Rabu, 20 Februari 2013

KARPAL BAIK JAGA MULUT - DATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH (PAS)


'Wahai Karpal belajar duduk diam walaupun kamu memang sudah duduk atas kerusi roda!'

Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

"Saya mahu nasihatkan Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak."

Bicara Penang: Akhirnya, someone comes to voice out.. Yang lain-lain, bila lagi nak bersuara suruh Pengerusi DAP ni to shut his mouth? Semoga Datuk Mohd Amar tidak menerima nasib yang sama dengan bekas rakan seperjuangan beliau, Dato' Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa..

KENAPA PERLU TURUNKAN HARGA KERETA? PART FINALE #savepenang #PRU13 #inikalilah


Sambungan...

Janji Pakatoons kalau menang PRU 13, kalau lah kan, katanya, kata je, "nak turunkan harga kereta"... Kenapa perlu turunkan harga kereta?

13. Penggunaan petrol meningkat, subsidi bahan api perlu ditambah agar harganya sentiasa murah, pembangunan sektor lain terabai. Akhirnya wang Petronas diperas untuk menampung pelbagai subsidi hingga rugi dan pekerjanya dibuang. 

14. Parkir kenderaan tidak cukup di kawasan perumahan, pejabat dan pusat komersial. Tapak baru diperlukan bagi membina kawasan parker baru. Tiada lagi kawasan hijau pergaduhan antara jiran, pekerja dan masyarakat sentiasa terjadi kerana kes merebut parkir. Akhirnya akan terjadi konflik perkauman dan samseng masuk campur! 

15. Kos perbelanjaan meningkat untuk membina dan membesarkan jalanraya. Lebuhraya diperlukan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Kos penyelenggaraan terpaksa ditingkatkan demi keselesaan pemanduan. Mahu tak mahu bayaran tol dikenakan bagi menampung kos-kos tersebut. Sedangkan PR berjanji untuk hapuskan semua tol. 

16. Berlaku lambakan alat ganti tiruan untuk memenuhi permintaan pengguna yang tinggi, kononnya kerana ingin menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengelak kesesakan apabila ingin servis kenderaan. Sekarang ni pun kita dah merungut apabila pusat servis sentiasa penuh. Jika pakai alat ganti tiruan, jangka hayatnya singkat dan risiko untuk kemalangan adalah tinggi. 

17. Penurunan harga kenderaan tempatan turut menyebabkan berleluasanya sindiket jenayah curi kenderaan untuk diseludup ke negara-negara luar yang inginkan kenderaan murah dari Malaysia. Negara kita akan terus dikritik oleh negara-negara luar kerana mempunyai dasar yang menyusahkan negara-negara mereka. Akhirnya Malaysia diboikot kerana menjadi sarang penyeludupan kenderaan. 

18. Kerajaan terpaksa merombak semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) yang akan menimbulkan pelbagai konflik dan bantahan dari para pemain industri automobil negara. Ahli-ahli politik dan rakyat mula bercakaran. Negara huru-hara, rakyat makin susah...Ketika itu mampukah PR menyelesaikan masalah yang mereka sendiri ciptakan.

End!


KENAPA PERLU TURUNKAN HARGA KERETA? PART 2 #savepenang #PRU13 #inikalilah

Sambungan...


Janji Pakatoons kalau menang PRU 13, kalau lah kan, katanya, kata je, "nak turunkan harga kereta"... Kenapa perlu turunkan harga kereta?


7. Berlaku lambakan kenderaan terpakai, harganya akan menjunam dan tidak laku di pasaran kerana ramai yang ingin memiliki kenderaan baru. Dalam masa yang sama, banyak tanah diperlukan sebagai pusat penjualan kereta-kereta terpakai. Harga dan cukai tanah akan meningkat. 

8. Lambakan kereta import di pasaran akan menghancurkan industri automobil tempatan seperti Proton, Perodua, Inokom dan Naza yang dimiliki dan menggaji ramai warga tempatan. Peluang pemain automobil jenama asing menguasai syarikat automobil tempatan semakin cerah. Tiada lagi ekuiti majoriti yang dimiliki oleh anak dan syarikat tempatan. 

9. Dalam masa tak sampai setahun, Kerajaan Malaysia akan rugi RM8 bilion akibat pelupusan 20% cukai dan duti import yang menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Banyak manfaat seperti perumahan, subsidi harga barang keperluan, subsidi pendidikan dan sebagainya terpaksa diabaikan. Mahu tidak mahu cukai jalan, insuran dan lain-lain cukai akan dinaikkan bagi menampung kerugian pendapatan kerajaan tersebut. 

10. Namun para menteri, timbalan menteri dan individu-individu dan kroni tertentu kerajaan baru PR akan diberi lesen mengimport (AP). Permit AP adalah syarat umum yang dikenakan oleh negara-negara pengimport kenderaan seluruh dunia kepada pengimport di seluruh dunia. Bagaimana PR kata mampu menghapuskan amalan tersebut? 

11. Kesesakan trafik meningkat drastik kerana banyak kenderaan baru di jalanraya dan lebuhraya hingga melarat ke kampung-kampung. Situasi akan lebih kritikal bila tiba musim-musim perayaan. Sekarang inipun kesesakan jalanraya menyebabkan ramai yang mudah hilang sabar dan menyebabkan kemalangan. Akhirnya Polis, JPJ, hospital dan syarikat insuran juga dibebankan dengan tugas. 

12. Pencemaran alam berlaku bila udara kotor dan bunyi bising dikeluarkan kenderaan. Kualiti kesihatan merosot di bandar dan luar bandar. Kesesakan berlaku di hospital dan klinik. Subsidi perubatan perlu ditingkatkan agar kos perubatan sentiasa murah. Sumber wang mana PR nak ambil, kelebihan siapa yang mereka nak hapuskan nanti?

Bersambung lagi, :)...