Jumaat, 8 Mac 2013

APABILA LEGENDA MEMANDANG MASA JAUH KE HADAPAN........ #WiraMalaysia #savepenang



"Dengar sini kawan-kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. 


Ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapanku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu-padulah hendaknya…


P. RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958


Credit to harumperlis

IMBASAN GAMBAR PERISTIWA LAHAD DATU #WiraMalaysia #pray4sabah #opsdaulat















Bicara Gades : Terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang negara.. Bagi yang menjalankan tugas di Sabah, semoga dilindungi oleh Yang Maha Esa.. Bagi yang gugur, Jasamu Tetap Dikenang... Al-Fatihah..

INGAT PESAN NI.. #opsdaulat #pray4sabah #savepenang



Ada yang sengaja membakar semangat para pendekar melayu yang selama ini duduk diam.. dengan mengatakan LAKONAN, TINDAKAN SLOW, MATI KATAK, KERANDA KOSONG, KOMANDO BANYAK MATI MASA OPERASI, KELUARGA MANGSA MENANGIS BERLAKUN, MAJLIS KEBUMI TANAM KERANDA KOSONG dan lain-lain menghinaan

jika kita lihat dalam-dalam , kita renung kita akan faham ada usaha-usaha yang sentiasa memburukkan kaum melayu, berusaha memecahbelahkan melayu , dengan menyuntik persepsi persepsi yang sangat jijik tentang orang melayu itu sendiri,

melayu ni nak harap harta takde, nak harap tanah tak berapa ada, nak harap kaya tak berapa, yang ada hanyalah "adab dan sopan". kalau ni pun tak leh nak bawak dah... istihar je lah diri tu bukan lagi dari bangsa MELAYU.

sememangnya melayu ni terkenal dengan sikap suka berceloteh, merungut dan komplain, tetapi lihatlah apa yang dah jadi pada bangsa kita sekarang, hancur ..berpecah goyang tak kuat mcm dulu dah yang kita kuat sekarang adalah kuat memburukkan melayu itu sendiri dan menjatuhkan islam itu sendiri dalam masa yang sama....

oleh yang demikian , saya rasa elok kita biarkan sahaja melayu2 yang cuma merosakkan emosi kita ini bersendirian, jika kita kata kta mungkin boleh pengaruhi dia semula ..saya rasa TIDAK..sebab mereka ini adalah EJEN EJEN ANWAR yang telah disusun dan disuntik dengan sifat-sifat kesyaitanan yang akan terus berusaha merosakkan negara...

Mereka akan berjaya jika kita terlibat dengan mereka dan terus berinteraksi dengan mereka, terus bertengkar, terus berbahas dan sepertinya... jadi langkah terbaik adalah "Cut-Off" manusia-manusia ini... buang mereka dari FB-FB kita. untuk mengelakkan kita terus terlibat dengan dosa emosi , dari wat sakit kepala kita melayan karenah dan dakwaan-dakwaan BODOH pengikut REJIM ANWAR PR...

Seterusnya Ayuh kita terus membela NUSA BANGSA kita untuk generasi akan datang...

Dari komen-komen cai2 PR sahaja kita dapat menilai betapa rendah tahap pemikiran mereka jadi rasanya sudah sampai masa kita hentikan mereka

kepada pejuang-pejung negara... yang masih berdiri dan yang telah gugur... KAMI WARGA MALAYSIA mendoakan kesejahteraan kepada wira-wira kita di perbatasan dan yang telah gugur kami doakan agar mereka ditempatkan bersama para-para syuhada.

MALAYSIA - WAJIB KITA BELA DARI PETUALANG BANGSA YANG GILAKAN KUASA !!!

OPS TAYANG DI SEMPORNA, KEMPEN PENERANGAN TAHAP KESELAMATAN TERKINI #opsdaulat #pray4sabah

SEMPORNA, 7 Mac -- Pasukan keselamatan hari ini menjalankan operasi khas ''Ops Tayang'' untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tahap kawalan keselamatan yangdijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar daerah Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata melalui ''Ops Tayang'', taklimat ringkas akan diberikan kepada penduduk di kawasan pekan dan beberapa kampung di daerah Semporna.

"Operasi ini kita tumpukan di kawasan kampung, pekan dan perairan di daerah ini, ia bertujuan memberikan kefahaman kepada penduduk bahawa kawasan di Semporna adalah selamat dan terkawal," katanya.

Operasi itu disertai oleh polis dari Ibu Pejabat Daerah Semporna, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan pasukan VAT 69 Bukit Aman, katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 9 Feb lalu dan sentiasa mendapatkan maklumat dari pihak polis bagi mengelakkan penyebaran khabar angin.

Mohd Firdaus turut menafikan pihaknya mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk tempatan, sebaliknya memberitahu penduduk boleh menjalankan urusan harian seperti biasa.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi Ops Tayang selama sejam setengah mulai 2.30 petang itu memfokuskan beberapa kawasan utama seperti di Kampung Simunul, Kampung Bubul Lama, Kampung Bugaya dan Pekan Semporna.

Rata-rata penduduk melahirkan keyakinan terhadap pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan daerah Semporna dari ancaman pengganas Sulu.

Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Simunul, yang turut mengorbankan enam anggota mereka. - BERNAMA

GANASNYA GENG BORNEO!! #opsdaulat #pray4sabah #WiraNegara

Gades jumpa pic ni dalam fb.. Mak aih geng Borneo dah bersuara nih.. Habislah Anwar yang menjadi dalang pencerobohan kat Lahad Datu.. Eh, penceroboh kat Lahad Datu tuuu... Ish, typo betul.. hihi


Tagline bawah gambar tu macam ni la ayatnya... haaaa, sapa pandai translate abaq mai sat~

"ti nyema Sultan Sulu ka ngempu menua Sarawak, sinu kitai meda askar Sultan Sulu pumpung pala.. enda pia? Keling pengayau (headhunters), enda jugau pan ar.. musuh datai, enda surut! agi bisi kini bujang berani ngayau pala diatu tauka udah pencen? hihi"