Isnin, 4 Mac 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG!! #WiraMalaysia #Pray4Sabah

Inilah Barisan Perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.4

  1. Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun, berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Allahyarhammeninggalkan seorang balu, Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan tiga (3) orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
  2. Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas Semporna dan meninggalkan seorang balu, Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
  3. Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun, berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah disembahyangkan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.00 petang.
  4. Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporan, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah binti Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
  5. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor. Bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Allahyarham yang masih bujang merupakan anak ke-enam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
  6. Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah bin Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

PEMERGIAN PERWIRA-PERWIRA NEGARA INI AKAN DIKENANG OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 

JASAMU, BAKTIMU, PENGORBANANMU AKAN TEGUH DI SANUBARI RAKAN SEPERJUANGAN DAN MENJADI AZIMAT UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!


-AL-FATIHAH-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan