengenai latihan Special Forces Malaysia Commando GGK 2012..

Ready your pop corn and coke... Let's watch this...


VIDEO : MALAYSIA VERY ABLE TROOPERS VAT 69 ON DISCOVERY CHANNEL #WiraMalaysia #Pray4Sabah

Tahukah anda, VAT 69 pernah mendapat coverage dalam Discovery Channel?? Bagi sesiapa yang belum pernah menontonnya, silakanlah melihatnya... 

Sambil itu, berdoalah untuk pejuang-pejuang PDRM dan ATM kita di Sabah... Semoga mereka selamat kembali dan dilindungi oleh Yang Maha Kuasa..

VAT69 Malaysia  Very Able Troopers on Discovery Channel Part 1/3

VAT69 Malaysia  Very Able Troopers on Discovery Channel Part 2/3

VAT69 Malaysia  Very Able Troopers on Discovery Channel Part 3/3