Sabtu, 10 Mac 2012

Anak Malaysia - Hannah Yeoh daftar anak bangsa Cina, Tapi Suami berbangsa India.

Selepas kekecohan pendaftaran bangsa 'Anak Malaysia' anak perempuan yang diberi nama Shay Adora Ram, Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh membuat keputusan meletakkan anaknya berbangsa CINA walaupun suaminya, Ramachandran Muniandy berbangsa India.

Tiada masalah jika ada pilihan disebabkan pasangan ini dibenarkan memilih bangsa keturunan India atau Cina tetapi orang ramai boleh menilai keputusan yang dibuat oleh ADUN DAP ini dan pubklisiti murahan yang cuba dilakukan oleh Hannah Yeoh sehingga sanggup mengorbankan identiti keturunan India suaminya, Ramachandran Muniandy semata-mata kerana pengaruh politik sempit Chauvinis DAP.

Shay Adora Ram a/p Ramachandran Muniandy (nama penuh jika mengikut keturunan bapa) kini berbangsa cina.

Tetapi Hannah Yeoh, siapakah yang RASIS sebenarnya?

Petikan Malaysiakini.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan