Isnin, 22 Julai 2013

Cakkk!! Nik Aziz kembali!!


Ehemm...setiap kali dia mintak doa turun bala kepada UMNO, dia yang kena bala dulu. Berkali-kali dia mintak turun bala kepada UMNO, berkali-kali juga bala menimpa PAS. Apa dia fikir dia maksum ke?
Sampai dah tenat berkali-kali dah, masih jugak si Nik Aziz ni tak mau beristighfar dan berhenti dari politik untuk mengabdikan diri kepada akhirat.

Bila dah sihat sikit, dia buat balik. Pergi ke Besut kononnya nak bagi sokongan kepada calon PAS. Tapi balik-balik modal dia, UMNO tolak Islam, UMNO tolak Islam. Siapa Nik Aziz ni nak tentukan syahadah UMNO sah atau tidak? Penganut agama PAS masih tak sedar diri lagi ke? Buta lagi?

Dia kata PAS menyokong Negara Berkebajikan. Tapi bila UMNO dan BN berusaha memenuhi kebajikan rakyat, bina masjid yang indah-indah sebagai lambang menyayangi Allah dan memudahkan rakyat mendekatiNya, oooo...Nik Aziz kata, UMNO bina masjid tapi UMNO sendiri tak solat. Mana kebajikan PAS? Adakah meminta derma itu yang dimaksudkan dengan kebajikan? Akhirnya rakyat dikerah membuat masjid sendiri atas alasan mahu mereka belajar berdikari. Rakyat juga diminta memberi sumbangan kepada PAS tanpa henti.

Nik Aziz lupa dan dia buat orang lain pun lupa, bahawa penggemar dan penyokong UMNO ada sehingga peringkat remaja sekolah belasan tahun. Apa salah mereka sehingga dikafirkan dan dituduh tidak solat? Adakah Nik Aziz dan PAS begitu maksum sehingga tiada sekelumit dosa pun? 

Abdullah Bin Umar RA meriwatkan Rasulullah bersabda:
"Seseorang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya."

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya. " Sahih Bukhari no. 5752  

 "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya." Sahih Bukhari no. 2227 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan