Khamis, 7 Mac 2013

RM100,00 BUAT KELUARGA #WiraMalaysia #LahadDatu #pray4sabah

Anggota terkorban terima RM100,000

KOTA KINABALU 7 Mac - Kerajaan negeri akan menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sumbangan juga akan diberikan kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu selain mempertimbangkan pemberian bantuan lain kepada balu dan anak-anak mangsa.

Menurut beliau, sumbangan itu merupakan salah satu cara kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah menghargai serta menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

"Pengorbanan mereka terhadap negara cukup besar maknanya dan tidak dapat dinilai dengan apa-apa sekali pun," katanya ketika mengumumkan sumbangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan