Rabu, 13 Mac 2013

PENGHINAAN TERHADAP #WiraMalaysia DI #LahadDatu ADALAH TIDAK WAJAR

Rupa-rupanya, ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai nilai moral yang rendah... Yang tidak tahu di mana hendak menutup mulut, dan di mana perlunya mereka bersuara... Mereka ini seolah-olah tidak mengendahkan perasaan ahli keluarga Perajurit Negara yang terkorban dalam usaha untuk mempertahankan Tanah Air ini. 

KES 1 : GURU PANGGIL ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA ANJING...

Apa yang akan baca di bawah ni mungkin akan menaikkan kemarahan anda yang ketika ini telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap anggota Keselamatan Malaysia yang sedang mengadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan Tanah Air yang di cintai setelah di ceroboh Rejim Lanun Sulu yang mahu menuntut Sabah dari Malaysia.

Gambar print screen facebook di atas ni merupakan milik seorang guru yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Kelantan yang di ambil dari blog Belia Bangkit.



Dalam posting yang di lakukannya dalam facebook. Dia akan menggunakan perkataan doggie (Anak Anjing) bagi merujuk kepada anggota Keselamatan Malaysia.- Sumber : EMPAYAR PEMUDA



KES 2 : TUDM MENGAMBIL TINDAKAN PADA Mejar Khalid HINA POLIS.....



TUDM Zahirkan Kekesalan Di Atas Komen Angkuh Mejar Khalid. 

Kuala Lumpur, 11 Mac 2013: 

Memetik Siaran Media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini. 

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya. 

Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM. 

TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu. 

Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu. 

Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial. - Sumber : MatKilauPenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan