Isnin, 9 Februari 2015

HIMPUNAN #RAKYAT HAKIM NEGARA- RETORIK SEMATA-MATA -BAHAGIAN II




Azmin Ali in action!!
Weiiii jam da pukui 1015 kot….aduih OKT tak sampai lagi nii. Pakatan Rakyat ni memang tak pandai jaga waktu la…janji pukui 8.30 malam…..selai - selai depa mai….Azmin Ali pon mai….Godfather panggil mai kot…dia pon berucap jugak…. 

Tapi depa ni kalau cakap mmg modai tak ada….asyik-asyik salah kerajaan. Minyak turun masalah…minyak naik masalah……dulu kempen TURUN…la ni pakat dok senyap…..Minyak turun barang tak turun pun….depa pon dok senyap ada tekanan dari orang tertentu kot depa nih…spin pulak ekonomi merudum…. Tu masalah dunia kot bang….tapi tu la, adik borek abang rintikk…

Yang si Azmin ni pon masalah kat Selangor tu tak selesai sibuk mai Penang ni buat apa??? nak sangat jaga Godfather dia la tu!! Hang pi jaga tepi kain hang dulu baru sibuk jaga tepi kain orang la....

Tengah-tengah azmin cakap OKT pon sampaiiii…..1030….depa ni kalau bab masa ni mmg out! Gades da excited…terbeliak mata tengok OKT….ingat dia nak cakap lepas ni….tapi Gades kecewa macam tengok ending Istikharah Cinta….

Tau sapa cakap lepas Azmin? Nama dia Mejar Zaidi…ensem gak orangnya. Abam tentera giteww.Tapi tu la muka hensem cakap macam bagi taklimat tentera…dengan suara garau……Dok cerita pasai bala yang Allah bagi sebab buat kejahatan…tapi jengjengjeng!!!!tau dia kaitkan dengan  apa? Dia kata mula-mula bila dia kena tuduh dan akan kena bicara dalam Mahkamah Tentera depa tak bagi dia terbang, dia kata takut kapai terbang hilang… dia kata aaaaa last-last kapal MH 370 yang hilang, kapal MH 17 kena tembak…kapal Airasia plak jatuh….tu semua bala lah tu….Astaghfirullah…Gades mengucap banyak-banyak…..hang nak masuk politik hang punya pasai..tapi mulut tu jangan macam parit busuk ….terus pangkah abam Zaidi nih. Kalau macam ni la perangai Mejar zaidi ni, harap-harap kerajaan dan tentera tak terima balik dia masuk dalam servis..Cakap macam orang takdak agama. Tapi kopiah kat kepala kemain lagi..Korek tahi hidung baling kat dia. Amik kau!!!

Tengok kiri kanan, orang tak lah ramai.Macam pasar malam ja. Sebab banyak orang mai nak tengok orang meniaga . Ala depa PR ni nak cakap apa? Isi sama ja. Kerajaan jahat. Suara rakyat suara keramat. Anuar kena fitnah. Kerajaan hutang banyak…(Chorus 44 kali)

Ni pukul 4 petang kat Pusat Khidmat YB Batu Uban..sihat kan???
Nak cerita pasai OKT ni…dulu kata sakit tulang belakang……dulu la kot. La ni sihat, jalan pon tak bongkok-bongkok…macam orang muda… kalau steady macamni…ramai yang terpikat…mesti ramai yang nak jadi anak ikan. Oops….choi nya mulut. Ha la…..dia ni dok jalan merata-rata…satgi hari selasa dok atas wilca. cam usop wilca tuh.1998 dulu siap pakai neck supporter, Bersih pon konon kena pukul. Kali nih macam mana pulak???? pi pakai stretcher pulak perasan..haaakau. Mungkin ada lif supporter skali. Grand kau…. Jangan bagi MC sudah lah...


Gades malas nak ulas pasai apa yang OKT ni nak cakap…sama ja cam yang dok baca kat blog lain….hampa baca yang chorus tu tau dah la. Apa pun depa ni mmg x leh percaya…kaki putaq alam. Dah lah…nanti kita tulih lain.




Dengar kata malam ni depa nak kumpul di Tapak Ekspo Seberang Jaya, nak konvoi dengan 4 biji bas nak ke Putrajaya esok... sudah-sudah la tu..makcik pakcik, pi la buat bendang.tak payah buang masa, buang tenaga, buang duit nak berpanas hujan kat depan istana kehakiman tu. nak bela orang macam ni..

HIMPUNAN RAKYAT HAKIM NEGARA- RETORIK SEMATA-MATA - BAHAGIAN I


Satu Penang heboh laaa kata 
Orang Kena Tuduh nak mai buat rally,nak ajak orang pi melalak kat depan Istana Kehakiman. Gades pon tak ada keja konon-konon la nak pi dengaq apa abang Nuar nak cakap.


Pukul 830 kat Ampang Jajar Gades sampai dahh, semangat!!! Takut parking tak ada.Hurm….. bila sampai….lengang ja…..ingat orang ramai tapi cam tak jadi apa-apa saja. Dok pikiaq betoi ka ada himpunan rakyat ni….

Pentas ceramah di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar

Gades pon terkebil-kebil….ada la satu stage, setting macam malam perayaan Hungry Ghost….haaaaaa kau. Ingat ada amoi-amoi nyanyi ngan nari kat situ….lupa-lupanya adalah pengacara dia…..jantan.tak hensem cam abang Zill.
Orang tak ramai lagi time tu.Adalah lebih kurang 200 orang.Tak mai lagi depa ni..maka nya nak isi masa depa panggil la anak-anak ikan bagi cakap kat atas pentas…….banyak la yang bercakap….NGO ada, SUARAM ada….budak tak abih belajaq ada….Mejar Zaidi pon ada…..waahhh syoknya….macam Tengok Maharaja lawak…..

Mamu Gerakan Anti ISA mula cakap.Dia kata dulu jasa depa-la ISA tak pakai dah.Dok putaq la yang kena tangkap ngan polis tu orang yang dok melepak kat tepi jalan ja…kemon la mamu takkan la polis ni buta karee sangattt. Abang polis tak bebai macam hampa, depa buat kerja kot.Dok cerita la pasai OKT kena aniaya…..semua ni konspirasi…rakyat kena bangkit.

Fahmi Zainol sedang merapu...
Mai pulak la giliran Fahmi Zainol ni cakap….ala anak ikan kes rempoh pagar kat UM tuuu….tak ada kerja kena gantung 2 semester…mai la bagi ucapan. Tau dia kata apa, dia kata Universiti tu tempat mengaji…pastu dia kata dia kena gantung 2 semester sebab bawak OKT masuk UM. Nampak tak? Mmg budak ni tak matang pon cara pikiran dia….hang pi masuk UM ngaji la mat, dok bawak OKT buat apa, melingkup pintu gerbang UM. Sapa nak bayar pintu tu? Hang??? Duit kami la duit rakyat….sedap sedap hati hang…

Gades da start boring…..wakil SUARAM pon naik..En Ong ….bagi la ucapan…tapi Gades kurang paham dia cakap apa....ada la dua tiga benda yang iras-iras bunyi…saudala Anuar Ibrahim tak bersalah….kalau NGO macamni… bebas politik tak? Hampa ambik pikiaq la.






Bersambung.....