Selasa, 14 Ogos 2012

PEMBANGKANG PANIK, ULAMA SERU HARAM UNDI DAP!!

PEMBANGKANG DAH PANIK ULAMA SERU HARAM UNDI DAP!! MEREKA SALAHKAN UTUSAN MALAYSIA YANG MELAPORKAN GESAAN ULAMA KERANA MEREKA TAK BERANI SALAHKAN ULAMA!!

Ini dari TV PAS (http://www.youtube.com/watch?v=cYapULxPk3U). Ikuti TV PAS ini untuk fahami isu ini..

Lim Kit Siang, dengan diiringi pemimpin-pemimpin Islam PAS dan PKR membuat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia kerana melapor seruan dan gesaan beberapa ulama yang menyeru bahawa adalah haram mengundi DAP..

Sebenarnya yang patut disaman ialah ulama-ulama tersebut, bukannya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia sekadar melaporkan seruan ulama. Jelas, ini percubaan DAP dan PR untuk menyekat hak bersuara Utusan Malaysia bersuara, tidak ada demokrasi dalam DAP dan PR..

Dan menarik pada minit-mint 1:37 dan 2:10 Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR TAPI ISLAM ADALAH AGAMA RASMI. Kalau dah sekular, macam mana boleh ada agama rasmi? 

Sebuah negara sekular pada prinsipnya tidak boleh mempunyai apa-apa agama sebagai agama rasmi. Baik Amerika, baik Turki atau negara-negara Barat yang mempraktikkan sistem sekular tulen TIDAK mempunyai sebarang agama rasmi, termasuk agama Kristian tidak pernah jadi agama rasmi negara Eropah dan Amerika dan Islam tak pernah jadi agama rasmi Turki..

Jelas Malaysia bukan negara sekular walaupun ia bukan negara bersistem Islam 100%, tapi ia tetap negara Islam dan bukan negara sekular. Tapi kenapa pemimpin PAS diam saja bila Lim Kit Siang kata Malaysia "negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi"? 

Adakah pemimpin PAS seperti Dr Hatta Ramli yang hadiri sidang akhbar Kit Siang ini setuju bahawa Malaysia adalah negara sekular tapi mempunyai Islam sebagai agama rasmi? Lim Kit Siang jelas menyokong taraf Malaysia sekarang ini sebagai "negara sekular beragamarasmikan Islam"! PAS juga sokong? Kenapa diam membisu PAS?

Dan pada mini 6.12 onwards, Anwar Ibrahim cuba jelaskan keadaan bagi mempertahankan DAP. Lagi dia jelas, lagi kucar kacir pendirian Anwar, DAP dan PR tentang negara Islam dan Hudud. 

Anwar bukan nafi DAP reject negara Islam dan Hudud. Anwar sekadar kata semua orang pada waktu ini tolak Islam, negara Islam dan Hudud, bukan DAP saja! Kata Anwar lagi UMNO pun tolak, MCA pun tolak, jadi kalau DAP tolak pun tak salah. 

Dan sebenarnya Anwar dan PKR pun secara rasmi tolak negara Islam dan hudud yang mengikut Anwar tak ada dalam agenda PR tapi dalam segmen TV PAS ini, Anwar tak pula sebut yang dia dan PKR pun tolak Hudud dan negara Islam..

Point Anwar di sini bukan nak defend negara Islam dan hudud. Tapi nak defend hak DAP untuk tolak negara Islam dan hudud kerana kata Anwar SEMUA orang sekarang ini tolak hudud dan negara Islam: DAP tolak, UMNO tolak, MCA tolak, saya Anwar Ibrahim pun tolak, parti saya PKR pun tolak, pakatan saya Pakatan Rakyat pun tolak..kita semua tolak, JADI TAK SALAH KALAU DAP PUN TOLAK!! 

Itu point Anwar! Sebab tu Anwar berlapik bahasa dengan berkata "bukan tujuan saya nak tersukan polemik tentang isu ini, lebih baik kita tumpu pada pembangunan negara mengikut parti masing2 blah, blah, blah blah..." Jelas Anwar dah rasa panas dengan isu negara Islam dan hudud ini sebab dia dan Lim Kit Siang memang tolak negara Islam dan Hudud!! Mereka dah panik bahawa seruan ulama haram undi DAP sudah mula dipatuhi umat Islam!

Dan di mana PAS vis-a-vis DAP dan Anwar? PAS DIAM MEMBISU! Sepatah tak cakap! Lihat saja muka pemimpin PAS dalam klip ini di belakang Lim Kit Siang, DR RAMLI HATTA, diam macam kerang busuk! Lim Kit Siang jelas menegaskan pendirian mereka menolak hudud dan negara Islam, hanya mereka menyalahkan Utusan Malaysia "memainkan" isu ini..

Seperti biasa mereka suka salahkan Utusan Malaysia kerana mereka dah panik dengan isu ini yang boleh susutkan undi Muslim untuk DAP dan selanjutnya untuk PAS dan DAP yangs sekongkol dengan DAP, kerana yang menyeru HARAM UNDI DAP bukanlah Utusan Malaysia tetapi ULAMA-ULAMA anti-DAP (ulama-ulama ini tak semestinya pro-UMNO tapi jelass mereka anti-DAP).

Lim Kit Siang dn Anwar sepatutnya hantam ulama-ulama ini, bukan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia, seperti Harakah dan Suara Keadilan, berhak untuk lapor apa saja yang difikirkan membantu parti dokongan masing-masing..tapi mereka tak berani hantam ulama!!

Dan menuduh setiap laporan Utusan Malaysia adalah atas arahan pemimpin UMNO juga dangkal dan bodoh. Kita juga boleh buat kesimpulan sama bahawa setiap laporan Harakah, Roket dan Suara Keadilan adalah atas arahan pemimpin PAS, DAP dan PKR..Syabas Utusan Malaysia! Lapor dan dedah! Langan tak lapor!!

JANGAN GADAIKAN MALAYSIA!


Puak2 Melayu PAS dan PKR bukan main beria2 menghentam UMNO/BN kerana mempertahankan kedaulatan Islam, Melayu dan Tanahair Malaysia....

Mereka nak sangat jadikan Malaysia ini seperti Singapura kononnya... konon hebat sangat la singapura di bawah pemerintahan para kafirun dari PAP tu... 

Nah...mari baca keluhan2 dari saudara2 kita dari seberang tambak sana dan andai anda berpaksi kepada Islam, anda pasti akan rasa betapa bersyukurnya kita atas segala kurniaan Allah SWT kpd umat Islam di negara ini..!!!.

Andai anda berpaksi kpd agama PAS..mmg akan muncul berbagai2 tohmahan juga kerana tidak tahu bersyukur..!!!..

Fikirkanlah...!!!

Mari kita renungkan....

Penulis ini berkata, ada beberapa perkara dari segi sivil pentadbiran yang boleh dipelajari oleh Malaysia dari Singapura, tetapi katanya: "Pelajarilah juga bagaimana agar Malaysia tidak kehilangan hak pribumi dan agar hak muslim terpelihara." Bacalah posting penuh dari rakyat Singapura ini:

-Anonymous7 August 2012 17:31

Salam tuan- Kadangkalanya indah gambar dari nyata. Meskipun adalah benar apa yang tuan nyatakan didalam tulisan ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ketengahkan sebagai rakyat Singapura Melayu dan Muslim.

1) Azan masih boleh dilaungkan tetapi tidak boleh dilaungkan keluar dari masjid. Ini bermakna corong speakers mesti tidak boleh dihadapkan ke arah luar.

2) Saluran media Melayu- Suria TV, Radio Warna & RIA ada beberapa peraturan yang melarang para DJ memberi ucapan As-Salamualaikum, atau mengucapkan Al Hamdulillah, Astaghfirullah dan sebagainya. Drama Melayu terbitan Singapura juga diberi perintah yang serupa.

3) Tanah Waqaf diambil oleh Pemerintah dengan penggubalan AMLA (Acquisition of Muslim land Act). Ianya dibeli dengan harga rendah dan dijual kembali dengan harga pasaran yang melambung tinggi berlipat ganda.

4) Murid sekolah perempuan Muslim yang sudah baligh tidak dibenarkan memakai hijab.

5) Sejarah diputarbelit di mana sekolah mengajar murid-muridnya yang kesemua orang Singapura adalah asal imigran. Ini berbeza dari perlembagaan Singapura yang menyatakan hak khusus orang Melayu sebagai indigenous people (pribumi).

6) Yuran percuma yang dulunya hak orang Melayu sudah dilenyapkan. Memang ada beberapa perkara yang Malaysia boleh belajar dari Singapura dari segi pentadbiran sivil dan sebagainya. 

Tetapi, pelajarilah juga bagaimana agar Malaysia tidak kehilangan hak asli pribumi & agar hak Muslim terjaga. Kami diSingapura sedang belajar bagaimana hendak menyatupadukan semangat kewarganegaraan yang utuh seperti mana rakyat Malaysia menyokong, serta meraih Lee Chong Wei.

Buat Renungan Anak Malaysia!!


Tolong tanya diri masing-masing pernahkan kamu ucapkan syukur hidup dalam Negara Malaysia yang Aman Damai Nie? Rakyat Palestin bersatu demi mempertahankan Negaranya Dari Israel Laknatullah, Tapi Kita Di Malaysia Berpecah Hanya Kerana Perbezaan Warna Bendera, Hanya Kerana Perbezaan Ideologi Politik.. Hanya Sebab Nie Umat Islam Berpecah Belah.. Anak Saya, Anak Kamu Jika Ditakdirkan Lahir Mereka Juga Berhak Untuk Hidup Dalam Negara Yang Aman Dan Harmoni.. Jangan Kita Jadi Salah Satu Punca Negara Kita Dijajah Oleh Bangsa Kapir! Betapa Teruknya Kita Bila Anak Bangsa sendiri terbangsat di tanahair sendiri.. 

Sedih kan. Sedih melihat mentaliti karut orang melayu di malaysia. Hidup tak pernah bersyukur. Negara dah aman damai tapi mereka sendiri yang mengkucar-kacirkan dgn adakan rusuhan yang langsung tidak mendatangkan faedah untuk bangsa dan agama. di mana kekejaman kerajaan sekarang yang penyokong PR laungkan? Sedangkan orang Melayu hidup di malaysia cukup mewah,cukup gemuk dan sihat. tanpa batasan nak bergerak ke sana sini. Bertaubatlah wahai penyokong PR. Gunakan akal anda sebaik mungkin, sebelum nasi menjadi bubur!

Sebelum gugurkan Islam org lain , selidik dulu sama ada Islam kamu dah lengkap atau belum . Adakah kamu menyayangi saudara muslimin kamu seperti yg d tuntut oleh baginda Rasulullah SAW ? adakah kamu berusaha utk menyatukan umat Islam d malaysia atau kamu bersama nik aziz memecahbelahkan perpaduan org Islam dan menggantikannya dgn pakatan ahzab bersama kuffar harbi?

Tolak PAS Tapi Bukan Tolak Ajaran Islam

Sumber: FB

Gades: Tolak PAS kerana PAS dilihat semakin lari daripada perjuangan mereka.. Label parti Islam, diberikan oleh penjajah. Maksudnya konotasinya ialah dalam kandang demokrasi, bukan dalam ajaran Islam. Dengan kata lain, parti Islam adalah parti yang bertunjangkan fahaman sekularisme... namun mereka dalam PAS tidak sedar, malah terus berbangga dengan label itu, walau pun adalah jelas tidak mengikuti ajaran Islam.. 

PAS boleh dikatakan parti yang berasaskan dendam bukan berlandaskan islam.... dan satu-satu nya orang islam yang kononnya kuat mendokong Islam tetapi mendoakan kebinasaan umat islam yang lain hanyalah nik aziz dan beliau menganjurkan penyokongnya berbuat demikian..... maka siapakah sebenarnya TGNA?.. ALLAH sahaja yang maha mengetahui... Wallahualam..

Himpunan Hadis-Hadis Tuan Guru @NikAbdulAziz: Bahagian 1

Satu entri yang Gades rasakan sangat menarik untuk pertimbangan dan minda pencacai PAS.. Rasanya, tiada siapa dalam PAS yang pernah membuat perbandingan atau mengumpul segala fatwa TGNA ni untuk dikaji sedalamnya.. Entri ni Gades ambil dari blog MyMassa untuk tatapan semua.. 



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" -12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, - 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." -Kuliah di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - 26 Nov 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - 19 Nov 1992.

MALAYSIA DIISYTIHAR NEGARA SEKULAR - HARAPAN LKS




PEMBELA Kecam Usaha Menghakis Kedaulatan Islam Dengan Mendakwa Malaysia Negara Sekular

Islam adalah ‘Agama Negara’, bukan sekadar Agama Rasmi untuk tujuan upacara (ceremonial purposes) sahaja. Undang-Undang Tertinggi Negara seawal Perkara 3 Fasal (1) memartabatkan – Islam is the religion of the Federation;

Tiada sepatah pun ungkapan ‘sekular’ termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara. Aspirasi masyarakat bukan Islam mahupun sebahagian kecil umat Islam untuk menjadikan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu sebagai sebuah Negara sekular tidak kesampaian apabila Raja-Raja Melayu memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini tanpa ungkapan “sekular”.

Kesinambungan kedaulatan (sovereignity) Kesultanan Melayu Islam tetap kekal teguh dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia jelas membuktikan Malaysia bukan lahir atas ihsan penjajah British semata-mata, malah atas perkenan Raja-raja Melayu untuk bersekutu.

Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam – melalui Perkara 37 – dengan mewajibkan Ketua Utama Negara- Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Semua cabang Pemerintahan Negara – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Pendirian mana-mana parti politik (sama ada DAP, PKR, MCA, MIC hatta PAS atau UMNO) yang mendokong unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara – Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Mana-mana parti politik yang meletakkan prinsip sekular dan liberalisme mengatasi prinsip Islam wajib memperbetulkan fahaman politik masing-masing kerana sebagai warga Malaysia, rakyat Malaysia tiada pilihan lain selain dari menghormati prinsip Islam sebagai agama Negara dan memartabatkannya.

Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh. Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang secular. TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.

Suara-suara sumbang dan pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutama dari kalangan para peguam, ahli politik, yang menjulang prinsip hak asasi manusia hingga menjejaskan kesucian dan kedaulatan Agama Islam adalah ancaman utama terhadap kestabilan politik Negara dan telah mengakibatkan terjejasnya kedudukan Islam sebagai agama Negara.

Tindakan menuntut hak kebebasan dari pengaruh kawalan prinsip Islam termasuk hak orientasi seks, hak kebebasan menghina agama Islam, hak kebebasan untuk murtad, hak kebebasan seks, hak kebebasan untuk menyelewengkan agama Islam, hak untuk bebas dari pengaruh Syariah adalah bukti jelas betapa sebahagian besar rakyat Negara ini terpengaruh dengan di’ayah kononnya Malaysia sebuah Negara sekular.

BAGI MENGELAKKAN SALAH TANGGAPAN SEBEGINI TERUS MENULAR DI KALANGAN RAKYAT DAN PENTADBIR NEGARA, PEMBELA MEMOHON PERKENAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK –

MENUBUHKAN SURUHANJAYA KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) SEBAGAIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DALAM RESOLUSI KONGRES MAJLIS-MAJLIS AGAMA ISLAM SELURUH NEGARA SETAHUN LALU.

MENGENAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG SENGAJA MENCETUSKAN PERASAAN TIDAK MENGHORMATI AGAMA NEGARA.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

SUMBER: MYMASSA