Selasa, 19 Februari 2013

KENAPA PERLU TURUNKAN HARGA KERETA? PART 1 #savepenang #PRU13 #inikalilah

Dekat-dekat bahang Pilihan raya ni kan, banyak janji-janji pelesu yang diberikan oleh Pakatan Rakyat (terms baru Pakatoons yer) kepada Rakyat Malaysia. Eh apa, bukan janji, owhh Manifesto katanya.. 

Ketika sambutan Chinese New Year di Penang Times Square pada 12 Feb 2013 lepas, Lim Guan Eng siap berjanji "if we win in general elections, I will give RM1,000 to each citizens".. PEHHH!! Kau mampoooo taburkan janji nak bagi seribu setiap citizens?? Maknanya, sampai peringkat umur mana, kaya ke, miskin ke, baby ke, semua akan dapat RM1,000 sekiranya Pakatoons menang PRU nanti... Weyyy Tokong weii, ang perintah Penang 5 tahun aku x penah dapat apa-apa pun daripada ang oii.. PUIH la kata nak bagi kat semua orang.. 



Last-last, BN jugak yang bagi pada rakyat tanpa mengira latar belakang politik.. Apa BN bagi?? Yer, abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, BR1M 2.0, amboiii, syok nooo hampa pi amik... Kemain...



Nie lagi satu janji Pakatoons kepada rakyat.. "Turunkan harga kereta"

Kenapa kena turunkan harga kereta?? 

  1. Janji Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga kenderaan jika menang PRU 13 akan menimbulkan pelbagai spekulasi liar. PR berharap dalam tempoh penantian ini akan menyebabkan jualan kenderaan lembab dan rakyat resah. Apabila ini berlaku, PR mudah untuk menghasut rakyat dan menyalahkan UMNO-BN. 
  2. Katakan PR menang, mereka perlu segera melaksanakan janji-janji menurunkan harga kereta. Kesannya penjualan terus merosot kerana pembeli enggan membeli kereta baru. Harga saham sektor automobil tempatan akan merudum. Vendor-vendor pembekal komponen kenderaan menghentikan operasi dan ini menimbulkan kemarahan pemain-pemain industri automobil tempatan dan global. 
  3. Akhirnya jika janji dilaksanakan maka syarikat-syarikat automobil terpaksa menjual stok-stok kenderaan lama dengan harga yang lebih murah sedangkan sebelumnya mereka telahpun membayar cukai dan duti eksais yang tinggi. Pembeli kenderaan sebelumnya turut menuntut ganti rugi. Kerajaan PR perlu menanggung segala kos tersebut dengan membayar semula kerugian ini dengan menggunakan wang rakyat dan rezab negara.
  4. Komisyen, gaji, elaun dan lain-lain imbuhan yang diterima selama ini oleh syarikat, para penjual kenderaan dan pekerja akan dipotong akibat penurunan harga kenderaan. Dulu mereka dapat gaji banyak tetapi kini gaji mereka dicantas. Pengangguran dan kemiskinan pasti meningkat!
  5. Bank-bank terpaksa melonggarkan syarat-syarat pinjaman pembelian kenderaan hinggakan golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap pun dibenarkan untuk membuat pinjaman membeli kenderaan. Bank-bank terpaksa tanggung kerugian jika para peminjam gagal bayar balik pinjaman mereka.
  6. Sektor perbankan dan insuran turut alami kerugian dan terpaksa menstruktur semula perjanjian pinjaman dengan meningkatkan faedah bagi setiap kenderaan yang dijual. Mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kejatuhan mendadak harga kenderaan di Malaysia. Ini akan menjejaskan keseluruhan operasi, keuntungan serta masa depan kakitangan mereka.

Bersambung...

SAY NO! TO PAKATAN RAKYAT #inikalilah #savepenang




Bicara Penang: Come on Malaysians!!! Tolak je la PR ni.. bukan ada pekdah pon.. hikhik