Selasa, 5 Mei 2015

PAS mula tunjuk belang #PRKPermatangPauh

Konflik di antara PAS dan PKR dilihat semakin meruncing.. 
Pakatan Rakyat kini semakin tidak sepakat.. 
Jika sebelum ini Gades ada menyiarkan surat yang diedarkan secara sulit
 dikalangan ahli PKR ( RUJUK SINI), kini giliran
PAS pula mengeluarkan surat arahan mereka.

Baca dan nilai sendiri surat arahan yang dikeluarkan oleh SU Agong PAS.. 
Sememangnya ada benda yang tak selesai di antara PKR dan PAS.

Apa agaknya kesudahan konflik PKR vs PAS ini ya.. 
Tunggu dalam entry Gades seterusnya....

Bapak Segala Pembohong.. #PRKPermatangPauh

Semakin banyak pembohongan demi pembohongan kerajaan DAPig Pulau Pinang diketahui umum..

Semuanya gara-gara Lim Guan Eng bapak segala pembohong ni nak cover diri dan kerajaannya.. Akhirnya, terbongkar juga isu-isu pasai peruntukan kerajaan negeri..

Kononnya di bawah kerajan DAPig, Permatang Pauh dan Pulau Pinang berjaya membangun dengan jayanya.. 
hangpa ingat orang Permatang Pauh ni buta mata buta hati ka..

Hangpa DAPig busuk hanya bangunkan kawasan tertentu yang ada nilai dan kepentingan untuk hangpa.. tapi kawasan Melayu?? 

Terbaru, ni lah.. Lim Guan Eng kata berjaya uruskan peruntukan negeri untuk membangun Permatang Pauh dan Pulau Pinang.. tapi hakikatnya.. itu semua duit peruntukan Kerajaan Pusat!! 

AUTA  dan FAKTA


Hmm.. nak kelentong kata apa kat depa ni..

Haa.. yes..yes dapat idea dah.. hahahaa..

Aku guna isu peruntukan lah.. duit.. duit.. duit..

Bijaknya aku.. semua kena kelentong dengan aku.. hihihii..



Jangan Dipermainkan Hati Ini.. #PRKPermatangPauh


Amboi-amboi Kak Jijah.. 
dihadapan lensa kamera bukan main prihatin akak kita sorang ni..
maklumlah nak ambil hati dan raih undi orang Permatang Pauh..

Tapi bila dah habis PRK nanti Gades jamin bukan setakat batang hidung tak nampak.. 
tapi kesan tapak kaki kak Jijah pun hilang entah ke mana..
agaknya hanyut dibawa arus banjir Kajang kot..

Gades cakap bukan sebarang cakap.. cakap melalui pengalaman sendiri..
Dah berapa kali PRU dan PRK yang PKR menang sebelum ini dengan janji dan harapan macam-macam.. tapi lepas menang semua lenyap.. senyap..

Kak Jijah.. tak baik permainkan hati dan perasaan orang tau..

Untuk Perhatian Ahli PKR Sahaja #PRKPermatang Pauh

Gades ada dapat surat ni.. Katanya untuk ahli-ahli PKR sahaja.. hmmm... Hangpa semua baca senyap-senyap saja tau.. Ni rahsia kita yaaa..


Salam Perjuangan, Salam Reformasi

1- PRK Permatang Pauh dan Rompin benar-benar menguji kekuatan dan memberi tekanan kpd kita. Ada sebahagian drp pimpinan PAS mahu melihat kita kalah dlm PRK kali ini. Mereka memberi tekanan dan mengatur pelbagai strategi supaya kita kalah dgn harapan kekalahan ini akan mempercepatkan Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO.

2- Isu seperti Datin Seri Wan Azizah sebagai "calon recycle" sengaja dimainkan. Maklumat sulit strategi didedahkan kepada UMNO. Begitu juga penarikan sebahagian jentera PAS di Rompin kerana calon PAS berasal dari Kelantan dan bukannya dikalangan pendokong Tok Guru. Tambahan pula Ustaz Nazri Ahmad merupakan pimpinan kawasan PAS yang membawa nama Tn. Hj. Mat Sabu sebagai calon Presiden dalam Muktamar PAS pada bulan Jun ini.

3- PKR mempunyai harapan besar untuk memenangi kerusi Permatang Pauh memandangkan ianya adalah kubu kuat PKR namun kerja keras jentera dan strategi terbaik harus sama kita laksanakan memandangkan kepada siri ugutan dan penarikan jentera PAS yang diketuai YDP PAS Kawasan Permatang Pauh. Yakin dan percayalah bahawa kita akan menang walaupun tanpa bantuan PAS!

4- DAP paling banyak memberi bantuan kepada kita khasnya bantuan dana namun PAS langsung tidak memberikan apa-apa bantuan samada kewangan ataupun jentera.

5- Sekiranya PAS menang di Rompin pastinya "rating" Tuan Haji Mat Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai bakal Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS pada bulan Jun ini akan meningkat kerana keduanya adalah pimpinan PAS yang amat rapat dan mudah mengikuti segala perancangan PKR dan DAP. Kita juga sedang mengatur beberapa strategi untuk menyingkirkan Haji Hadi supaya kalah sebagai Presiden PAS kali ini. Tunggu dan lihat.

6- Kami merayu kepada seluruh ahli PKR agar memberikan undi kepada Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS yang merupakan pimpinan PASMA Negeri Pahang dan Datin Seri Wan Azizah, calon PKR Permatang Pauh yang merupakan Presiden kita.

Rafizi Ramli
Setiausaha Eksekutif PKR
merangkap
Ahli Parlimen Pandan
2HB. MEI 2015

Edaran utk. Ahli PKR shj

Rahsia Calon BN #PRKPermatangPauh

Rakyat Permatang Pauh perlukan Wakil Rakyat yang sentiasa ada di kawasan
dan boleh membantu sekiranya memerlukan...
Rakyat Permatang Pauh perlukan Wakil Rakyat yang mesra tanpa mengira kaum dan boleh bergaul dengan pelbagai peringkat umur..
Rakyat Permatang Pauh perlukan Wakil Rakyat yang tidak akan sesekali memperbodohkan pengundi dengan mengadakan PRK berkali-kali..
Rakyat Permatang Pauh perlukan wakil rakyat yang direstui oleh Ibu kerana restu Ibu membawa ke syurga..
Kesimpulannya.. rakyat Permatang Pauh perlukan wakil rakyat yang sentiasa berada di dalam kawasan.. tidak kira pada waktu suka mahupun sukar..
Senang cerita.. anak tempatan lah.. 

#PRKPermatangPauh
#CukuplahKamiPulak
#MelakarSejarahBaru
#Vote4Mie

Warna-warni 5 Mei.. #PRKRompin


Hari ini 5 Mei 2015 tarikh penentuan siapakah yang akan memegang tampuk Parlimen Rompin selepas kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Rakyat Pahang terutamanya penduduk Rompin mesti tak sabar-sabar nak tau siapakah yang bakal menjadi ahli Parlimen baru mereka kan..
Gades pun terasa bahang yang sama..

Dijangka keputusan penuh PRK Rompin diumumkan agak lewat kerana Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi 3 kawasan DUN iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman.
Sama-sama kita nantikan keputusan penuh PRK Rompin malam ini ya. 

Kanak-kanak masih lagi digunakan oleh PAS untuk meraih undi..
Dalam banyak-banyak gambar.. Gades tertarik dengan gambar ini.
PAS dan BN bersatu  meraih undi.. Amacam?? Kecut tak PKR dengan DAP??



Pemuda Pakatan.. #PRKPermatangPauh

Sabtu lepas, depa kata ada pergaduhan di antara pemuda PAS dan pemuda PKR... tetapi macam biasa la.. dinafikan oleh puak-puak tu.. kononnya cubaan untuk melaga-lagakan mereka.. 

CERITA LANJUT TENGOK SINI

Ni dia.. Buktinya... 
Gades nak kongsikan video pergeseran yang berlaku antara
Pemuda PAS dan Pemuda PKR baru-baru ini.. 

Kesian Pemuda PAS dihina dan dikutuk oleh puak-puak PKR ni..

Alahai Pakatan.. 
muda-muda dah gaduh.. tua-tua nanti macam mana.. 


Kepada Pengundi Permatang Pauh.. inikah masa depan yang kita nak.. 
anak muda saling mengata dan maki hamun.. 
kalau puak-puak ini lah kita pilih pada hari ini.. 
bayangkanlah masa depan generasi kita akan datang.. 


BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK HARI INI DEMI MASA DEPAN KITA SEMUA..

Pak Rahim Kg Tun Sardon #PRKPermatangPauh

Pak Rahim.. Siapa Pak Rahim ni.. jeng..jeng..jeng..
Pak Rahim ni penyokong tegar Pakatan yang dah tawar hati dengan Kak Jijah.. 

Beliau merupakan pemilik rumah yang Gades pernah post dalam
 PAS Dihina Lagi #PRKPermatangPauh

Mai tengok dan dengaq apa kata Pak Rahim..



Komen Gadis : Betui jugak la kata-kata Pak Rahim ni kan. 
Wan Azizah sudah berusia, mana nak jaga cucu, 
fikirkan suami di penjara.. ADUN Kajang lagi..
masih ramai lagi calon-calon dari PKR yang muda, berpotensi, 
berpendidikan dan berkemampuan tinggi untuk menjadi Calon..
PKR bukan parti keluarga... 
bukan untuk perjuangkan nasib Anwar Berahim semata-mata..
Rakyat sudah pandai menilai..

UNDI SIMPATI TIDAK MUNGKIN AKAN MAMPU MENARIK PENGUNDI LAGI!!

Hantu Dimana-mana.. #PRKPermatangPauh

Ni satu lagi taktik lapuk yang dah basi.. dah la lapuk.. basi pulak..

Setiap kali PRU atau PRK diadakan.. mesti geng Pakatan tuduh BN masukkan pengundi hantu. Tapi sampai sekarang sekoq hantu pun tak dapat-dapat nak tangkap. Hangpa kan ramai.. ada tok bomoh, tok sami.. tak kan seorang pun tak dapat cekup hantu-hantu BN ni.. kuangkuangkuang..

Hahaaa.. tapi kali ni dakwaan jumlah pengundi hantu yang dibawa masuk ke Permatang Pauh semakin berkurangan.. Kalau dulu-dulu Pakatan kata BN guna pengundi hantu sampai 40,000.. tapi la ni hanya 3,000 saja. Pasai pa.. Pakatan habis modal dah ka..?


Hangpa tengok.. 
2013 Pakatan tuduh BN seludup warga Bangla, 
2014 warga Myanmar, 
2015 warga India.. 
agak-agak lepas ni warga mana pulak.. hehee.. 
warga Korea pulak lah boleh tak.. kan ramai suka K-Pop.. 
opsss.. jangan marah naaa..


Lim Guan Eng vs ADUN Penanti.. #PRKPermatangPauh

Bukan media yang mendedahkan.. 
tapi YB Norlela sendiri yang mendedahkan dalam FB Rasmi beliau. 

Kesian YB Norlela... sampai terpaksa ke hospital sebab
 sakit dada usul ditolak mentah-mentah.

Menurut  YB Norlela, 4 dari 5 usul yang ditolak adalah untuk mendapat ketetapan DUN untuk memohon menguatkuasakan akta dan garis panduan sedia ada untuk mengurangkan risiko banjir dan kemudharatan kepada penduduk dan alam sekitar..

YB turut menerangkan secara panjang lebar KAT SINI
Surat rasmi beliau memohon sokongan ADUN yang lain
Penanti adalah kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. ADUN sendiri mintak kerajaan negeri ambil perhatian pun ditolak. Nampaknya kerajaan negeri pimpinan DAPig ni tidak serius menyelesaikan masalah rakyat.


Rakyat khususnya di Penanti harus membuka mata untuk melihat apa yang berlaku di sekeliling atau meneruskan kehidupan tanpa sebarang pembelaan.


Tapi bila ditanya komen Lim Guan Eng, INI jawapan beliau. 
Sembang kencang nak jaga pembangunan rakyat Pulau Pinang konon... Puuiiii..

PEMBANGUNAN DI KAWASAN MELAYU
DITOLAK MENTAH-MENTAH... 
PEMBANGUNAN DI KAWASAN CINA TERLALU GAH...
DI MANA KEADILAN UNTUK
KAUM MELAYU DI PULAU PINANG...
MACAM MANA KATA NAK JAGA KEBAJIKAN PENDUDUK PERMATANG PAUH??

Bila Kak Jijah Berceramah.. #PRKPermatangPauh

Kalau TADI Gades dah kongsikan dengan hangpa semua Ceramah Perdana Dato' Ustaz Kazim Elias yang mencecah 10 ribu orang yang hadir.... 
Jom kita tengok pulak Ceramah Kak Jijah yang hadirnya pun agak ramai.. mencecah puluhan (??.. tak sampai hati Gades bagitau jumlah sebenarnya..)
Ya la.. Rakyat pun dah muak dengan ceramah depa yang asyik-asyik menjatuhkan kerajaan pusat... GST.. Hudud.. GST .. Hudud.. 

Itulah yang dicanang dalam setiap ceramah depa.. 
Dan lagi satu, topik yang WAJIB ada.. Anwar Ibrahim... 
Haih... kata pembela nasib rakyat.. ka pembela nasib Anwar Ibrahim???
Budak-budak di barisan hadapan.. Adik.. Esok dah mula sekolah.. baik balik tidur ya...
Azmin Ali pun ada.. Macam mana YB.. Kajang ok ke? Kajang kan DUN angkat... 

Depa memang sediakan kerusi lebih pun.. Untuk letak beg, letak barang, letak tangan, letak kaki.. Jadi itu bukan kerusi kosong tau..


Hai... Sedih je nampak YB... tak mencapai sasaran ke?? 
Biarlah gambar berbicara..

Kak Jijah Kena Marah Pulak Dah #PRKPermatangPauh

Asyik kempen je bang... mana boleh.. Jijah pun nak release tension jugak..
tension pasai abang la..
Jijah nak rehat-rehat kat rumah dengan anak cucu..
abang suruh Jijah jadi calon pulak...
sekarang ni abang nak marah Jijah pulak...

nyampah tau..!!


Kak Jijah Berjiwa Remaja #PRKPermatangPauh


Komen Gades : Malu kot kat anak cucu dok buat perangai macam ni... 

Anak Beranak Lupa Asal-Usul #PRKPermatangPauh

Demi kepentingan parti, depa lupa hukum agama dan 
sanggup merelakan pergaulan antara lelaki dan perempuan..

Si emaknya lupa suami duk dalam penjara.. 
bebas ja duk berpegangan dengan lelaki lain.. 
Yang si anak plak.. huhhh lagi haru.. 
dah tau tu cara orang bukan Islam buat apa nak ikut angkat sembah sama.. 
Opss.. lupa.. si anak kan perjuangkan kebebasan beragama.. hmmm. bebas la sangat..

Kak Jijah dan Izzah.. 
Peringatan untuk hangpa.. 
jangan sesekali perjudikan maruah dan agama Islam.. hangpa nak kuasa ka, nak nama darjat pangkat ka.. 
jangan biarkan matlamat menghalalkan cara..

ISLAM AGAMA ALLAH..!!



Akhirnya, Penduduk Permatang Pauh Dah Sedar.. #PRKPermatangPauh

Alhamdulillah.. Seronok Gades tengok ramai hadirin dan hadirat 
yang hadir semalam ke Ceramah Perdana Dato' Ustaz Kasim Elias.. 
Lebih kurang 10 ribu orang dok ada.

Terbuktilah majoriti penduduk Permatang Pauh ni lebih suka mendengar majlis ilmu berbanding ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. 

Antara yang turut hadir adalah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, calon BN kita iaitu Saudara Suhaimi Sabudin ataupun lebih mesra dengan Abang Mie dan juga beberapa pemimpin tempatan.

Seronok kan tengok bila kita semua bersatu demi Islam.. 
Bayangkanlah, sekiranya kita semua bersatu padu, kita akan kuat dan akan mampu menumbangkan kerajaan DAPig itu...

Kat sini Gades nak kongsi gambar-gambar yang Gades ambil sendiri semalam...