Isnin, 30 April 2012

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat


Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi.

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.


Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat.

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut.

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan.

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi.

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.
 
Selanjutnya baca disini.


Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.


Ambiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah

Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina. Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ?

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita.


Anggota polis sedang dimaki dan dicaci

Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.


London 2011

Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka.

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan.

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 
 
BicaraGades: Sebenarnya, kalau diluar negara,  jangan harap polis atau FRU mereka akan berlembut dengan pendemo-pendemo jalanan... Tiada peluang langsung untuk pendemo-pendemo ini membuat kekacauan dalam skala yang besar... Apa-apa pun, syabas PDRM.. Tugas dijalankan dengan baik biarpun terpaksa berkorban nyawa.... Kepada penjilat bontot tegar Ambiga, sedarlah!!! jangan kerana anda buta mata dan buta hati, negara dan masa depan anak-anak Malaysia yang lain, dibiarkan dan dijual kononnya atas perjuangan Anwar Al-juburi itu....



London 2011

London 2011

Italy 2010

Sepanyol 2012


China 2009


Greece 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan