Jumaat, 12 April 2013

#GE13 PENDEDAHAN PERANCANGAN JAHAT WUJUDKAN KEKECOHAN KETIKA #PRU13

Pendedahan yang mengejutkan...

Sehingga begitu sekali kemaruknya mereka ini untuk mendapatkan kuasa di Malaysia..

Berselindung di sebalik nama kononnya satu perjuangan.. Perjuangan yang berkali-kali mewujudkan kekacauan, kekecohan, merendahkan nilai moral belia Malaysia dengan berhimpun...

Lihat video di bawah..

 


Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!
Oleh Zaini Hassan
BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

Saya berharap pendedahan itu tidak akan disembunyikan oleh pihak berkuasa, tetapi didedahkan dan dibongkarkan kepada pengetahuan umum. Malaysia sering kali mahu menjaga hati orang lain, jiran-jiran tetangga, kononnya atas semangat serantau ASEAN, tetapi negara lain sering kali tidak mengendahkannya. Malaysia pada dasarnya cukup baik dengan jiran-jiran.

Namun dengan pendedahan blog itu, jika benar, maka ia adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Jikalau ia benar, Kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan ia berterusan. Saya hairan mengapa kerajaan yang dimaksudkan tidak respons pun kepada pendedahan oleh mymassa itu yang kini telah menjadi bacaan umum.

Menurut pendedahan itu bertajuk: BREAKING NEWS: 3 NAMA DIPLOMAT S******** DIDEDAHKAN. Ia boleh baca di sini: http://mymassa.blogspot.com. Ia turut mendedahkan nama-nama diplomat negara itu.

Selain itu, blog itu turut mendedahkan satu lagi perbuatan oleh negara jiran berkenaan yang dikatakan cuba mengucar-kacirkan pilihan raya negara ini dengan kononnya, melatih rakyat negaranya terlibat dalam proses pilihan raya negara ini. Saya kurang pasti bagaimana caranya ia akan dilakukan, tetapi satu lagi pendedahan dari fail wikileaks itu juga cukup memeranjatkan.

Gambar-gambar turut didedahkan menunjukkan belia-belia negara itu dilatih mengenai proses pilihan raya negara ini. Pendedahan itu bertajuk: Wikileaks : Gambar Persediaan S******** Mengkucar-kacirkan Pilihan Raya Malaysia. Ia boleh dibaca di sini: http://mymassa.blogspot.com juga.

Maaf, saya tidak tahu benar atau tidak maklumat ini. Biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dan kita juga mahu mendengar penjelasan daripada kerajaan negara itu.

Berikut ialah antara petikan daripada blog itu:

Akhirnya AIDCNews mendedahkan tiga nama diplomat asing yang menceroboh hal ehwal negara kita. (Cuit tidak akan mendedahkan nama-nama itu. Baca sendiri dalam blog itu).

Kita meminta supaya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memanggil duta negara tersebut dan menghantar nota bantahan.

Sebagai tiang penting dalam parti, Pergerakan Pemuda UMNO diharap turut menghantar surat bantahan dan membuat bantahan di hadapan Kedutaan S********. Campur tangan secara terang-terangan yang dilakukan oleh para diplomat mereka tidak boleh diterima. Para NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya perlu maju ke hadapan!

Dahulu kita ada Singa UMNO Allahyarham Syed Albar yang amat menakutkan Lee Kuan Yew itu, dan juga Allahyarham Datuk Harun Idris yang merimaskan DAP. Kini, walaupun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Datuk Khairy Jamaludin menggunakan pendekatan steady, smart dan bijaksana, namun bantahan perlu juga dibuat di Kedutaan S********.

Jika tiada sesiapa membuat bantahan, S******** akan kata macam-macam. S******** akan kata Polis Malaysia lembik, Undang-Undang Malaysia senang dilanggar, Lihatlah Slide Sukarelawan *** di atas sedang mengkursus sukarelawan *** untuk membantu DAP dalam PRU13 nanti! Ini gambar-gambar penting http://mymassa.blogspot.com.

Isu keselamatan negara perlu tiada kompromi. Jika diplomat-diplomat itu melakukan perkara yang sama di Indonesia atau Thailand agaknya apakah nasib mereka itu?

Saya berhenti di sini dulu.

Jika benarlah pendedahan itu, saudara-saudara fikir-fikirlah sendiri mengapa mereka ini terlalu mengidamkan Malaysia yang indah, makmur dan sejahtera ini.


2 ulasan:

  1. Mohon pautkan http://paritbuntarrebels.blogspot.com/ di bloglist tuan.blog tuan sudah dipaut di blog kami.

    BalasPadam
  2. DONE... Terima kasih sudi pautkan blog saya...

    Selamat Berjuang~

    BalasPadam