Isnin, 24 Jun 2013

Melayu, Islam sebati UMNO

MAT SABU AKUI PENGUNDI BUMIPUTERA SUKAR DIJERAT JANJI PAKATAN



Semalam telah berlangsung Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di Ampang di mana Mat Sabu mengakui kepercayaan dan kesetiaan Melayu kepada UMNO merupakan batu penghalang kepada impian  pembangkang menawan Putrajaya.
"PRU13 yang lalu kita lihat di saluran satu yang pengundinya orang tua, mengundi UMNO. Di saluran enam, pengundi orang muda juga memilih UMNO. Bagi orang Melayu, UMNO masih dianggap pelindung Melayu dan Islam."
Soalnya sekarang, PERTAMA, masihkah pakatan pembangkang buta bahawa Melayu dan UMNO adalah satu dan tiada gunanya dipisahkan? KEDUA, mampukah pakatan pembangkang menjamin kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia sedangkan kepala pembangkang (Anwar Ibrahim yang kad pengenalannya menyatakan bangsanya Melayu) sekeluarga sendiri telah berkali-kali menyeru kepada kesamarataan dan penghapusan hak istimewa Melayu manakala mana-mana individu berhak memilih agama kesukaan mereka termasuk menolak Islam atas alasan tiada paksaan dalam beragama? KETIGA, adakah UMNO akan terus bermimpi di siang dan malam hari dan menari poco-poco di waktu petang sedangkan pelbagai pelan dan strategi sedang dirangka oleh pakatan pembangkang untuk menembusi benteng pertahanan UMNO yang diakui amat sukar untuk dipecahkan? KEEMPAT, sampai bila UMNO akan terus percaya Melayu tidak akan berubah hati menyokong UMNO kerana bangsa ini ibarat span yang menyerap apa saja cecair yang bermaksud perubahan mungkin berlaku pada PRU14 nanti?
Pengajarannya, kini pakatan pembangkang sedang gelisah. UMNO perlu terus berusaha mengikat kesetiaan dan kepercayaan Melayu kepadanya sampai bila-bila. Bermuhasabahlah...
Kredit : http://www.bharian.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan