Rabu, 20 Mac 2013

HUTANG NEGARA #FAKTA #GE13

Ditulis oleh #AFDS - Sumber


"Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." - Hadis Riwayat, Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi.

" "Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketenteraman)," kata Rasulullah SAW. Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah (SAW)?” Baginda menjawab, “Hutang.”. " - Hadis Riwayat, Ahmad.


||  Nasihat sudahpun diberi beribu tahun dahulu. Cuma ada yang tidak mendengar.


Pengenalan

Menurut jangkaan terbaharu, hutang negara kini berada dalam paras 57.3% daripada KDNK negara, ataupun bahasa mudahnya, AS$176bilion (RM545.60bilion). Dan sudah tentunya, rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa pembangkang akan menggunakan hutang negara kita sebagai modal untuk mencapai Putrajaya. Saya ternampak sebuah 'lubang' dalam usaha mereka untuk menipu rakyat Malaysia. Anda perlu tahu bahawa hutang negara dikira melalui AS$, bukannya RM. Mengikut logik pembangkang, negara kita akan diisytiharkan bankrap dalam beberapa tahun dan yang peliknya, mereka sudahpun mengambil kesempatan untuk membandingkan kita dengan Greece.

Secara ringkasnya, hutang terbahagi kepada hutang awam dan hutang luaran, yang sangat ketara bezanya dan angka AS$176bilion merupakan hutang awam (internal debt) negara kita – antara kerajaan-rakyat, atau semua jenis hutang yang kekal dalam negara sahaja. Manakala, hutang luaran merupakan hutang yang menglibatkan negara dengan badan-badan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, dan juga dari kerajaan negara-negara luar yang lain. Dan mengikut pendapat pakar ekonomi, negara anda akan hancur dengan hutang luaran yang tidak dapat dikawal. Hutang luaran kita kini berada dalam paras yang terkawal, dibawah AS$100bilion.

Hakikatnya, anda tidak sepatutnya percayakan mana-mana parti politik dalam isu sebegini; baik BN mahupun PR, kerana sudah tentu kedua-duanya akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mengekalkan atau mendapat kuasa pentadbiran negara. Dalam isu ini, mereka bukan kawan anda. Siapa kawan anda? The F-word: FAKTA.


Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang. Ekonomi negara kita dipandu dengan beberapa dasar pengamalan dagangan berindustri secara terbuka. Pentadbiran kita memberi penekanan yang agak kuat untuk sektor sekunder dan tertier iaitu industry dan perkhidmatan, berbanding primer (pertanian). Kalau dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain, semua orang akan berpendapat bahawa negara kita berada dalam perjalanan yang baik dan akan menyangkal dakwaan bahawa kita akan bankrap dalam beberapa tahun dengan hanya hutang AS$176bilion + AS$100 bilion.

Saya agak risau kerana industri utama negara kita masih lagi tertumpu pada sumber-sumber alam seperti getah, sawit, timah, kayu dan petroliam. Tetapi agak bersyukur dengan adanya sedikit penekanan kepada sektor perkilangan ringan, teknologi farmaseutikal dan elektronik.




Data Ekonomi Negara


Kalau dicampurkan lebihan untung bersama dengan hasil dalaman, sumber pendapatan negara akan mencecah AS$100bilion, dan dengan perbelanjaan AS$73.8bilion, kita akan mempunyai lebihan AS$35bilion. Jadi paras hutang kita masih lagi stabil, dengan rizab luaran yang banyaknya.


Rujukan Semula Artikel Admin HE

Menurut artikel Admin HE, pendapatan sebuah isi rumah bergantung kepada kerja dan usaha rumahtangga tersebut. Contohnya, jika isi rumah tersebut mempunyai dua tenaga kerja yang menyumbang kepada sumber ekonomi rumahtangga, sudah tentunya pendapatan mereka lebih tinggi berbanding isi rumah yang hanya mempunyai satu tenaga kerja. Dari sudut perniagaan, syarikat meraih pendapatan melalui penjualan produk dan pemberian perkhidmatan. Untuk kerajaan pula, pendapatan datang daripada pencukaian.

Kalau kita ambil iktibar dari negara-negara Eropah, kita akan tahu bahawa pencetakan wang secara berterusan tidak akan membawa kebaikan yang banyak untuk negara. Untuk menentukan samaada negara tersebut kaya atau tidak, kita perlu lihat daripada sudut pengurusan mereka. Jadi untuk memastikan pengurusan sempurna, kerajaan memerlukan wang dan selain daripada sumber cukai, kerajaan juga boleh menambahkan pendapatan mereka melalui pinjaman wang daripada Bank Negara. Dari sinilah mulanya hutang awam, tetapi sebelum anda mula menyalahkan kerajaan, anda perlu fikir melalui skop yang lebih luas.

Dengan pengurusan sempurna, ekonomi akan terjana dan pada masa yang sama, pendapatan negara akan bertambah. Dan dari sini, kita boleh nampak pelbagai kesan baiknya kepada negara, iaitu pertambahan jumlah pelaburan, peluang pekerjaan lebih meluas, jumlah produktiviti yang menyumbang kepada hasil negara. Jadi, apa yang perlu anda risaukan? Untungnya kembali kepada rakyat, dan wang yang dipinjam masih lagi berpusing dalam negara.

Tetapi ianya berubah apabila kita menglibatkan hutang luaran, yang jauh lebih berbahaya berbanding hutang awam, dimana boleh membawa kepada ranapnya sebuah negara. Anda boleh rujuk Thailand dan Indonesia sebagai contoh yang paling mudah atas keputusan mereka untuk menerima bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa semasa Krisis Kewangan 1997. Dan agak luculah pembangkang berkata Indonesia hebat kerana mampu menyumbang semula kepada serigala IMF ini.


Impak Hutang Luaran

Anda perlu sedar bahawa pada satu masa, Anwar Ibrahim pernah menggunakan dasar-dasar IMF semasa Krisis Kewangan 1997. Adakah dasar tersebut membantu? Adakah pemotongan perbelanjaan kerajaan dan kenaikan faedah memberi bantuan semasa krisis tersebut? Tidak, malah, dasar tersebut merosakkan lagi. Jangan percaya kepada kuasa luar kerana sekali anda pinjam, kedaulatan negara anda akan dijual kepada kuasa tersebut dan ekonomi anda akan dimonopolikan oleh tangan-tangan berkuku besi ini. Anda hanya akan mampu meraih keuntungan dalam bentuk royalti. Contohnya, Malaysia pernah meraih keuntungan AS$50bilion daripada dagangan dan AS$60bilion daripada hasil dalaman, membawa kepada jumlah, AS$110bilion.

Sebagai pra-syarat peminjaman, anda akan dicajkan sebuah royalti contohnya 10%, manakala lebihannya akan diambil kuasa tersebut. Jadi, dengan AS$11bilion, apa yang boleh anda lakukan? Tetapi yang menariknya, anda perlu bayar balik hutang yang anda pinjam bersertakan kadar riba yang tinggi daripada AS$11bilion ini. Jadi jika anda pinjam sebanyak AS$30bilion untuk memberi suntikan kepada ekonomi anda, anda perlu tunggu tiga tahun untuk berjaya melangsaikan hutang anda, dan pada masa yang sama, anda telahpun mengalami kerugian beratus bilion kerana hasil monopoli kuasa kapitalis ini.

Dan anda fikir mereka akan lepaskan anda begitu sahaja? Semasa anda sedang bertungkus-lumus melangsaikan hutang anda, mereka akan guna duit anda untuk membentuk sebuah parti politik yang akan menumbangkan pentadbiran anda selepas bayar-balik selesai. Memang tidak akan ada jalan pintas lagi, kerana anda perlu meletakkan cukai yang tinggi dan gaji yang rendah.

Jika berlaku pergolakan, kadar inflasi yang memuncak, untung perlancongan akan merudum, ekonomi akan hancur, dan puak pembangkang akan mula meroyan seperti mereka ‘bidadari dari syurga’ yang akan selamatkan ekonomi anda. Contoh yang mudah, Mesir, dimana pada awalnya, Morsi dilihat sebagai tombak terbaik untuk memandu ekonomi negara Arab di benua Afrika itu, tetapi pada hakikatnya, tiada bezanya Morsi dan Hosni Mubarak.


Krisis Hutang Eropah

Untuk pengetahuan anda, hutang kita sebenarnya sedikit sahaja, kerana kita kini sedang berada dalam ambang Wawasan 2020, dan saya faham tekanan yang dihadapi oleh Perdana Menteri untuk mencapai sasaran tersebut. Pada hemat saya, sekurang-kurangnya jika kita dapat mencapai 6% pertumbuhan KDNK, itu pun sudah cukup untuk menyelesaikan apa-apa jua hutang sekalipun. Tetapi saya ingin menegaskan kepada kerajaan supaya berwaspada dengan hutang luaran. Kesannya memang akan menghancurkan ekonomi kita. Hutang luaranlah menjadi salah satu daripada punca negara-negara Eropah kini dicengkam dalam krisis yang sangat teruk.

Selepas membuat sedikit kajian berkenaan dengan Eurozone Crisis, saya berpegang dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa mereka tidak mungkin boleh keluar dengan mudahnya. Cara yang paling mudah buat sesetengah negara Eropah ialah menerima pakej penyelamat dari pihak ketiga, tetapi siapa yang akan beri bantuan sebab semua negara dalam zon tersebut terlibat dan semua negara di luar Eropah bencikan mereka?



Perbandingan Ekonomi Negara-Negara Eropah dengan Ekonomi Malaysia

Cuba anda meneliti kadar faedah mereka buat seketika dan kemudiannya buat penilaian sendiri berdasarkan kadar-kadar dalam pengurusan Malaysia.



Kadar Faedah Jangkamasa PANJANG



Malaysia akan bankrap? Tidak salah jika mahu berfantasi sedikit.


Kesimpulan

Anda sendiri boleh lihat dan buat keputusan berdasarkan rajah diatas. Negara-negara yang bankrap dan terlibat dalam kancah krisis semua memiliki hutang yang banyak. Malaysia pula berada dalam zon biru, dengan hutang awam dan luaran yang stabil, dagangan surplus (untung), dan membawa masuk sekurang-kurangnya AS$48.5bilion dalam sektor dagangan sahaja. Jadi, adakah benar dakyah pembangkang?

Ini semua permainan politik sahaja dan kalau mereka diberi peluang untuk mentadbir negara ini, sudah tentu kos hutang awam akan bertambah dengan dasar-dasar kurang upaya dan tidak waras daripada Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat.


Bicara Gades :  Cukup la Negara Jepun menjadi pengajaran apabila pembangkang(DPJ) memerintah tahun 2009. Bukan membantu untuk memulihkan ekonomi Jepun, malah hampir meranapkan lagi ekonomi mereka. Masa itu penduduk Jepun terlalu termakan janji pihak DPJ yg menjanjikan bulan dan bintang. Last2 tgk je la kesudahannya semakin teruk. Now mereka kembali kpd parti LDP yg sudah sekian lama memerintah Jepun sebelum dikalahkan oleh parti DPJ(Parti yg ditubuhkan pada tahun 1998) tahun 2009. Balik2 parti tua seperti LDP juga yg diberi kepercayaan utk memerintah oleh rakyat Jepun... Jangan Malaysia jadi mcm tu sudah laaa....

Gades tertaik dengan faktor MULTIPLIER EFFECT. semua projek mega yang dilancarkan govt, ada multiplier effect kpd ekonomi. Lihat sj projek Greater KL. Dgn projek MRT, semua tu beri kesan kpd ekonomi negara. Lynas yg disebut-sebut sbg loji nuklear oleh Pembangkang telah menjadi faktor penarik kepada pembukaan zon ekonomi Malaysia-China di Kuantan. Ini akan membuka peluang pekerjaan kpd org tempatan. Secara ekonomi, apabila unemployment rate menurun, maka, ekonomi negara akan meningkat. Ini termasuklah kadar inflasi. Sbb itu, harga kuih hari ni xsama dengan harga kuih thn lepas. Kenapa berbeza? Kerana harga yg diberikan pembekal bahan mentah turut meningkat krn faktor gaji meningkat. Ada demand, adalah supply. That's why la, bile Tun M bina KLCC & Putrajaya masa 1999 adalah bertujuan utk merangsang ekonomi negara. Salah satu kejayaan negara keluar dr krisis 1999 adalah dengan penggabungan beberapa buah bank menjadi bank yg lebih besar, sekaligus meningkatkan capability bank itu menampung keperluan peminjam; NEGARA. Penasihat ekonomi yg berkelulusan Ijazah Sarjana Bahasa memang x nampak benda ni. Sebab tu depa di pakatan ye ye je nak menaikkan pendapatan individu sehingga RM 4000 sebulan. X lojik & x masuk akal. 

Yg penting, multiplier effect mmg ditekan dlm setiap aspek pembangunan negara... Bagi yg x tau apa itu multiplier effect, boleh google... Tun Dr MAHATHIR is the father of MULTIPLIER EFFECT for Malaysia.

SATU CERITA : GUGURNYA BUNGA BANGSA... #WiraMalaysia #Pray4Sabah



Artikel ni dialih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah. 

beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran. 

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan. 

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar. 
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka. 

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu. 

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah. 

Malam semakin sepi. 

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai. 

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera. 

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”. 

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas. 

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan. 

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu. 
Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien. 

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka. 

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya. 

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...