Isnin, 22 Julai 2013

Cakkk!! Nik Aziz kembali!!


Ehemm...setiap kali dia mintak doa turun bala kepada UMNO, dia yang kena bala dulu. Berkali-kali dia mintak turun bala kepada UMNO, berkali-kali juga bala menimpa PAS. Apa dia fikir dia maksum ke?
Sampai dah tenat berkali-kali dah, masih jugak si Nik Aziz ni tak mau beristighfar dan berhenti dari politik untuk mengabdikan diri kepada akhirat.

Bila dah sihat sikit, dia buat balik. Pergi ke Besut kononnya nak bagi sokongan kepada calon PAS. Tapi balik-balik modal dia, UMNO tolak Islam, UMNO tolak Islam. Siapa Nik Aziz ni nak tentukan syahadah UMNO sah atau tidak? Penganut agama PAS masih tak sedar diri lagi ke? Buta lagi?

Dia kata PAS menyokong Negara Berkebajikan. Tapi bila UMNO dan BN berusaha memenuhi kebajikan rakyat, bina masjid yang indah-indah sebagai lambang menyayangi Allah dan memudahkan rakyat mendekatiNya, oooo...Nik Aziz kata, UMNO bina masjid tapi UMNO sendiri tak solat. Mana kebajikan PAS? Adakah meminta derma itu yang dimaksudkan dengan kebajikan? Akhirnya rakyat dikerah membuat masjid sendiri atas alasan mahu mereka belajar berdikari. Rakyat juga diminta memberi sumbangan kepada PAS tanpa henti.

Nik Aziz lupa dan dia buat orang lain pun lupa, bahawa penggemar dan penyokong UMNO ada sehingga peringkat remaja sekolah belasan tahun. Apa salah mereka sehingga dikafirkan dan dituduh tidak solat? Adakah Nik Aziz dan PAS begitu maksum sehingga tiada sekelumit dosa pun? 

Abdullah Bin Umar RA meriwatkan Rasulullah bersabda:
"Seseorang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya."

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya. " Sahih Bukhari no. 5752  

 "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya." Sahih Bukhari no. 2227 


Hebat!! PAS lebih hebat dari Majlis Fatwa Kebangsaan

Ooo hebatnya ulama-ulama PAS ni ya. Memiliki pemikiran yang hebat, idea yang bernas, berpendidikan tinggi ke langit, berpengetahuan menembusi mata kasar.
Jangan lawan depa. Depa kata ok..ok la.. Jangan pertikai. Sebab depa lebih Islam dari semua orang Islam di Malaysia ni. Kematian depa dah dijamin syurga. Depa dah berada di jalan yang lurus. Nik Aziz selalu dapat wahyu tuhan dah ampunkan dosa depa...
Sebab tu bila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menerima ucapan maaf Joseph Marino mengenai penggunaan kalimah Allah, PAS kata "Kami tolak keputusan Majlis Fatwa..biaq pi kat dia la nak kata apa pun kat Islam.. Dia tak salah..yang salah UMNO!!"
Ehh....pernah dengar ke PAS tarik? Mana ada..PAS tolak..tolak dan tolak..
Ok...buat yang tak tau apa itu Majlis Fatwa Kebangsaan terutamanya bagi yang malas, meh kita semak sikit apakebendanya Majlis Fatwa Kebangsaan ni. Lepas tu anda banding la dengan PAS pulak.


KEANGGOTAAN: 
Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:
  • Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;
  • Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;
  • Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan
  • Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
JAWATANKUASA 

Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin (Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI)
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha (Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Y. B. S.S. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Harussani bin Hj. Zakaria
Mufti Negeri  Perak Darul Ridzuan

Y.Bhg. S.S. Dato' Setia  Haji Mohd. Tamyes bin  Abd. Wahid
Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan

Y.Bhg. S.S Dato' Haji Wan Zahidi Bin Haji Wan Teh 
Mufti Wilayah Persekutuan

Y. Bhg. S.S Ustaz Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar
Mufti Negeri Sabah

Y. Bhg. S.S. Dato' Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad
Mufti Negeri Pulau Pinang

Y. Bhg. S.S Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh
Mufti Negeri Melaka

Y. B. S.S Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Muhamad
Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim

Y. Bhg. S.S. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman
Mufti Negeri  Pahang Darul Makmur

YB. S.S. Dato' Hj. Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin
Mufti Negeri Johor Darul Takzim

Y. B. S.S. Dr. Zulkifly bin Muda
Mufti Negeri Terengganu Darul Iman

Y. B. S.S. Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti Negeri Sembilan 

Y. Bhg. S.S Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin bin Hj. Ahmad
Mufti Negeri  Kedah Darul Aman

Y. Bhg. S.S. Tuan Haji Kipli Bin Haji Yasin
Mufti  Negeri  Sarawak
Y. Bhg. S.S. Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya
Mufti Negeri  Perlis

Y. Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Hj. Abd. Rahman (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
Penasihat Perundangan Syariah
Jabatan Peguam Negara
Y. Bhg. Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Shukor (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)

Y. Bhg. Prof. Datuk Zakaria Bin Stapa (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Y. Bhg. Prof Madya Datin Dr. Paizah Bt. Hj. Ismail (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)

Y.Bhg. Dr. Haji Mat Saad Bin Abdul Rahman (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)

 Y.Bhg. Prof. Dr. Zhari bin Ismail (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
 Pusat Pengajian Sains Farmasi
 Universiti Sains Malaysia

Y.Bhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim (Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
Head of ISRA Consultancy Department (I-Con)
International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)







Padan muka!! Lim Guan Eng dibaling kuah dhal!!



Awal-awal lagi DAP dah tanda Pulau Pinang ni Cina yang punya. Tengok la mural-mural tu. Mana ada rupa Melayu. Rupa India apatah lagi. Rupa kaum-kaum lain lagi la jangan harap akan terlukis.
Bila orang fed up, orang baling dengan kuah dhal. Ooo...meroyan la si Lim Guan Eng tu. Mula la keluar rayuan "Wahai orang Penang, marilah bersama-sama kita lindungi lukisan-lukisan Cina ini dan jauhi vandalisme,". Haakkktuuiihh!!!
Bayar beribu-ribu untuk lukis muka satu kaum je. Lepas tu nak suruh kaum lain pulak yang jaga. Awat sejak bila kami dibayar untuk jadi jaga hangpa? Sejak bila Pulau Pinang ni Cina DAP yang punya? Betullah Mukhriz Mahathir kata, air bukan bapak Guan Eng yang punya. Daripada jaga lukisan yang tak mendatangkan faedah, baik kami buat hal sendiri. Kami tak suruh pun hang lukis dinding-dinding bangunan tu Guan Eng oiii.
Tak cukup dengan membazir duit rakyat buat Water Ubah, ada pulak kaki pengampu nama Kenny Thi, nak pasang CCTV berharga RM400 di kawasan mural tu. Tujuannya untuk menjaga mural tu dari dirosakkan. Ooo lupa nak habaq, pengampu Kenny ni ada kedai CCTV dan alarm. Jadi, dia ampu DAP, dia pasang CCTV, kerajaan DAP bayar, bisnes dia untung. -The Star
Duit sapa? Duit rakyat...
Muka sapa? Cina DAP...

Jumaat, 19 Julai 2013

Apa kejadahkah ini??? RBA buat hal lagi!!!


Hoiii Red Bean Army!!! Kalau hang sayang sangat kat babi khinzir tu, hang tepek la muka hang sendiri jadi ala-ala babi. Tak pun buat pembedahan plastik biar kekal rupa hang macam babi.

Ini dah melampau!!! Ini Perdana Menteri yang diundi oleh rakyat. Ini orang Islam. Pemimpin negara Islam. Penasihat kepada Agong yang merupakan Ketua Agama Islam. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam.

Hangpa ni memang hina sungguh Red Bean Army!!! Lebih hina dari babi!! Sebab babi tak pernah ganggu manusia. Hangpa jangan ingat SKMM, PDRM dan kerajaan akan duduk saja. Pandai makan babi, pandai tanggung!!!

Bolehkah pisahkan Cina dari DAP dan Pakatan Haram?

Macamana la nak tarik sokongan Cina kepada Barisan Nasional semula kalau orang Cina sejak bayi lagi dah dibasuh otak a.k.a brainwash menyokong Pakatan Haram.

Pada PRU13 yang lalu, dilaporkan Barisan Nasional telah kehilangan 90% undi kaum Cina yang beralih arah sokongan kepada DAP yang jelas dibuktikan melalui pengukuhan kedudukan DAP di Pulau Pinang serta kejayaan parti itu menembusi kubu UMNO di Gelang Patah Johor.

MCA kemudiannya telah mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan yang sebenarnya lebih memburukkan keadaan kerana situasi ini dilihat seolah-olah MCA hendak lari menyembamkan muka ke dalam tanah kerana gagal sebagai sekutu dalam Barisan Nasional dan mengelak dari terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.


GERAKAN? Lagilah...terus senyap sunyi. Satu lagi sekutu dalam Barisan Nasional yang gagal menjalankan misi dengan baik. Di Pulau Pinang, hanya UMNO yang mengekalkan prestasi yang baik manakala GERAKAN...hmmm...

Orang Cina DAP tak sukakan Melayu. Cukup-cukuplah hipokrit tu. Jangan kata Cina DAP harmoni sangat dengan Melayu. Ini kenyataan. Jadi kalau Melayu datang membantu mereka sekalipun, bukan bermakna orang Cina DAP akan kata AKU CINTA PADAMU. 

Kesimpulannya di sini ialah, hanya orang Cina MCA dan orang Cina GERAKAN sahaja yang dapat menyatukan semula orang Cina DAP kembali ke dalam Barisan Nasional. Ia sukar dilakukan, tetapi tidak mustahil direalisasikan. Kerana hanya orang Cina saja yang mengerti kehendak dan sifat kaum mereka.

Mencari ibu bapa Vivian...tak tau pi mana



Sejak anak depa yang belajar kat Universiti Nasional Singapura tu buat hal, ala...si mangkuk yang ajak orang Islam berbuka dengan Bak Kut Teh yang wangi, enak dan menyegarkan tu, sapa lagi kalau bukan Si Vivian pelakon porno terkini tu, batang hidung malah bayang ibu bapanya langsung tak nampak dah. Sapa pun tak tau mana depa dah pi.

Sekarang pulak orang dah tau alamat dan nombor telefon depa dan keluarga depa, lagi la tak senang hati depa. Kecut habis segala.
Itulah...hantar anak belajar universiti, tapi dok bodoh lemau tara tu jugak. Haa, last last lari merapak. Ingat dah bijak sangat. Cabar lagi, cabar lagi. Kan dah kena seketoi.
Vivian mencari mummy daddy...
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ibu-bapa-vivian-menghilang-1.183741

Sex Bloggers dipanggil beri keterangan oleh PDRM Bukit Aman

Alvin dan Vivian hari ini dilaporkan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Setelah berkali-kali panggilan telefon dibuat oleh pihak Bukit Aman tidak dijawab oleh mereka, akhirnya mereka menghantar SMS mengatakan mereka akan hadir ke Bukit Aman bersama peguam mereka.

Kepada pembaca di luar sana, jangan cepat menyangka kedua-dua manusia ni telah dilepaskan tanpa tindakan setelah dipanggil oleh SKMM tempoh hari. Siasatan sedang dijalankan. Kali ini kerajaan bertindak lebih tegas terhadap perlakuan-perlakuan "gembira dan sengaja" yang cuba menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

Tak boleh ke semua orang duduk diam-diam dan hormat menghormati? Semua agama mengajar ke arah kebaikan. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya menghina agama-agama lain samada dengan sebab ataupun tanpa sebab. Untuk menyelesaikan sebarang masalah, dianjurkan dilakukan secara berhemah. Tunku Abdul Rahman telah pun menunjukkan contoh itu semasa proses menuntut kemerdekaan lagi. Walaupun hati beliau tidak suka kepada penjajah, tetapi diteruskan jua rundingan demi rundingan.

Hangpa lupa ka buat-buat lupa?

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/18/Sex-bloggers-to-go-to-Bukit-Aman-with-their-lawyers.aspx

Wow!! Kehebatan PAS bermuka-muka tentang Islam

Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS) menyeru kerajaan mengambil tindakan tegas bukan saja kepada masyarakat bukan Islam malah kepada orang Islam sendiri yang menghina agama lain.
Isunya di sini ialah, dia kata kenapa double standard asyik yang bukan Islam je kena tindakan. Ini merujuk kepada blogger seks Alvivi (Alvin dan Vivian). Dia kata kenapa tak ambil tindakan tentang Bible (versi bahasa Melayu) yang nak dibakar oleh Datuk Ibrahim Ali dan agama Hindu yang dihina oleh Datuk Zulkifli Noordin.
Hmm..hebat makcik ni. Yang isu Duta Vatican City sokong penggunaan kalimah Allah tu, awat tak bising? Apa tindakan PAS tentang ni? Kenapa tak demo depan kedutaan Vatican City tu dan baring atas jalan tanda protes? Adakah kerana si tua ni kata...

Yang isu Alvivi ajak orang Islam makan babi tu, kenapa tak bising? Ooo..nak tunjuk hangpa ni mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi la?
Habis tu awat yang tak berpadu dengan UMNO menegakkan Islam? Sedangkan UMNO adalah kuasa Islam di negara ini. Yang nak jatuhkan tu kenapa?

http://starcore.cloudapp.net/News/Nation/2013/07/18/Take-action-over-insults-to-any-religion.aspx?utm_source=tsol&utm_medium=http%3A%2F%2Fstarcore.cloudapp.net%2FNews.aspx&utm_term=8&utm_content=%26%238216%3BTake+action+over+insults+to+any+religion%26%238217%3B+&utm_campaign=mostviewed

Jangan cabar Islam, Melayu




Berita Harian hari ini melaporkan peringatan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya toleransi agama dan kaum di Malaysia tidak dicabar dan disentuh oleh mana-mana pihak.
TPM dengan berhemah memperingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya jangan menyangka orang Melayu sentiasa berlembut dan berbudi bahasa hinggakan apa saja yang dilakukan terhadap kaum ini tidak akan diambil tindakan. 
"Jangan nak cabar Islam dan Melayu, kita akan bangun dan bangkit untuk menjaga negara yang aman dan makmur ini serta menjaga kesucian Islam," tegasnya.


Khamis, 18 Julai 2013

Lohh..dah kahwin rupanya kau Ashraf!!


Adoi...pagi semalam dalam berita kata baru mohon nak poligami...bila petang berita kata tarik balik permohonan pulak..bila malam..

DAH KAHWIN!!!


Ok...hak berpoligami adalah hak lelaki. Betul. Wanita tak ada hak poligami. Betul. Tapi...kalau kahwin kat Siam tu..itu tak betul. Ashraf oii..apa yang kau dah buat ni? Mana maruah keluarga kau campakkan semata-mata nak kahwin kali kedua? Yang Sakinah pulak, kenapa pentingkan diri sendiri sangat? Macamana nak sampaikan ilmu dan dakwah yang baik kepada umat Islam yang lain kalau kau sendiri pun ikut hati dan bisikan syaitonnn supaya "Ahh! Jom la nikah kat Siam! Balik nanti nak tak nak depa kena terima!". Padahal, kau boleh tunjukkan contoh yang baik dengan bersabar dan cekal mengikuti setiap proses, halangan dan prosedur sampai kau dapat apa yang kau nak tanpa menjatuhkan maruah keluarga.


Tapi, kahwin kahwin dah. Hati tetap tak seronok jugak walaupun dah sah nikah sebab kena hadapi cemuhan masyarakat terhadap kau, keluarga kau dan keluarga mertua-mertua kau untuk jangka masa yang lama.

Tahniah. Selamat Pengantin Baru.

Ehemm..Ashraff Muslim nak poligami?


Cik abang ni dah nikah pada 2011 di Mekah. Sejak bertukar profesion kepada pengamal perubatan Islam ni...beliau semakin sunyi dari dunia hiburan. Tup tup dengar khabar beliau nak menikah lagi. Bakal isteri kedua dah canang satu Malaya bahawa beliaulah wanita yang dimaksudkan tetapi tuan punya body sendiri senyap membisu. I say no comment. Itu kisah dua bulan lalu.
Hari ini Harian Metro melaporkan bahawa aktor ini telah pun ke memohon untuk berpoligami. Hmm..
Macam-macam hal.

Dulu 'JAGUH' Depan Kamera, Sekarang Tertunduk Malu...

Itulah...orang Islam tak usik pun agama-agama lain. Tak pernah pulak dengar orang Islam publish benda-benda yang menyakitkan hati penganut agama-agama lain. Tapi yang hangpa seronok sangat ganggu Islam dan penganutnya kenapa? Orang Islam takkan baling babi kat rumah hangpa...sebab babi tu sememangnya halal kat hangpa. Tak cukup dengan iklan raya ala krismas..hangpa nak suruh kami makan babi pulak untuk berbuka. La ni padan muka. Tutup buat apa muka tu? Tayang body lagi tak lalu tak malu pulak.

Rabu, 17 Julai 2013

MB Kedah tegas isu kalimah Allah



Mukhriz: Kerajaan Kedah Tidak Izin Kalimah Allah Digunakan Bukan Islam

Kerajaan negeri Kedah tidak mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dalam kitab mereka dan memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang menyalahgunakan kalimah suci itu. 

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir turut menyifatkan golongan bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai manifestasi tidak baik terhadap umat Islam di samping cuba mengelirukan generasi muda Islam.

"Kita tidak boleh terima alasan mereka kerana di sebalik alasan tersebut tersembunyi matlamat hendak memurtadkan umat Islam," katanya sambil meminta umat Islam memberi mesej jelas kepada pihak luar yang menyokong kalimah Allah dibenar digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 372 guru al-Quran sukarela, bidan kampung dan mudim bagi daerah Kubang Pasu di Masjid Wang Tepus, dekat sini semalam.

Mukhriz menegaskan Allah adalah tuhan umat Islam dan tidak boleh ditukar dengan istilah 'God' iaitu tuhan secara umum dan jauh sekali 'Lord' yang bermaksud 'tuan' dalam bahasa Melayu.

"Sekiranya perkara ini berlaku di Kedah kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana tidak sensitif dengan majoriti orang Melayu beragama Islam," katanya.

Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, yang mendapat kecaman daripada banyak pihak.

Mukhriz berkata beliau juga mahu umat Islam memberi mesej jelas kepada golongan yang mempersendakan bulan Ramadan kerana perbuatan itu sememangnya disengajakan.

"Dalam negara mengandungi rakyat berbilang kaum dan pegangan agama, kita tidak boleh bermain dengan pegangan agama orang lain kerana ia amat sensitif.

"Mereka (pihak yang mempersendakan Ramadan) kena faham dari mana mereka datang. Siapa yang mendoktrinkan mereka sehingga sanggup memperlekeh agama orang lain, lagi-lagi di negara majoriti rakyatnya adalah Islam.

"Ini tidak biasa dilakukan, kita tak berani nak bermain-main dengan pegangan agama orang lain. Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku," kata Mukhriz berhubung pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan agama Islam dalam bulan Ramadan dalam Facebook mereka.

Pasangan itu tampil memberi keterangan di Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam.

Mukhriz berkata tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran supaya tidak ada lagi orang mengambil kesempatan atas sikap berprasangka baik umat Islam Malaysia selain agar perbuatan seperti ini tidak berulang dan berlarutan.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini sehingga mengenal pasti pihak yang menyuntik doktrin bertujuan memecahbelahkan perpaduan masyarakat Malaysia- Bernama

Duta Vatican City minta maaf sengaja tersilap



Duta Vatican City Minta Maaf Berhubung Isu Kalimah Allah

Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino pada Selasa meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari Selasa, kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Pada pertemuan itu, Anifah menjelaskan kepada duta berkenaan bahawa kenyataannya telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan bantahan keras daripada orang ramai.

"Biskop Marino dinasihati supaya peka dengan sensitiviti agama di negara tuan rumah dan isu yang diulasnya itu masih pada peringkat Mahkamah Rayuan.

"Dalam hal ini Biskop Marino diminta berpegang kepada prinsip asas amalan diplomatik dan tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara tuan rumah," katanya.

Susulan pertemuan itu kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama lebih rapat bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Holy See selain menggalakkan hubungan lebih akrab dalam kalangan semua agama, kata kenyataan tersebut. - BERNAMA

Selasa, 16 Julai 2013

Bapa Ubah???

Bapa Kemerdekaan - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (UMNO)
Bapa Pembangunan - Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (UMNO)
Bapa Perpaduan  - Allahyarham Tun Hussein Onn (UMNO)
Bapa Pemodenan - Tun Dr Mahathir Mohamed (UMNO)
Bapa Pembangunan Modal Insan - Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (UMNO)
Bapa Transformasi - Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (UMNO)

Tiba-tiba...ehh??

BAPA UBAH - Ooi Leng Hang (DAP)?? 
Siapa individu ini? Beliau adalah pereka patung burung UBAH yang dilancarkan di laut Pulau Pinang beberapa hari lalu. Begitu besar sekali jasa beliau memberi sumbangan kepada negara sehingga menghabiskan RM60,000 hanya untuk membuat patung sekaligus dinobatkan sebagai BAPA UBAH oleh Lim Kit Siang.. Wowww!! Marvelous!!
http://roketkini.com/2013/07/15/%E2%80%98ubah-air%E2%80%99-simbolik-ke-arah-negara-lebih-baik-lim-kit-siang/

Pemohonan Maaf Alvivi Bak Kut Teh



Harap yang lelaki tu je beria-ia baca skrip minta maaf. Yang perempuan tu "Nama saya Vivian" je. Hohhhh.. Kenapa tak senyum beria macam dalam poster Bak Kut Teh hangpa tu?

Raja Azmi bertunang...


Actually, hot jugak si pengarah filem ni ya. Macam anak dara pulak. Jangan la fikir yang bukan-bukan tentang beliau. Beliau nak buat benda baik, yang disukai oleh agama. Tahniah Raja Azmi..Taklah macam si Tuut tu (nama dirahsiakan). Sebenarnya si Tuut (nama dirahsiakan) tu la yang patut jadi pelakon utama filem arahan Raja Azmi "Tuut Dalam Botol".. Mesti melimpah ruah award sampai diangkat jadi pelakon Hollywood. Hihihi...

Apa persamaan Singapura dan Pulau Pinang?


PULAU BATU PUTIH

...Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.
Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.
Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.


ISU BEKALAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA


....Selepas kira-kira 30 tahun perjanjian tersebut ditandatangani, isu air timbul semula apabila Singapura menyatakan hasrat untuk menyambung perjanjian air ke satu tempoh lagi tetapi enggan menerima penetapan kadar baru oleh kerajaan Malaysia.
Singapura hanya bersetuju membayar pada kadar 45 sen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 sehingga 2061, dan harga yang sama berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.
Malaysia pula mengemukakan syarat, Singapura perlu membayar 60 sen dari 2002 hingga 2007, dan dinaikkan kepada RM3 sehingga 2011. Manakala selepas 2011, satu formula baru akan diguna pakai bagi menetapkan kadar yang perlu dibayar oleh Singapura.
Singapura dikatakan menolak cadangan untuk mengadakan perjanjian tambahan bagi meminda harga air, sedangkan dalam perjanjian air 1961 dan 1962 itu terdapat peruntukan bahawa selepas 25 tahun, Malaysia boleh mengkaji semula harga.
Malaysia sebenarnya ingin mencantumkan kedua-dua perjanjian itu dengan satu formula sehingga 2061, kemudian mengadakan satu perjanjian baru bagi tempoh 100 tahun selepas itu.
Hakikatnya, Singapura menggunakan pelbagai alasan untuk meremehkan hak Malaysia mengkaji semula harga air tetapi pada masa yang sama menuntut kita akur pada kehendak mereka.



PULAU PINANG DAN KEDAH

...Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama mencadangkan agar Kedah menuntut semula Pulau Pinang
‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.Cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan.
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.


ISU AIR KEDAH-PULAU PINANG


...Baru-baru ini Lim berkata kerajaan negeri tidak akan membayar caj air mentah yang diminta Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa negeri itu tidak perlu membayar sesen pun kepada Kedah.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.
Kerajaan PAS sebelum PRK13 lalu telah mengambil tindakan untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang.Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.