Isnin, 17 Mac 2014
WARGANEGARA ATAU PENDATANG? SIAPA PILIHAN ANDA?
Datin Paduka Chew Mei Fun adalah wanita berbangsa Cina yang beribubapakan warganegara Malaysia. Beliau lahir dan membesar di Malaysia. Mendapat pendidikan awal di Malaysia. Mendalami pengajian Cina. Tetapi bertutur dalam bahasa Melayu yang begitu fasih. Latar belakangnya bersih. Beliau wanita berintegriti. Beliau berpegang pada prinsip. Beliau tegas. Jika tidak, maka tidaklah. Sebab itu beliau sanggup meletak jawatan dan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan kerana tidak sudi diketuai oleh Chua Soi Lek yang beliau tegaskan sebagai tidak bermoral dan memalukan. Semasa dalam kerajaan, beliau disenangi masyarakat dan begitu aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Apabila beliau meletak jawatan, beliau kekal dengan kegiatan kemasyarakatan itu. Cuma suaranya tiada dalam kerajaan. Namun kini, beliau kembali. Jiwanya masih kental untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kenapa mesti tolak beliau? Hanya kerana beliau BN? Bila MH370 hilang, beliau antara pemimpin yang turut bersedih dan merasa kehilangan itu. Hati beliau hanya bimbangkan penumpang dan krew MH370 dan sikit pun tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian itu.
Jadi nak pilih Wan Azizah ke? Siapa Wan Azizah? Seorang wanita yang penuh dengan kontroversi. Bermula dengan statusnya samada anak kandung atau anak angkat. Kemudian bangsanya, Cina atau Korea atau Melayu? Kemudian perkahwinannya yang ditentang Wan Ismail sehingga tergamak berkahwin di Siam sedangkan beliau seorang doktor. Suaminya yang penuh dengan skandal tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa. Wan Azizah gagal sepanjang bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh. Lebih banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur berbanding menjenguk kawasan. Tidak pernah diwar-warkan penglibatan beliau dengan masyarakat. Gayanya sentiasa sama, berbaju kurung dan bertudung. MH370 hilang bukannya beliau nak doakan keselamatan mereka. Sebaliknya menggila menghina kerajaan menggunakan bomoh. Mengapa beliau tidak menghina suaminya yang turut menggunakan bomoh sehingga ke mahkamah? Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Pajam Singh tu siapa? Rujuk sini
Wahai pengundi Kajang.
Walaupun anda Cina yang tidak sukakan BN, undilah bangsa anda. Kerana bangsa anda akan membantu anda melalui partinya. Jangan undi orang yang tidak diketahui secara sahih latar belakangnya. Jangan undi orang yang hidupnya caca marba. Jangan undi orang yang keluarganya rosak. Jangan undi orang yang hanya pedulikan keluarganya saja. Undi anda hanya sia-sia.
Walaupun anda Melayu yang tidak sukakan BN, undilah individu yang akan bekerja untuk anda melalui partinya. Jangan undi orang yang mengaku dirinya Melayu tapi mempertikaikan ketuanan Melayu. Jangan undi orang yang merelakan anaknya mengatakan tidak salah untuk Melayu murtad. Jangan undi orang yang suaminya terlibat dengan Yahudi dan tidak henti-henti merosakkan bangsa dan agama serta menghalalkan seks sejenis di Malaysia. Anda tidak mahu anak-anak anda terjebak juga satu hari nanti.
Walau apa pun bangsa anda, jangan ikutkan hati semata-mata bencikan BN.
Fikirkan masa depan generasi anda. Kesilapan anda hari ini, mereka yang menanggungnya.
WAN AZIZAH TU SIAPA?
Pertama
Wan Azizah sebenarnya anak orang Korea. Dalam biografinya, dia dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Ibu bapa sebenarnya entah siapa. Dia diambil sebagai anak angkat oleh Wan Ismail ketika belajar di Singapura. Apabila pulang ke Malaysia, status bangsanya pula dijadikan bahan teka teki. Ada pula yang mendakwa dia anak Cina. Hanya dibintikan saja kepada Wan Ismail. Mungkin cubaan untuk menjadikan dia Melayu. Kad pengenalannya mempunyai kod 71. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, kod 71 adalah bagi mereka yang lahir di luar negara. Bila sudah tua, barulah dia mengeluarkan biografi yang menyebut "Bapa kandung saya Wan Ismail Wan Mahmood...ibu kandung saya Datin Mariah Haji Khamis". Datin Mariah dikatakan mempunyai keturunan peranakan Cina yang diwarisi dari datuk sebelah ayahnya. Tapi itu bukan soalnya.
Kerana Wan Azizah digelar Anwar Ikan Sepat Kering KOREA. Bukan Ikan Sepat Kering Melaka. Bukan Ikan Sepat Kering Nyonya.
Dia bukan berasal dari Malaysia.
Kedua
Wan Azizah bukan mulia sejak muda. Berkahwin lari di Thailand. Sanggup membelakangkan keluarga yang telah membelanya sejak kecil. Menconteng arang ke muka ibu bapanya kerana taksub mahu bersuamikan Anwar. Nyaris-nyaris nyawa Anwar berakhir di hujung senapang bapanya yang terlalu marah dengan tindakan tidak bermaruah mereka. Hanya kerana dia suka senyum, bijak berdrama mengalirkan air mata, membuat mimik muka insan teraniaya, bertudung litup, sesekali bersarung tangan, maka dia digambarkan sebagai wanita mulia. Segala onar masa muda cuba dipadam supaya orang lupa siapa dia.
Tapi dia sendiri membiarkan Anwar menganiaya dirinya. Sudah beranak 6, tapi berselera pada lelaki, berselera pada isteri orang, berselera pada perempuan murahan yang lain. Pasangan songsang Anwar pula tinggal serumah dengan Azizah. Tidak ada perempuan normal dan taat dalam dunia yang sanggup mempertahankan suami yang zalim dan mengingkari larangan Allah seperti Azizah. Membiarkan suami bergelumang dalam zina sedangkan kubur sudah kata mari. Mungkin Azizah pun dah gila nak jadi First Lady seperti suaminya yang gila nak jadi PM.
Ketiga
Semasa Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa kebaikan yang dilakukannya di situ? Bukankah dia lebih banyak berdrama air mata untuk meraih simpati penduduk? Bila suaminya dipenjara, merayulah dia dengan air matanya ke sana sini supaya Anwar dibebaskan. Sampai heret rakyat. Ketika itu Anwar dipenjara akibat salah guna kuasa. Sekarang bila Anwar akan dipenjara lagi, Azizah kembali. Kononnya dengan semangat kental, membara, tidak akan dibuli lagi. Azizah mahu membela Anwar yang dijatuhkan hukuman kali ini kerana meliwat. Sebab itu di kala orang ramai resah tentang MH370, Azizah pula bangga menghina Malaysia sambil melaungkan slogan Keadilan Untuk Anwar Ibrahim. Sebabnya, Wan Azizah bukan orang Malaysia. Dia adalah pendatang. Sama seperti Bangla yang begitu disukai Anwar Ibrahim. Sekarang dia nak heret rakyat lagi. Sampai bila Azizah oiii??? Mahkamah pun dah meluat dengan suami kamu Azizah. Asyik-asyik dia. Orang ramai pun agaknya tak sudi nak namakan anak mereka Anwar kerana jijik dengan nama itu walaupun maksudnya baik. Takut nanti disamakan atau disindir dengan Anwar Ibrahim pula.
Keempat
Apa yang Azizah boleh buat untuk Kajang? Awal-awal lagi dah laung Keadilan Untuk Anwar Ibrahim. Sah-sah Kajang hanya untuk suka-suka. Orang Kajang kena catu air. Dia sibuk Anwar Anwar Anwar. Permatang Pauh pun Anwar Anwar Anwar. Pembangunan? Perumahan? Jalan berturap? Habuk pun takdak. Tengoklah Permatang Pasir (PAS) yang bersempadan dengan Sungai Dua (BN). Jauh beza. Kalau nak kekalkan keindahan kampung pun, tidaklah sampai kedai runcit buruk di sudut simpang lampu isyarat simpang tiga yang sah-sah tak boleh parking. Anwar lebih suka ke Amerika atau Jepun yang lebih maju dan indah berbanding Permatang Pauh yang ketinggalan zaman dan berhabuk.
Azizah mampu buat apa? Kawal suami sendiri pun gagal. Ada hati nak kawal Kajang pula.
Kalau kata kerajaan guna bomoh...tu yang Anwar bawa bomoh masuk mahkamah baling kelapa dulu tu apa? Eleh..ingat orang lupa?