Isnin, 30 April 2012

WELCOME TO TEL AVIV!!!!! Apa Yang Tersirat????

Sumber dari blog APA.

GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALA NYA...

KAMI YANG DISEBELAH SINI PAGAR IBARAT PALESTIN YANG INGIN DI'OCCUPY' OLEH PENCEROBOH "TEL AVIV" SEBELAH SANA. KALAU IANYA BERJAYA DILAKUKAN OLEH ZIONIS DI PALESTINE SANA... TAPI IANYA TIDAK AKAN DIBIARKAN BERLAKU DISINI HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR... DATARAN MERDEKA MESTI DIPERTAHANKAN..





ITULAH SEBENARNYA SIMBOLIK PIHAK POLIS MEMPERTAHANKAN DATARAN MERDEKA DARI PENCEROBOHAN 'YAHUDI BERSIH' SEMALAM. IANYA BUKAN SEKADAR FRU PANCUT AIR DAN TEMBAK GAS PEMEDIH MATA SAHAJA TAPI LEBIH DARI ITU...MEMPERTAHANKAN BUMI MERDEKA INI YANG BERNAMA DATARAN MERDEKA DARI DI JAJAH...KALAU YANG FAHAM SIMBOLIKNYA DAN MELIHAT DARI MATA BURUNG DAN BUKAN DARI BAWAH TEMPURUNG...



PENGHASUT PENGHASUT YANG MENDALANGI INSIDEN SEMALAM


 
...DAN ANASIR LUAR NEGARA YANG TURUT MENCAMPURI URUSAN DALAM NEGARA KITA...



SIAPA SAHAJA YANG BERADA BERSAMA PIHAK POLIS DISEBELAH SINI DAPAT MERASAKAN AKAN SEMANGAT JITU MEREKA MEMPERTAHANKAN DATARAN MERDEKA DARI DICEROBOHI PERUSUH BERSIH. IANYA BUKAN SEKADAR MENGHADAPI DEMOSTRASI JALANAN DAN PERUSUH NYA YANG SEBELUM INI KERAP KALI MEREKA HADAPI.LIHAT SAHAJA APA YANG DILAKUKAN PERUSUH TERHADAP POLIS DIMERATA LOKASI KALI INI EVEN SEBELUM MEREMPUH HALANGAN DI DATARAN..TIDAK KAH IANYA BERBEZA?






PIHAK POLIS TERPAKSA MELARIKAN DIRI BILA REMPUHAN PERTAMA BERLAKU... ANDA PERNAH LIHAT POLIS SERAMAI INI TERPAKSA LARI MENYELAMATKAN DIRI?




GAMBAR INI PULA MENUNJUKAN BUKAN DATARAN MERDEKA YANG MEREKA TUJU TAPI ANGGOTA POLIS YANG DIBURU MEREKA..AKU BERADA BERSAMA PIHAK POLIS DISITU TERKEPUNG DISUDUT TAMAN..SEBELUM




DISELAMATKAN OLEH PANCUTAN AIR FRU....DAN BARU KAMI MAMPU KELUAR DARI KEPUNGAN MEREKA YANG DAHAGAKAN DARAH POLIS... ANDA NAMPAK SEKARANG APA YANG BERLAKU SEMALAM...?


JADI JIKA BERLAKU KEKASARAN DISANA SINI CARA POLIS MENDEPANI PERUSUH PERUSUH KALI INI KITA KENA FAHAM AKAN THE BUILD UP KEARAH ITU SEJAK 2 HARI SEBELUM INSIDEN SEMALAM...

CACIAN...MAKI HAMUN...DILUDAH..ADALAH DIANTARA PROVOKASI MELAMPAU YANG POLIS TERPAKSA HADAPI SEJAK 2 HARI LALU TANPA SEDETIK MEREKA BERTINDAK. TAPI BILA ANGGOTA ANGGOTA MEREKA DISERANG.. DIPUKUL DENGAN NIAT INGIN DIBUNUH PERUSUH.. IANYA SUDAH MELEPASI GARISAN KESABARAN DAN TOLERANSI YANG MELAMPAU...

MAKA JANGANLAH KITA MUDAH MEMPERSALAHKAN PIHAK PDRM YANG TUGAS MEREKA HANYALAH MENENTUKAN KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN AWAM SENANTIASA TERJAMIN DAN TIDAK CUBA DILANGGAR OLEH MANA PIHAK SEKALI PUN..

UNTUK SIAPA ITU SEMUA MEREKA LAKUKAN...?


KALAU BUKAN UNTUK KITA RAKYAT NEGARA INI YANG CINTAKAN KEAMANAN..


 
 

Luahan Hati Seorang Anak Polis



Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...

Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg x trbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, x bole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...

Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adik bradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana, ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...
Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

Amin...
 
BicaraGades: Terus terang Gades sendiri menitis airmata tatkala melihat pendemo-pendemo Bersih bertindak liar dengan memukul anggota Polis beramai-ramai selain membaling batu dan botol... tidak kurang itu, segala cacian dan makian terus menerus dihamburkan kepada anggota PDRM... Dan yang paling menyedihkan adalah kita sesama Melayu dan Islam bergaduhan... dan hampir saling berbunuhan...  Bawa-bawalah berbincang dengan baik... Mana orang-orang PAS yang hebat mendabik dada mengatakan merekalah pejuang Islam yang sebenar???? MANA MEREKA??? Adakah halal berbunuhan sesama Islam hanya kerana persatuan politik yang berbeza??? Apa yang Gades lihat ini merupakan kekacauan terhadap kedamaian yang telah dikecapi oleh negara Malaysia... Malaysia baru 55 tahun merdeka... boleh dikatakan baru nak berjalan... Sudah tercetus huru hara akibat dek pemikiran dangkal dan cetek.... Let sit down and talk Muslims... There still room of discussion... Semoga Allah s.w.t tetap memelihara rakyat Malaysia dalam keadaan aman dan harmoni... Amin....

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat


Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi.

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.


Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat.

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut.

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan.

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi.

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.
 
Selanjutnya baca disini.


Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.


Ambiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah

Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina. Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ?

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita.


Anggota polis sedang dimaki dan dicaci

Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.


London 2011

Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka.

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan.

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 
 
BicaraGades: Sebenarnya, kalau diluar negara,  jangan harap polis atau FRU mereka akan berlembut dengan pendemo-pendemo jalanan... Tiada peluang langsung untuk pendemo-pendemo ini membuat kekacauan dalam skala yang besar... Apa-apa pun, syabas PDRM.. Tugas dijalankan dengan baik biarpun terpaksa berkorban nyawa.... Kepada penjilat bontot tegar Ambiga, sedarlah!!! jangan kerana anda buta mata dan buta hati, negara dan masa depan anak-anak Malaysia yang lain, dibiarkan dan dijual kononnya atas perjuangan Anwar Al-juburi itu....



London 2011

London 2011

Italy 2010

Sepanyol 2012


China 2009


Greece 2012